Sembahyang Sunat Dhuha

Sesiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan (mengekalkan)sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Mahligai emas di syurga adalah milik Sayyidina Umar.

Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Berbeza dengan sembahyang sunat yang lain, sunat Dhuha afdhal dilakukan di masjid.

Sembahyang Dhuha berbeza dengan sembahyang sunat Isyra’* (Syuruk). Sebenarnya waktu Dhuha ialah waktu bumi mulai panas, diberi contoh bila anak unta rasa panas duduk di atas tanah. Lebih kurang pukul 10 atau 11 pagi. Akhir waktu Dhuha ialah masuknya waktu Zohor.

Sembahyang Sunat Isyra’ ialah sekitar 15-20 minit selepas waktu Syuruk

About these ads

5 Respons to “Sembahyang Sunat Dhuha”

  1. ummuaizat Says:

    Assalamualaikum wm wb.
    Wasiat Nabi saw untuk Sayyidina Umar ra, untuk kerjakan Solat Dhuha 2 rakaat atau 12 rakaat.
    Wassalam

  2. azhaza Says:

    1) perlukah sunat witir dibaca doa qunut.
    2) sunat witir 3 rakaat bersamaan 2 salam. perlukah dibaca 3 surah pd rakaat terakhir seperti yg diamal selepas sembahyang tarawikh.

  3. sulaiman Says:

    1) perlukah sunat witir dibaca doa qunut.
    – perlu dlm mazhab hanafi sahaja. Mazhab syafie tidak wajib witir dan qunut dlm witir cuma masa dlm bulan ramadhan selepas 15hb.

    2) sunat witir 3 rakaat bersamaan 2 salam. perlukah dibaca 3 surah pd rakaat terakhir seperti yg diamal selepas sembahyang tarawikh.

    – Perlu baca surah kerana nabi tak pernah tinggal surah dlm sembahyang.

    – mazhab syafie witir 3 rakaat 2 salam.mazhab hanafi 3 rakaat 1 salam.

  4. ibnuabdullah114 Says:

    salam

    apakah maksud mahligai emas di syurga adalah milik umar ra?

    adakah bermakna mahligai umar ra sahaja yg akan dibina berasaskan emas?

    atau bermaksud segala mahligai emas di syurga nanti milik umar ra?

    wassalam

  5. sulaiman Says:

    Mahligai emas itu milik sesiapa yang mengekalkan sembahyang Dhuha. Sayyidina Umar sudah pasti mendapatnya (ada jaminan). Bagi kita pula jika ingin mendapatnya kenalah mengekalkan sembahyang Dhuha..

    “Sesiapa yang mengerjakan (mengekalkan)sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: