Sembahyang Sunat Untuk Taubat

Antara dalilnya ialah riwayat Ali bin Abu Talib r.a. berkata, Abu Bakar r.a. mendengar Rasulullah s.a.w.bersabda:

Maksudnya: “Tiada seorang hamba yang berdosa dengan suatu dosa, kemudian ia berwuduk dengan sebaik-baik wuduk. Lalu ia sembahyang sunat dua rakaat dan setelah itu ia beristighfar memohon keampunan Allah, melainkan diampunkan Allah baginya”.

Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: 135 Surah Aali-Imran bermaksud:

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiayai diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah – dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang telah mereka lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui ( akan salahnya dan akibatnya )”.

  • Kisah Abu Bakar r.a. sebelum Islam
    Sebelum beliau Islam, dia telah bermimpi bulan jatuh ke ribanya. Lalu dia pergi berjumpa ahli kitab untuk menafsirkan mimpi tersebut. Ahli kitab itu mengatakan yang beliau akan menjadi seorang menteri kepada seorang pemimpin di Mekah. Lalu Abu Bakar pun mengikuti ceramah-ceramah Nabi Muhammad. Setelah beberapa lama, Abu Bakar minta Nabi tunjukkan bukti kenabiannya. Maka kata Nabi, “tidak cukupkah apa yang ahli kitab itu katakan padamu. Kemudian fahamlah Abu Bakar akan bukti kenabian Nabi Muhammad itu.
  • Abu Bakar tidak banyak meriwayat hadis, cuma 6 buah sahaja, mungkin bimbang dengan amaran Nabi:- Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka. Hadith Mutawatir

Di dalam hadis yang lain, Baginda juga pernah bersabda:

Maksudnya:“Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad)

Dari Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hamba-Nya melebihi kesenangan seorang yang menemukan kembali tiba-tiba untanya yang telah hilang daripadanya di tengah hutan.”
(Bukhari – Muslim)

Sabda Nabi s.a.w. lagi,”Bahawasanya ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima ia akan taubat hamba selama belum sampai rohnya kepada halkumnya.” (Riwayat At-Tirmizi)

Tidak semestinya solat atas nama solat sunat taubat. Seperti diterangkan dalam hadis di atas, apabila melakukan dosa, wuduk, solat dan istigfarlah. Tidak perlu diniatkan dengan solat solat taubat. Walaubagaimanapun, jika diniatkan atas nama solat sunat taubat, solat tetap sah, cuma tiada dalil atau asas.

About these ads

4 Respons bagi “Sembahyang Sunat Untuk Taubat”

  1. azhaza Says:

    Bagaimana niat solat sunat jika ingin taubat atau minta keampunan atas dosa yg dilakukan jika bukan atas nama solat sunat taubat seperti kenyataan di atas? Bagaimana nak melafazkan niat sebelum solat ?

  2. sulaiman Says:

    Niat “Aku sembahyang sunat dua rakaat kerana Allah”.Selepas sembahyang istigfarlah. seperti dalam hadith diatas. Jika niat solat sunat taubat pun tidak salah, cuma tidak diterangkan dalam hadith.

  3. azhaza Says:

    Macamana niat dlm bahasa arab ? Boleh di niat dlm bahasa melayu ?

  4. sulaiman Says:

    Niat dlm bahasa melayu pun boleh..“Aku sembahyang sunat dua rakaat kerana Allah” atau “Aku sembahyang sunat taubat dua rakaat kerana Allah”


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: