Sembahyang Sunat Tahajjud

Dalam satu hadis, Allah rahmati dan suka orang solat tahajjud:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ;

“Allah merahmati orang yang bangun pada waktu malam dan mengejutkan isterinya untuk sembahyang. Jika isterinya payah sedar ia merenjiskan air di wajahnya. Dan Allah merahmati isteri yang bangun waktu malam bersembahyang dan mengejutkan suaminya (agar beribadah). Jika suaminya enggan (liat) untuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya.” (Riwayat Abu Daud)


Kerjasama suami-isteri seperti ini ini mampu membentuk keluarga dan masyarakat yang baik.

Di dalam hadis yang lain, solat tahajjud ialah budaya orang soleh

Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah s.a.w ; “hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu dengan tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari melakukan dosa.” ( Riwayat At-Tarmizi )

Dalam riwayat Salman Farisi ditambah lagi dengan faedah lain iaitu, “ia dapat menghilang penyakit dari dalam tubuh.” – ( Riwayat At-Tabrani )

Imam Syafie mengharuskan solat tahajjud secara berjemaah. Imam Hanafi mengatakan solat tahajjud itu individu.

Nabi Muhammad telah dijanjikan tempat yang istimewa di syurga iaitu ‘Makam Mahmud” (bukannya Makam yang terpuji tetapi nama makam itu ialah Makam Mahmud).

Israa [79] Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di Makam Mahmud

Asalnya solat tahajjud itu wajib ke atas nabi, kemudian ditarik balik arahan itu. Mulanya Nabi baca 7 juzuk quran dalam 4 rakaat solat tahajjud dan bengkak kakinya, sehinggalah turun ayat :-

Muzammil [20] Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajud) selama kurang dari dua pertiga malam dan selama satu perduanya dan selama satu pertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Dia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang).

Jikalau tidak mampu atau tidak sedar di waktu malam, boleh buat (ganti) di waktu siang, buat 12 rakaat solat sunat. Boleh buat mulai lepas matahari naik segalah (15-20 minit selepas waktu Syuruk) sehinggalah matahari tegak. (iaitu tidak dilakukan ketika waktu dilarang solat)

Dari ‘Aisyah r.a katanya:”Apabila Rasulullah s.a.w luput solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)

About these ads

3 Respons bagi “Sembahyang Sunat Tahajjud”

  1. Doa lepas azan « Nasbun Nurain Says:

    [...] kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad wasilah dan kelebihan dan bangkitkanlah Baginda di Maqam Mahmud“, dia akan mendapat syafaatku di hari kiamat. (Riwayat dari Jabir Bin [...]

  2. muhammad sabri Says:

    macam mana cara2 solat tahajjud


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: