Sembahyang Witir

Hadis nabi lebih kurang bunyinya:-Solat witir itu hak keatas muslim, siapa nak boleh buat 5, 3 atau 1 rakaat.

Imam Abu Daud dan an-Nasa’i telah meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Ayyub yang maksudnya: “Rasulullah SAW pernah bersabda” Solat witir itu adalah benar (hak). Siapa yang suka mengerjakannya lima rakaat, kerjakanlah. Siapa yang suka mengerjakannya tiga rakaat kerjakanlah, dan siapa yang suka mengerjakannya satu rakaat sahaja pun, kerjakanlah

Rasulullah juga pernah buat 7 rakaat direct dan 11 rakaat putus-putus (2,2,2,2,2,1)

3 mazhab menghukumkannya sunat, 1 lagi wajib iaitu mazhab Hanafi. Hanafi mewajibkan solat witir kerana:-

  • perkataan HAK dlm hadis diatas
  • satu hadis hasan yang lain:- Allah tambah satu solat lagi ke atas kamu, siapa tak solat hendaklah qadha, Buatlah antara Isya’ dan Subuh. Wahai ahli Quran, siapa tak solat witir bukan dari golonganku.

“Sesungguhnya Allah SWT telah menambahkan kepada kamu satu solat, iaitu solat witir. Maka sembahyanglah antara solat Isyak dan solat subuh. (Ahmad)

Sabda Nabi s.a.w.: “Bila sudah menjelang pagi, dan salah seorang daripada kamu masih belum melakukan (solat) witir, maka berwitirlah (qadha). (Baihaqi & al-Hakim)

Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir ( Maha Esa) dan suka sekali kepada yang witir. ( HR. Ahmad)

Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Witir adalah kewajiban, barangsiapa tidak melaksanakan Witir, maka ia tidak termasuk golongan kami” (H.R. Ahmad dan Abu Dawud.)

YANG PENTINGNYA BUAT, BUKAN HUKUM. Setiap ilmu harus diikat dengan perbuatan, barulah melekat di hati.

Mengikut mazhab Syafie boleh buat 2 kali witir dalam satu malam. Mazhab lain tidak boleh berdasarkan satu hadis yang mengatakan fardhu tidak boleh lebih dari 2 kali. Pada permulaan Islam dibenarkan solat fardhu berulang kali sekiranya solat yang kedua lebih baik dari solat yang pertama (contoh jemaah lebih ramai). Akhirnya Rasulullah larang solat fardhu 2 kali.

“Tidak ada dua witir dalam satu malam” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Tirmizi).

Witir itu di akhir solat malam.

Ibnu Umar r.a. berkata: Bersabda Nabi saw, “Jadikan penghabisan (akhir) shalatmu pada waktu malam dengan shalat witir.” (Bukhari – Muslim)

Solat malam disini maksudnya Isya’. Ada 2 jenis solat witir nabi iaitu sejurus selepas Isya’ dan tengah malam lepas tahajjud.

Sabda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam. (Muslim).

Sayyidina Umar solat witir diawal malam, selepas solat Isya’.

Rasulullah kata jangan solat witir seperti maghrib. Jgnlah kamu serupakan solat itu dgn solat Maghrib..” (diriwayatkan oleh Daruqutni). Beza witir dan maghrib ialah:-

  • Witir 3 rakaat baca surah, maghrib 2 sahaja
  • Witir 3 rakaat baca nyaring, maghrib 2 sahaja
  • Witir boleh jemaah bulan Ramadhan sahaja

Dalam 3 rakaat solat witir Nabi baca:-

  • Sabbihis (surah A’la)
  • Qulya (Al-Kafirun)
  • Qulhuwallah (Al-Ikhlas)

Di dalam riwayat hadis yang diceritakan oleh Aisyah yang bermaksud:

“Rasulullah di dalam solat witir membaca Surah Al-A’la pada rakaat pertama, Surah Al-Kafirun pada rakaat kedua, sedang dalam rakaat ketiga baginda membaca Surah Al-Ikhlas serta dua surah Muawwadzah iaitu surah Al-Falaq dan surah An-Nas.”

Rujukan lain:-

http://www.pesantrenvirtual.com/index.php?option=com_content&task=view&id=713&Itemid=30

http://www.muis.gov.sg/eservices/faqs/muis_faqmain3_m.asp?strItemChoice=2005329105057&action=SHOWTOPICS&strSubItemChoice=2005329105110&m_strTopicSysID=2005107142043

About these ads

17 Respons bagi “Sembahyang Witir”

  1. azhaza Says:

    Perlukah dibaca doa qunut semasa solat witir ?

  2. sulaiman Says:

    http://nasbunnurain.multiply.com/music/item/304/Qunut_Sembahyang_Witir

    Perlu jika mahu mengikut sunnah.

    Wajib baca qunut dalam sembahyang witir pada mazhab Hanafi.
    Jibrail ajar Nabi baca

    اللَّهُمَ اِنَّا نَسْتَعِيْنُكَ، وَ نَسْتَغْفِرُكَ وَ نؤمِنُ بِكَ، وَ نَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَ نُثْنِيْ عَلَيْكَ الْخَيْرَ وَ نَشْكُرُكَ وَ لا نَكْفُرُكَ وَ نَخُلَعُ وَ نَتْرُكُ مَنْ يّفْجُرُكَ. اللَّهُمَّ اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَ نَرْجُوْا رَحْمَتَكَ وَ نَخْشى عَذَابَكَ اِنَّ عَذَابَكَ بِالْكُفَّارِ مُلْحِقٌ

    Allahumma inna nasta’inuka wa nastaghfiruka, wa nu’minu bika, wa natawwakkalu alayika, wa nusni alayikal khaira, wa nashkuruka wa la nakforuka wa nakhla’u wa natruku manyafjoruk. Allahumma iyyaka na’budu wa laka nusalli wa nasjudu wa ilayika nasa wa nahfidu, wa narju Rahmataka wa nakhsha ‘adhzabaka; inna adhabaka al-jidda bi al-kuffari mulhiq

    O Allah! We seek Your assistance and ask for Your guidance, and we beseech Your forgiveness and return to You in repentance. We cherish faith in You and place our trust in You. We attribute all goodness to You. We are grateful to You and refuse to be ungrateful to You. We abandon and forsake all those who reject You. O Allah, You alone we worship, unto You alone we pray; unto You alone we prostrate, and for You alone we strive. Unto You alone we flee for refuge. We cherish hope in Your mercy and we fear Your retribution. Verily, Your punishment is bound to catch up with those who reject the truth.

  3. azhaza Says:

    1) Boleh tlg perbesarkan doa qunut dlm jawi di atas.
    2) Doa di atas lain drp yg biasa di lakukan semasa sembahyang subuh.

  4. sulaiman Says:

    Sembahyang witir ni wajib dlm mazhab hanafi, tidak wajib dlm mazhab syafie.

    Doa qunut yg diatas tu qunut witir mazhab hanafi.Wajib dibaca kalau ikut mazhab Hanafi.
    Doa qunut witir yg telah dibesarkan:
    http://nasbunnurain.wordpress.com/2008/01/13/11/

    Mazhab Syafie qunut macam biasalah, macam sembahyang subuh.(itupun cuma dibaca dalam masa bulan Ramadahan selepas 15 haribulan)

  5. azhaza Says:

    Adakah kesimpulannya, doa qunut ini boleh ditingalkan , baik semasa witir dan juga semasa solat subuh. Sebab ada mazhab yg tidak lakukan.

  6. sulaiman Says:

    Bergantung pada mazhab mana saudara taqlid (ikut).

    Qunut witir dan sembahyang witir wajib pada mazhab Hanafi, qunut subuh tidak wajib pada mazhab Hanafi.

    Sembahyang Witir tidak wajib pada mazhab Syafie. Qunut Subuh pula sunat Ab’ad pada mazhab Syafie.

    Juga bergantung pada imam sembahyang saudara (mazhab mana yang dia ikut). Sabda nabi, dijadikan imam untuk diikuti.

    Pernah juga org bertanya tentang campur mazhab:-
    http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/03/26/kemusykilan-tentang-mazhab/

  7. azhaza Says:

    Salam

    Bolehkah sembahyang tarawikh 4 rakaat dibuat tanpa henti (seperti zuhur) tetapi cuma satu tahiyat.

  8. azhaza Says:

    Salam

    Maksud saya solat tarawikh 4 rakaat satu salam dan cuma sekali shj tahiyat.

  9. sulaiman Says:

    Wallahua’lam, tidak diketahui…samada tarawikh boleh dibuat 4 rakaat 1 salam.

    Yang saya tahu setiap 2 rakaat solat sunat Nabi baca tahiyyat..

  10. azhaza Says:

    bolehkah solat tarawikh boleh buat 4 rakaat satu salam. Kebiasaan dibuat 2 rakaat. adakah hadithnya.

  11. sulaiman Says:

    Mengikut tuan guru, solat tarawikh boleh buat 4 rakaat 1 salam. Tetapi mestilah 2 tahiyyat. Hadithnya saya tidak tahu, kena cari dulu.

  12. awanaaasha Says:

    assalamualikum ustaz,
    boleh atau tidak selepas solat terawih kita melakukan solat witir kemudian bgun di mlm hari untuk solat tahajud.
    wassalam.

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Boleh, tiada masalah.

      Cuma ada orang keliru sedikit dalam masalah ini. Ada hadith menyebut “jadikan solat witir penutup sembahyang malam”. Lalu mereka mengatakan sembahyang witir hendaklah dilakukan selepas solat tahajjud. Sebenarnya sembahyang malam yang dimaksudkan dalam hadith itu ialah sembahyang Isyak. Sayyidina Umar juga sembahyang witir sebelum tidur.

  13. آل خيري ال كاتياغاني Says:

    Salam TG Maulana
    Bagaimana solat Witir 3 rakaat 2 salam…?…Niat yg pertama 2 rakaat adalah “Raka’atin”….sedangkan witir tidak ada 2 rakaat…?

  14. sulaiman Says:

    Salam,

    Solah witir 3 rakaat 1 salam itu ialah menyambung lagi 1 rakaat selepas tahiyyat awal (tidak memberi salam tapi terus bangun).

    TG Maulana sendiri melakukan 3 rakaat 1 salam (mengikut kaedah mazhab Hanafi) kerana witir 1 rakaat itu sudah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.

    Benar pendapat dan soalan saudara bagaimana hendak niat witir 2 rakaat. Namun ini pilihan ulama Mazhab Syafie, mereka memilih 2 rakaat + 1 rakaat kerana hendak membezakan solah witir daripada solah maghrib seperti dalam hadith “Janganlah kamu serupakan solat itu dgn solat Maghrib..” (diriwayatkan oleh Daruqutni)

    Ulama mazhab Hanafi pula berpendapat witir memang berbeza daripada Maghrib kerana 3 sebab:

    1) Surah dibaca dalam ketiga-tiga rakaat witir, tetapi hanya dibaca pada 2 rakaat dalam waktu maghrib
    2) Bacaan surah dalam solah witir dibaca nyaring (kuat) pada ketiga-tiga rakaat , sedangkan dalam waktu Maghrib hanya pada 2 rakaat pertama sahaja.
    3) Solah witir hanya boleh dilakukan secara berjemaah pada bulan Ramadhan sahaja, manakala Maghrib sepanjang tahun

  15. yazidtamar Says:

    salam,

    bolehkah solat witir dibuat 3 rakaat dengan satu tahiyyat ?


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: