Sembahyang Hajat

Dari ‘Abdillah ibn Abi Aufa meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada seseorang makhluqNya, maka hendaklah dia berwudhu’ dengan mengelokkan-wudhu’nya dan bersolat dua raka’at, dan kemudiannya memuji Allah dan berselawat ke atas Rasulullah SAW lalu hendaklah dia membaca do’a ini. La Ilaha Illallah al-Halim al-Karim, SubhanAllah rabb al-‘Arsh al-‘Adzim (du’a ini tidak disalin semua) – Hadith 148 Mastika Hadis Jilid 2

Sungguhpun hadis ini hadis daif, tetapi ia disokong oleh hadis sahih yang berikut

Hadis 149 Mastika Hadis Jilid 2:

Dari Abi Ad-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berwudhu’ lalu diperelokkan wudhu’nya, kemudian dia menunaikan solat 2 raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa yang dimintanya, sama ada cepat atau lambat (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad)

Disokong juga oleh hadis sahih yang berikut:-

Hadis 150 Mastika Hadis Jilid 2:

Dari ‘Uthman bin Hunaif RA, bahawa telah datang kepada Rasulullah SAW seorang yang buta matanya seraya berkata, “Ya Rasulallah! Doakan kepada Allah untuk saya supaya Dia menyembuhkan saya” Rasulullah SAW bersabda, “jika engkau mahu, (doakan segera) maka akan aku doakan untukmu dan jika kamu mahu kamu boleh bersabar dan ianya (bersabar) lebih baik bagi kamu.” Lelaki itu menjawab, “Doakanlah” Maka Rasulullah SAW menyuruhnya supaya berwudhu’ dengan elok lalu bersolat dua raka’at dan berdoa dengan doa ini, “Allahumma Inni asaluKa wa atawajjahu ilaika binabiyyika Muhammad Nabiy ar-rahmah. Inni tawajjahtu bika ila rabbi fi hajati hazihi lituqdha liyy. Allahumma fashaffi’hu fiya

Hadis ini juga menjadi dalil harus bertawassul. Minta dengan Allah, bukan dengan wali, cuma wasilah melalui doa orang yang soleh. Amalan yang baik juga menjadi wasilah.

Kaedah Doa Nabi Yunus

Dalam hadis yang lain Nabi bersabda, siapa yang ada hajat, solatlah dan baca doa Nabi Yunus (selama 40 hari):

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Anbiya ayat 87)

Dalam hadis yang lain, bila ada hajat, solatlah 2 rakaat dan sujud (luar solat) serta bacalah doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali. Doa Nabi Yunus ini adalah ayat quran, maka hendaklah sujud diluar solat kerana ada larangan membaca ayat quran di dalam sujud semasa dalam sembahyang.Maka selepas memberi salam, sujud sekali lagi dan bacalah doa Nabi Yunus itu.

Daripada Ali bin Abi Thalib katanya “Aku dilarang Rasulullah s.a.w. membaca Quran dalam rukuk dan sujud (Riwayat Muslim)

Galakkan sembahyang sunat di rumah:-

Hadis 151 Mastika Hadis Jilid 2:

Dari Umar Bin Al-Khattab r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda Sembahyang sunat yang dikerjakan oleh seseorang dirumahnya; menjadi Nur (cahaya) yang meneranginya; oleh itu, sesiapa yang suka (mendapat kelebihan itu), hendaklah ia menerangi rumahnya (dengan sembahyang sunat)

Dalam hadis lain menjelaskan: Solatlah kamu dirumah-rumah kamu dan jangan jadikan ia sebagai kubur-kubur.“(Riwayat Ahmad) Ia bermaksud rumah-rumah yang tidak didirikan lansung solat di dalamnya menjadi sepi seumpama kubur.

Hadis 152 Mastika Hadis Jilid 2:

Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia.”

About these ads

20 Respons to “Sembahyang Hajat”

  1. aidadia Says:

    Di dalam kebanyakan bahan rujukan, doa Nabi Yunus dibaca di dalam sujud terakhir solat. Mengapakah dilarang membaca ayat Quran di dalam sujud semasa sembahyang?

  2. sulaiman Says:

    Terima kasih atas soalan. Terdapat larangan dari Nabi sepertimana dalam hadith:

    Dari Ali bin Abi Thalib katanya “Aku dilarang Rasulullah s.a.w. membaca Quran dalam rukuk dan sujud (Riwayat Muslim)

    Doa nabi Yunus ialah dari ayat Quran.

  3. aidadia Says:

    Terima kasih di atas penjelasan.

    1. Apakah do’a yang paling baik dibaca untuk solat sunat tahajjud, taubat & istikharah? Dan perlukah dibaca di luar solat?

    2. Adakah do’a nabi Yunus boleh diamalkan pada kesemua solat-solat sunat di atas?

    Diharap mendapat penjelasan. Terima kasih :)

  4. sulaiman Says:

    1.Wallahua’lam, tidak diketahui..

    Doa perlu dibaca luar solat…ada satu kaedah kalau nak berdoa dalam solat**, iaitu setelah selesai membaca tahiyyat, bolehlah berdoa sebelum memberi salam, asalkan ianya ayat al-Quran…

    **Sebenarnya solat itu sudah selesai bila habis membaca tahiyyat..kerana itu boleh berdoa sebelum memberi salam.

    2. Tiada masalah..

  5. ibnuabdullah114 Says:

    salam

    Adakah terdapat dalil hadith solat hajat berjemaah ?

    • sulaiman Says:

      Sebenarnya tiada hadith yang menyebut “solat hajat” secara khusus.

      Cuma disebut sekiranya ada hajat, sembahyanglah..Tidak pula disebut berjemaah.

      Kebiasaan masyarakat kita mengadakan sembahyang hajat secara berjemaah ialah untuk meminta orang lain turut mendoakan sesuatu hajat, sepertimana hadith:

      Rasulullah saw bersabda: Perbanyakanlah berdoa dan mintalah agar orang-orang mendoakan kebaikan untukmu, kerana sesungguhnya seorang hamba itu tidak mengetahui melalui lisan siapakah doanya dmakbulkan atau ia diberi rahmat. (HR. Al Khathib melalui Abu Hurairah r.a)

  6. Jue Says:

    Dalam buku panduan solat-solat sunat yg di jual di pasaran ada yang memberikan jumlah bacaan surah yg berlainan (surah pendek selepas membaca alfatihah). contohnya untuk solat hajat ada yg mengatakan surah al ikhlas. perlu di baca sebanyak sekali, 3 kali, 7 kali dan ada 10 kali. Mohon perjelaskan, yg afdal berapa kali kah jumlah surah yg perlu di baca

    • sulaiman Says:

      Dalam hadith Rasulullah menyebut kalau ada hajat, solat sunat 2 rakaat dan berdoalah. Tidak disebut bacaan surah tertentu dan berapa kali bilangan bacaan. Dalam buku di pasaran itu mungkin pendapat cendekianwan Islam.

      Dari Abi Ad-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berwudhu’ lalu diperelokkan wudhu’nya, kemudian dia menunaikan solat 2 raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa yang dimintanya, sama ada cepat atau lambat (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad)

  7. I.Shaiek Says:

    Assalamualaikum.

    Saya ingin bertanya beberapa soalan tentang solat.

    1) Apabila melafazkan niat, adakah kita patut melafazkan niat, “Usholi…” dan ertinya di dalam bahasa Melayu di dalam hati atau “Usholi” sahaja. Ataupun, melafazkan dalam bahasa Melayu sahaja sudah mengcukupi.

    2) Selepas takbiratul ihram, perlukah kita membaca surah Iftitah sebelum membaca surah Al-Fatihah.

    3) Selepas salam, harus terus sujud dan membaca doa Nabi Yunus empat puluh kali sebelum berdoa. Adakah cara-cara untuk mengira berapa kali kita sudah membaca doa tersebut. Takut-takut nanti membaca kurang atau lebih.

    4) Maaf, tetapi, izinkan saya bertanya tentang solat taubat. Kita juga harus membaca surah Nabi Yunus di sujud yang terakhir. Bagaimana jikalau ditulis diatas bahawa kita tidak boleh membaca ketika solat?

    Saya berharap boleh mendapat jawapan untuk soalan ini.

    Terima kasih.

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      1) Niat yang sebenar itu dalam hati. Lafaz itu cuma untuk mengingatkan hati sahaja. Niat dalam bahasa Melayu pun sudah mencukupi.”Sengaja aku sembahyang fardhu Zohor kerana Allah taala”

      2) Nabi tidak meninggalkan doa iftitah. Bacalah iftitah pendek kalau tidak sempat baca yang panjang. Ada saya tulis di sini:

      http://nasbunnuraini.wordpress.com/2006/10/16/membaca-al-fatihah/

      3)Pada pendapat saya, kira dengan ruas jari… 30 ruas jari + 10 jari = 40. Kira dalam otak dan gerakkan sedikit jari masa zikir itu.

      4) Doa Nabi Yunus itu untuk solat hajat sebenarnya. Selepas beri salam, sujud dan bacalah doa Nabi Yunus itu.

      • I.Shaiek Says:

        Wahai Sulaiman,

        Terima kasih kerana membalas soalan saya. Tetapi, izinkan saya bertanya satu soalan lagi. Apabila melakukan solat taubat, kita tidak perlu membaca doa Nabi Yunus? Jika begitu, selepas solat, banyak beristifar dan berdoa memohon ampun. Adakah ini cara yang betul?

      • sulaiman Says:

        Kalau mengikut hadith, cara solat taubat begini:
        Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Tiada seorang hamba yang berdosa dengan suatu dosa, kemudian ia berwuduk dengan sebaik-baik wuduk. Lalu ia sembahyang sunat dua rakaat dan setelah itu ia beristighfar memohon keampunan Allah, melainkan diampunkan Allah baginya”.

        Ada juga saya tulis di sini:

        http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/03/20/sembahyang-sunat-untuk-taubat-dan-hajat/

  8. I.Shaiek Says:

    Ya, Sulaiman. Terima kasih diatas bantuan ada. Moga-mogahan jasa baik awak dibalas oleh Allah swt. Assalamualaikum.

  9. Syah Says:

    Salam Tuan

    Boleh tahu waktu bilakah yang patut diniatkan hajat yang ingin kita pohon, dalam sujud terakhir rakaat kedua, selepas tahiyat atau selepas banguan dari sujud(di luar solat) setelah selesai menyebut doa nabi Yunus?

  10. Azman Says:

    Salam Tuan,
    Bagaimana pula cara nak melakukan solat hajat 12 rakaat? terdapat 6 salam dlm solat tu kan?..lepas solat,tanpa berubah kedudukan dan terus sujud semula utk membaca doa khas yg disampaikan oleh wuhaib bin ward..ini bermakna xpayah membaca doa yunus kan?

  11. Bona Nabo Says:

    saya mau tanya tad masalah solat sunah kan ada yang cuma baca alfate,ah aja gimana


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: