Sujud Tilawah, Ayat Sajadah

Firman Allah: 

Maryam [58] ……..Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.

Dari Amru Bin Al-As r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. menerangkan kepadanya 15 ayat Sajadah yang tersebut di dalam al-quran (Hadis Hasan riwayat Abu Daud

AYAT-AYAT SAJDAH DI DALAM AL-QURAN

1. Ayat ke 206 dari surah Al -A’raf
2. Ayat ke 15 dari surah Al- Ra’d.
3. Ayat ke 50 dari surah Al- Nahl.
4. Ayat ke 109 dari surah Al- Isra’
5. Ayat ke 58 dari surah Maryam.
6. Ayat ke 17 dari surah Al- Haj
7. Ayat ke 77 dari surah Al- Haj
8. Ayat ke 60 dari surah Al -Furqan.
9. Ayat ke 25 hingga 26 dari surah Al- Naml
10. Ayat ke 15 dari surah Al -Sajdah
11. Ayat ke 38 dari surah Fusshilat
12. Ayat ke 62 dari surah Al- Najm
13. Ayat pertama dari surah Al- Insyiqaq.
14. Ayat ke 21 dari surah Al -Insyiqaq.
15. Ayat ke 19 dari Al- ‘Alaq

Sujud tilawah adalah sunat menurut pendapat mazhab Syafie. Manakala mazhab Hanafi berpendapat bahawa sujud tilawah itu wajib sama ada ke atas pendengar atau pembaca. Dalam mazhab Syafie kena sujud ikut bilangan ayat manakala mazhab Hanafi membolehkan sujud 1 kali untuk beberapa ayat sajadah, sekiranya masih duduk di tempat yang sama. Manakala diluar sembahyang pula, mazhab Syafie mewajibkan angkat tangan dan salam, mazhab Hanafi tiada angkat tangan dan tiada salam. 

Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Umar katanya yang maksudnya :

“Bahawasanya Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam telah membaca al-Qur’an, lalu Baginda membaca satu surah yang di dalamnya ada ayat ‘sajdah’, maka Baginda pun bersujud lalu kami pun sujud bersama-sama Baginda sehingga sesetengah daripada kami tidak mendapati tempat untuk meletakkan dahinya”.

Segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah:

Hajj [18] Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan dan bintang-bintang dan gunung-ganang dan pokok-pokok kayu dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia?

About these ads

Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: