Definisi ringkas
Puasa berasal dari perkataan sanskrit, bermaksud tahan….itu menahan (IMSAK) diri dari makan, minum dan seks di siang hari.
Kategori Puasa terbahagi kepada 2:-
a.Puasa sepanjang hayat – puasa dari makan benda HARAM seperti arak, babi, dsb nya. Babi diharamkan kerana ia haiwan yang tidak bermaruah. (babi membiarkan sahaja perlakuan sumbang pasangannya, tidak seperti ayam, kambing, lembu). Begitu juga orang yg makan babi.
Semua benda yang diharamkan makan/minum itu kerana ia menjana NAFSU. Oleh itu untuk menjaga dan menstabilkan nafsu kenalah puasa sepanjang hayat kecuali darurah (apabila melibatkan nyawa)
*Meninggalkan benda-benda yang haram juga dapat pahala.
b.Puasa pada tempoh tertentu – Ramadhan
Waktu
Mula puasa dari waktu Subuh hingga Magrib. Nabi biasanya berhenti sahur 10 minit sebelum Subuh. (waktu IMSAK mengikut jadual taqwim). Walaubagaimanapun nabi bersabda dalam satu hadis, sekiranya kamu sedang makan ketika azan subuh, habiskanlah makanan didalam mulutmu. Namun kena hati-hatilah sebab takut muazin terlambat azan.
Asal-usul puasa
Nabi Adam juga berpuasa selepas makan buah larangan (samada khuldi/zaitun/tin/gandum).Nabi Adam tertipu dengan syaitan dan terpengaruh dengan pujukan isterinya Hawa. Namun Allah maafkan nabi Adam kerana beliau terlupa. Beliau berasal dari tanah..oleh kerana makanan itu tidak dapat dihadamkan, beliau terpaksa berpuasa 30 hari. Kita puasa samada 29 atau 30 hari…29 mengikut syariat nabi Muhammad.Hanya sekali baginda puasa 30 hari.
Puasa itu keatas perut. Apa-apa yang masuk dari mana2 rongga yang sampai ke perut membatalkan puasa.
Matlamat puasa ialah TAQWA. Untuk mencapai taqwa, kenalah berlapar. Dengan berlapar kita boleh belenggu dan melemahkan NAFSU.
Sempitkan perjalanan syaitan dengan berlapar…Syaitan berjalan dalam badan manusia melalui saluran darahBila NAFSU buruk tercetus, SYAITAN akan masuk campur.SYAITAN itu bangsa JIN..NAFSU itu kepunyaan kita.
ALLAH itu 2 langkah dari manusia.untuk menuju ALLAH..
1.pijak NAFSU
2.ALLAH
SYAITAN ada dalam diri NABI..walaupun syaitan itu tidak masuk ISLAM tapi NABI berjaya mengawal SYAITAN agar mengikutnyaBerjayalah orang yang membersihkan NAFSU…SYAITAN ambil peluang atas NAFSU yang tercetus.
Puasa menghapus DOSA
Puasa bulan Ramadhan boleh menghapuskan dosa diantara Syawal dan Ramadhan yang lepas sekiranya cukup dan sempurna syaratnya.
PUASA yang CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG
Puasa bukan sekadar tidak makan, minum, tahan dari melakukan seks. Tapi juga menjaga:-
-Mulut dari bercakap benda2 yang dilarang, mengumpat, menyanyi selain dari memuji ALLAH, NABI, syurga dan benda2 yg baik sahaja. Hukum nyanyian sama dengan percakapan. Nyanyian yang dibenarkan ulama-ulama terdahulu adalah tanpa muzik.
- Mata dari melihat benda2 yang dilarang
- Telinga dari mendengar benda2 yang dilarang seperti umpatan, muzik.
- Anggota2 lain dari sebarang perkara mungkar, pergi ke tempat2 maksiat.
Rebutlah peluang untuk menjadikan puasa cemerlang, gemilang & terbilang:-
- Solat Terawih ( 8 atau 20 rakaat) Nabi solat 8 rakaat, tapi habis solat dekat dengan waktu sahur.
- Khatam Quran
- Sedekah, beri makan orang berbuka
- Mencari lailatul qadar. Jumpa atau tidak no2, yang penting mencari dengan apa jua amal ibadat.- Iktikaf di masjid pada 10 malam terakhir.
Setiap ibadat fardhu dan sunat diganda 70kali pahala.
Difailkan dalam: Ramadhan