ZIKIR DAN WIRID SELEPAS SOLAT

zikir.jpg

Bagaimanakah cara berzikir dan berwirid selepas solat menurut as-Sunnah? Kebiasaannya, masyarakat kita hari ini hanya mengikut amalan yang kita warisi dari orang-orang terdahulu dan kita tidak pernah bertanya dari mana sumbernya. Masyarakat kita juga sering berfikir bahawa asalkan amalan tersebut nampak baik maka tidak ada salah ianya dilakukan. Namun begitu, elok juga kita melihat beberapa dalil dan pandangan para ulama’ mengenai isu ini bagi tujuan menilai semula amalan kita sama ada ia benar-benar menepati maksud al-Qur’an dan hadis Rasulullah (sallahu’alaihi wasallam).

Firman Allah (subhanahu wata’ala) yang maksudnya;

“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai.”

(Surah al-A’raaf, ayat 205)

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.”

(Surah al-A’raaf, ayat 55)

“Wahai manusia! Kasihanilah diri kamu kerana bukanlah engkau menyeru kepada Zat (Tuhan) yang pekak lagi jauh. Sesungguhnya engkau sedang menyeru kepada Zat yang Maha Mendengar lagi dekat bersama kamu”

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah)

Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah (sallahu’alaihi wasallam) ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul. Imam as-Syafi’i (rahimahullah) ada menyebut perkara ini yang di antara lain menyatakan bahawa:

“Saya (Imam Shafi’i) memandang baik bagi imam dan makmum, bahawa berzikir kepada Allah, sesudah selesai daripada solat. Kedua-duanya menyembunyikan zikir, kecuali jika dia (imam) mahu mengajar orang lain. Maka imam mengeraskan suaranya, sehingga dia melihat orang telah mempelajari daripadanya. Kemudian dia merendah (memperlahankan) suaranya.”

(Kitab al-Umm, Jilid 1)

Imam an-Nawawi (rahimahullah), ketika mengulas kaedah-kaedah berzikir selepas solat berjemaah, juga bersetuju dengan kesimpulan Imam as-Syafi’i (rahimahullah). Rujuk al-Majmu’ Syarah al-Muhadzab.

Imam al-Baihaqi (rahimahullah) ada menyebut bahawa:

“Bahawa zikir dan doa’ sesudah solat harus disirrkan (perlahankan) kecuali jika imam ingin mengajarkan zikir itu kepada manusia, maka dijaharkan (dikuatkan) supaya dapat dipelajari. Apabila sudah selesai dipelajari dan diketahui, maka zikir dan doa’ itu harus disirrkan (diperlahankan).”

(Kitab Zikir dan Doa’-Doa’ Rasulullah (sallahu’alaihi wasallam), Sunan al-Kubra)

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani (rahimahullah) juga menyebut perkara yang sama bahawa:

“Tidak disukai mengeraskan suara waktu berzikir dan berdoa’. Demikianlah juga pendapat golongan salaf dari para sahabat dan tabi’en (orang selepas sahabat).”

(Kitab Fath ul-Baari, syarah Sahih Bukhari)

Kesimpulannya, para ulama’ bersetuju bahawa berzikir/berwirid selepas solat adalah secara bersendirian dan dilakukan secara perlahan-lahan. Berzikir secara beramai-ramai dengan suara yang kuat boleh menimbulkan gangguan kepada jemaah lain yang sedang bersolat iaitu bagi mereka yang masih meneruskan solat kerana terlewat (makmum masbuq) dan juga bagi mereka yang sedang solat sunat selepas itu (sunat ba’diah).

About these ads
Dikirim dalam Wirid, Zikir. 5 Komen »

5 Respons bagi “ZIKIR DAN WIRID SELEPAS SOLAT”

  1. aja49 Says:

    Sudah jelas dan terang mengenai ayat-ayat dan hadis yang dipaparkan di atas mengenai membaca doa dan zikir selepas solat.
    Yang sedihnya tidak menjadi amalan perkara-perkara yang sunnah itu di kebayakan surau dan mesjid di Malaysia ini.
    Ramai yang membudayakan bacaan doa dan zikir daripada mengamalkan secara apa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.
    Bila kita membudayakan sesuatu ianya menjadi ikutan daripada ibu-bapa, tok nenek dan moyang kita dengan tidak perlu lagi mencari sumber dan sandaran budaya berkenaan. Semua itu dianggap sudah betul dan baik kerana apa yang dibaca itu adalah dalam bahasa Arab sama ada daripada Al Quran atau Hadis. Namun kajian tidak dilakukan secara mendalam bagi mempastikan apa yang diamalkan itu betul-betul mengikut Al Quran dan Hadis.
    Biasanya apa yang diamalkan oleh orang-orang mesjid dan surau tidak perlu disoal lagi kerana ianya pasti sudah betul ikut “sunnah”. Maka sikap sedemikian itulah yang membantutkan kita daripada mencari sumber dan sandaran yang sebenar bagi setiap amalan yang patut dilakukan. Apabila nas-nas dan dalil dikeluarkan bagi membetulkan keadaan maka dilabelkan terus sebagai mambawa fahaman wahabi.
    Wallahu’alam.

  2. muhammad Says:

    walaubagaimanapun..adakah amalan berzikir beramai2 yg diamalkan dimasjid2 dan surau2 dikira sebagai bid’ah..adakah amalan membaca yasin secara beramai2 juga dianggap sebagai bid’ah…apakah yg dimaksudkan dgn bida’ah..apa kah definisi bid’ah mengikut padangan ulama

  3. sulaiman Says:

    Definisi Bidaah dari Kitab Nibras, kitab akidah….”Tiap-tiap sesuatu (perkara agama) yang lahir selepas zaman sahabat nabi yang tiada dalil syarak..”

    Audio:
    http://nasbunnurain.multiply.com/music/item/156/Bidaah

    Ada hadis dari Nabi tentang zikir lepas sembahyang.. Cuma kalau zikir ramai2, jangan zikir terlalu kuat hingga menggangu orang yg tengah solat.

  4. maz Says:

    Salam..
    Ada wirid khusus selepas solat jumaat ??


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: