Ada juga golongan yang mempertikaikan riwayat-riwayat di atas. Apapun secara amnya sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Ada juga riwayat mengatakan siapa potong kuku setiap hari Rabu miskinlah ia. (Kesahihannya wallahua’lam). Seboleh-bolehnya elakkan dari mengekalkan memotong kuku pada hari Rabu (sekali-sekala tidak apa). Ini kerana isteri nabi iaitu Siti Khadijah pernah bertanya bagaimanakah caranya untuk menghabiskan harta beliau yang banyak. Maka jawab Nabi s.a.w. potonglah kuku pada setiap hari Rabu.
Nabi juga pernah berkata, jangan panjangkan kuku kerana syaitan berlari di atas kuku yang panjang. Begitu juga misai yang melebihi bibir mulut.
Kaedah yang paling mudah ialah:-
KUKU TANGAN
- Mulai dari Jari Telunjuk tangan kanan.
- Jari Tengah tangan kanan
- Jari Manis tangan kanan
- Jari Kelingking tangan kanan (Tinggalkan Ibu Jari tangan kanan)
- Jari Kelingking tangan kiri
- Jari Manis tangan kiri
- Jari Tengah tangan kiri
- Jari Telunjuk tangan kiri
- Ibu Jari tangan kiri
- Ibu Jari tangan kanan
Mula dari kanan, penghabisan juga sebelah kanan.
KUKU KAKI - Mula dari kanan, penghabisan sebelah kiri iaitu kelingking kiri. Mulai dari Kelingking Kanan dan bergerak ke jari-jari lain di sebelah kiri jari kelingking kanan . (cara terus, straight – cara “highway”)

Januari 24, 2008 at 9:10 am
Ada perbezaan di dlm gambarajah dan keterangan di atas utk cara memotong kuku tangan.
Januari 25, 2008 at 12:23 am
Ada beberapa cara memotong kuku dari sunnah nabi. Dlm gambarajah itu cara-cara dari Kitab Jauharul Mauhub…Dlm keterangan itu dari ilmu Maulana.
April 14, 2009 at 5:15 pm
[...] Sumber: http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/04/23/adab-memotong-kuku/ [...]
Julai 6, 2011 at 2:45 pm
Pembetulan untuk no.5 dan 10.
1. Mulai dari Jari Telunjuk tangan kanan.
2. Jari Tengah tangan kanan
3. Jari Manis tangan kanan
4. Jari Kelingking tangan kanan (Tinggalkan Ibu Jari tangan kanan)
5. Ibu Jari tangan kanan
6. Jari Kelingking tangan kiri
7. Jari Manis tangan kiri
8. Jari Tengah tangan kiri
9. Jari Telunjuk tangan kiri
10. Ibu Jari tangan kiri
Disember 20, 2011 at 8:55 am
afwan…….
mase sye belajar, ustadz suruh mulakan dari yg kanan dan berakhir di kanan
Julai 6, 2011 at 2:47 pm
Pembetulan untuk no.5 dan 10.
1. Mulai dari Jari Telunjuk tangan kanan.
2. Jari Tengah tangan kanan
3. Jari Manis tangan kanan
4. Jari Kelingking tangan kanan
5. Ibu Jari tangan kanan
6. Jari Kelingking tangan kiri
7. Jari Manis tangan kiri
8. Jari Tengah tangan kiri
9. Jari Telunjuk tangan kiri
10. Ibu Jari tangan kiri
November 28, 2011 at 10:06 pm
Anda juga blh dptkan maklumat dari entri blogger ini.. maklumat kamu berbeza..
http://www.ceritaindahkami.com/2011/04/hadis-palsu-mengenai-adab-memotong-kuku.html
November 29, 2011 at 2:37 pm
Pada mereka ia palsu. Pada kami ada asasnya. Carilah guru yang benar hingga kamu dapat maklumat yang benar.
April 18, 2012 at 11:08 pm
Saya sudah baya artikal itu. Tapi tak adapun hadis tentang susunan kerat kuku. Yang ada hadis tetang hari-hari tetentu. Kesimpulan pun tak betul bila sebut : Kesimpulan:1. Hadis Memotong kuku mengikut susunan adalah dhaif/palsu.
( Kalu kita tak suka tak payahlah nak mereka-reka fakta. Cuma kita cakap mengikut Imam Ghazali cukuplah)
Orang yg fanatik salafi mmg suka reka-reka hujah..salafi tak salah yg salah ialah fanatik, nak bagitahu yg dia bijak dalam ilmu, tapi dalam hati ada kebencian pada orang.
April 19, 2012 at 8:14 am
Dhaif(lemah) dan maudu(palsu) adalah dua perkara berbeza.
Hadith palsu tidak terpakai.
Hadith lemah terpakai selagi tidak ada hadith sahih.
Kalau tak jumpa jangan kata tak ada hadith.
Januari 13, 2012 at 3:23 pm
Dari segi Adab memotong kuku pun dah mengelirukan. Yang mana satu yang patut di ikuti ?
Januari 13, 2012 at 4:20 pm
Jangan keliru…anda diberi banyak pilihan…pilih yang mana suka..