Amalan sebelum tidur

  1. Surah Al-Mulk (30 ayat) . Rasulullah s.a.w S. bersabda “Sesiapa yang membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur”.
  2. Mengucap 2 kalimah syahadah
  3. Syahidallah (ayat 18 surah Aali-Imran)

syahidallah.png[18] Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana..4.

4. Ayat Qursi.

5. 6 Ayat awal surah Hadid (Sabbaha lillah…)

hadid1-4.png

hadid4-6.png

4. 4 ayat akhir surah Hasyr (Lau anzal na)

 

[21] Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

[22] Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[23] Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

[24] Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

6. Istigfar 3 kali.

Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang ketika merebahkan dirinya ke tempat tidur mengucapkan istighfar 3 kali, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun seumpama buih lautan, sebanyak bilangan daun pokok, sebanyak bilangan pasir halus dan sebanyak bilangan hari-hari dunia.” (Riwayat Tirmidzi)

7. Surah Al-Ikhlas (Qulhuwalllah)

8. Tahlil – La ila ha illallah sebanyak 10 kali

9. Selawat berserta selawat nabi Ibrahim 1 kali (seperti dalam bacaan tahiyyat)

10. Laila ha illallah… wahdahu la syari kalah

11. Laila ha illallah… wahdahu la syari kalah….ahadan somadan ..lam yalid walam yulad ..walam yakul lahu kufuwan ahad

12.Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi,wa ridhaka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi’(Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘ArasyNya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (Hadis riwayat Muslim)

About these ads
Dikirim dalam Wirid, Zikir. 2 Komen »

2 Respons bagi “Amalan sebelum tidur”

  1. Ingin tahu Says:

    Ustaz,
    Pernah tak Nabi s.a.w. komen akan umatnya yang tidur berdengkur atau yang banyak sangat tidur? Apakah ‘ubat’ yang Nabi s.a.w. sarankan pada mereka?

    • sulaiman Says:

      Rasulullah saw bersabda, perkara yang aku takuti atas umatku adalah perut besar (banyak makan), banyak tidur, malas dan lemah keyakinan (Riwayat Daruquthni melalui Jabir r.a).

      Dalam satu hadis Nabi s.a.w menyatakan di hari Kiamat semasa manusia sedang berlutut, apabila disuruh bangun orang yang bertahajjud, bilangan manusia yang bangun malam untuk bertahajjud adalah sedikit sangat berbanding manusia yang ramai pada waktu itu.

      Sabda Rasullah SAW: “Semua manusia akan dikumpulkan di hari Kiamat di satu tempat. Mereka akan mendengar satu seruan yang berbunyi: `Di manakah mereka yang meninggalkan tempat tidurnya dan menghabiskan malamnya dengan beribadah. Akan ada satu golongan yang bangkit dan masuk Syurga tanpa hisab

      Antara perangai-perangai orang yang masuk syurga ialah:

      Sajadah [16] Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) sertadengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.`

      Abdullah ibn as-Salam meriwayatkan: “Ketika Nabi saw buat pertama kalinya menjejak kakinya di bumi Madinah, orang ramai berduyun-duyun mengerumuninya, dan saya merupakan salah seorang daripada mereka. Saya perhatikan pada wajah Baginda; dan dari situ tahulah saya bahawa beliau bukanlah seorang pendusta. Kata-kata pertama yang lahir daripada Baginda ialah: ‘Wahai manusia, ucapkanlah salam, berilah makan, eratkanlah silaturahim, dan kerjakanlah solat malam ketika orang lain sedang tidur nyenyak, dan kamu akan masuk Syurga dengan sentosa.” Ini diriwayatkan oleh al-Hakim, Ibn Majah, dan at-Tirmizhi yang menganggap hadis ini adalah hadis sahih dan hasan.

      Daripada Muaz Bin Jabal r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan: Puasa adalah perisai, sedekah memadamkan kesalahan (dosa) seperti air memadamkan api, dan seorang insan yang sembahyang pada penghujung malam.” (Hadis riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad).

      Orang-orang soleh yang terdahulu sebelum kita sangat sedikit tidur mereka. Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada waktu siang hari, iaitu qailulah. Waktu qailulah adalah selepas solat Zuhur hingga Asar selama beberapa minit saja iaitu antara 20 hingga 30 minit.

      Ad-Dhariyat [17] Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.

      Kerana itu syurga kelas VIP banyak dipenuhi orang-orang terdahulu dan sedikit sahaja dari golongan kemudian..Sullatun minal awwalin wa qolilun minal akhirin.

      Al-Waqiah [12](Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.

      [13](Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;

      [14] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian

      Nabi SAW juga menyuruh sembahyang tahajjud walaupun selama memerah susu kambing (lebih kurang 5 minit).Iyas bin Mu’awiyah Al-Muzni meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

      “Boleh dikerjakan sembahyang malam meskipun (masanya) sekadar memerah susu seekor kambing. Dan (waktu) selepas sembahyang Isya’ itu dikira sebagai (waktu) malam” (Riwayat Tabrani)

      Nabi SAW juga mengatakan siapa yang terbangun di waktu malam tetapi tidak bertahajjud maka termasuklah ia dalam golongan yang lalai. Abdullah Bin Amru meriwayatkan sabda Rasulullah SAW:

      “Sesiapa yang (Qiamulaill) sembahyang dengan membaca sepuluh ayat maka ia tidak ditulis sebagai orang yang (hidup) lalai.

      Setidak-tidaknya buatlah sebelum sembahyang Subuh. Jikalau tidak mampu atau tidak sedar di waktu malam, boleh buat qadha (ganti) di waktu siang, buat 12 rakaat solat sunat. Boleh diganti mulai lepas matahari naik segalah (15-20 minit selepas waktu Syuruk) sehinggalah matahari tegak. (iaitu tidak dilakukan ketika waktu dilarang solat)

      Dari ‘Aisyah r.a katanya:”Apabila Rasulullah s.a.w luput solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: