Syurga dan Neraka dijadikan pada hari Khamis

Dijadikan syurga dan neraka pada hari Khamis. Syurga adalah satu tempat yang melahirkan “Rahim” (kasih sayang) Allah s.w.t. Siapa nak tengok kasih sayang Allah di Syurga hendaklah mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangannya. Neraka itu sebaliknya. Siapa nak tengok kegarangan Allah, terutamanya kepada orang jahat, jengoklah tengok ke dalam neraka.

Nikmat syurga dan azab neraka tidak dapat diceritakan (secara detail). Kalau diceritakan pun tak tersampai akal untuk memikirkannya. Dalam dunia pun begitu, orang yang sakit diketuk dengan tukul umpamanya, hanya dia yang tahu betapa sakitnya. Untuk tahu nikmat syurga yang sebenar ini, kena masuk dahulu.

Apa yang sesorang itu hendak di dalam syurga dia dapat dan kekal selamanya (fiha kholidun). Di dalam hadis ada dinyatakan, Allah sendiri melayan makan dan minum ahli syurga, tanya khabar sendiri, “Apa khabar kamu wahai ahli syurga?” Begitulah istimewanya layanan Allah kepada ahli syurga. Oleh kerana syurga dijadikan pada hari Khamis dan di dalam syurga Allah beri apa yang dikehendakinya , maka kerana itu jugalah siapa yang berhajat untuk meminta sesuatu dari seseorang maka disunatkan meminta pada hari Khamis.

Nabi juga pernah berdoa ” Ya Allah berilah berkat pada umatku pada pagi hari”. Kalau kita ada sesuatu kerja misalnya hendak berjumpa seseorang untuk sesuatu hajat, buatlah di pagi-pagi hari kerana masa itu ada keberkatan.

Juga disunatkan bermusafir pada hari Khamis.

Ada 8 syurga, 120 tingkat, 3/4 tingkat adalah milik umat Nabi Muhammad s.a.w. (3/4 dari 120 = 90tingkat). Umat  Nabi Muhammad lebih ramai berbanding umat terdahulu. Umat Nabi Muhammad juga termasuk orang-orang kafir. Kalau mereka nak masuk Islam tiada siapa boleh halang.Umat dahulu nabi dan rasul silih berganti, umat Nabi Muhammad kini sudah 1500 tahun.

About these ads
Dikirim dalam Neraka, Syurga. 3 Komen »

3 Respons bagi “Syurga dan Neraka dijadikan pada hari Khamis”

  1. kandagalantes Says:

    saran aja:

    ingat pencipta surga itu siapa? kalau anda saja sudah memiliki isteri lalu istri anda hanya menginginkan uang or harta anda bagaimana perasaaan anda kalau tahu itu?

    Yang jadi masalah ini bukan anda tapi Allah SWT loooh yang anda permainkan…. dengan berfokus pada surga

    kenapa anda ingin surga? pasti karena enaknya khan tapi kita gak mau neraka karena tidak enak khan?

    coba bayangkan kalau neraka didinginkan lalu surga dibakar, pasti pilihan anda akan neraka khan?

    coba bayangkan ketulusan anda apabila surga dan neraka itu gak ada? apa gak malu ?????????????

    http://fusion-kandagalante.blogspot.com/2008/09/tuhan.html

  2. sulaiman Says:

    Apabila dapat keredhaan suami, maka dapatlah hartanya…Apabila mendapat keredhaan tuan syurga maka dapatlah syurganya.

    Rasulullah s.a.w. bersabda,
    Siapa yang mencantikkan amalan akhirat padahal dia tidak mengharapkannya dan tidak pula menghendakinya, nescaya ia dilaknat di langit dan di bumi. (Riwayat Daruquthni melalui Ibnu Abbas r.a.)

    Kita buat ibadah dengan tujuan mendapat kejayaan di akhirat.

    Dari segi syariat, amalan yang dilakukan tanpa apa-apa tujuan atau harapan pembalasan seperti syurga adalah dilaknat.

    Manakala dari segi tasauf atau tarikat, amalan dilakukan hanya untuk Allah tanpa mengharap sebarang balasan.Golongan ini mengambil pendekatan merendah diri iaitu Allah layak disembah walaupun tanpa ganjaran atau kerana takut siksaan.

    Dari segi makam (kedudukan) syariat lebih tinggi dari tarikat, sepertimana dalam kisah nabi Musa (bawa syariat) dan nabi Khaidir(tarikat).

    Dihari akhirat, amalan syariat ditanya. Begitu juga pemberi syafaat, orang alim terlebih dahulu memberi syafaat.

  3. Asalammualaikum… « Just to make you smile.blog Says:

    [...] ada kaitan dgn hari Khamis…Tulisan dibawah ni saya copy aje ,copy n paste…dari blog http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/05/25/syurga-dan-neraka/.Terima kasih pada yang empunya blog…Jom kita [...]


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: