Apa itu Hadis Daif?

Hadis ialah sabdaan dan perbuatan Nabi atau sahabat yang tidak dibantah oleh Nabi. 

Secara mudahnya Hadis daif ialah hadis yang lemah. Bukan lemah kerana kandungan hadis tetapi kerana kelemahan periwayat hadis tersebut. Contohnya mungkin periwayat itu tidak mengamalkan sunnah seperti menutup kepala atau melakukan dosa kecil seperti makan sambil berjalan. Kalau pun perawinya daif, kita tidak pakai perawi tetapi hadis.

Asalnya semua hadis adalah sahih semasa zaman Nabi dan para sahabat. Yang mengumpulkan dan membuat nilaian kategori hadis samada sahih atau daif ialah ulama hadis yang kemudian seperti Imam Bukhari. Nilaian mereka tidak muktamad. Mereka cuma mengumpul dan menyampaikan hadis. Mereka tidak diikuti seperti Imam Mujtahid 4 mazhab.

Imam-Imam Mujtahid (ulama feqah 4 mazhab) seperti ulama mazhab Syafie ada juga menggunakan hadis daif untuk menyelesaikan masalah feqah. Ulama hadis kurang martabatnya berbanding ulama feqah. Nabi kata “siapa yang  tuhan ingin beri kebaikan yang banyak, diberi kefahaman, mahir agama”. Mereka ini boleh mengeluarkan berbagai hukum dari 1 ayat quran, sehingga 1 ayat boleh dikeluarkan 10 hukum.

Hadis dhaif boleh diamalkan. Sila Rujuk Nasbun Nuraini Jilid 1 ms 78

Tidak semua hadis dhaif ditinggalkan dan tidak semua hadis sahih diamalkan.

Hadis daif tetap hadis, lemah tetapi bukan palsu. Hadis Maudu’ (palsu) bukan hadis.

Namun harus kita ingat selemah-lemah orang dahulu, lemah lagi kita dizaman yang ada ASTRO, TV, wayang, VCD dan DVD ini. Di India kalau seorang guru agama itu mendengar radio pun mereka sudah tidak mahu mengikuti kelasnya.

Ada setengah hadis daif berkisar sekitar fadilat atau kelebihan sesetengah ibadat. Terpulanglah samada kita hendak mengikutinya. Tidak perlu kita berdebat panjang lebar. Yang lebih penting menyelamatkan UMMAH dan mengekalkan mereka dalam ISLAM.

Asalkan amalan itu tidak salah disisi syara’, mempunyai asas dan kita melakukannya IKHLAS kerana ALLAH.

Sebagai orang awam, rujuklah kepada mereka yang pakar dalam bahagian hadis.

About these ads

Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: