Perkara makruh dalam sembahyang

Siti Aisyah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, Kata Siti Aisyah r.a., Aku bertanya kepada Rasulullah tentang berpaling muka dalam sembahyang. Maka kata Rasulullah itu adalah satu pencurian Syaitan dari sembahyang seseorang. (Riwayat Bukhari Muslim)

Audio:http://nasbunnurain.multiply.com/music/item/208/Perkara-perkara_Makruh_Dalam_Sembahyang

Berpusing dalam sembahyang ada yang sah dan ada yang batal. Berpusing kepala sahaja adalah makruh (selagi dada tidak lari dari kiblat).

Berpusing atau berpaling dalam sembahyang adalah satu pencurian dari Syaitan supaya kurang pahala kita. Syaitan menarik hati kita untuk melihat benda lain.

Dalam hadis lain dikatakan, Allah bertanya kepada orang yang berpusing dalam sembahyang, apa yang kamu lihat yang lebih cantik dari aku? Allah itu cantik, suka pada kecantikan dan Allah beri kecantikan kepada manusia seperti Nabi Yusuf dan bidadari, namun sedikit sangat kecantikan yang diberi disisi Allah.

Seboleh-bolehnya jangan berpaling kerana ia makruh dan menjejaskan perhatian kita kepada Allah.

Abu Hurariah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda “Hendaklah kamu berhenti dari mengangkat pemandangan mata ke langit ketika berdoa dalam sembahyang. Jikalau tidak, nescaya penglihatan kamu akan disambar (dihapuskan)“. (Riwayat Muslim)

Kedudukan Mata dalam sembahyang:

Sembahyang mesti lihat tempat sujud masa qiam (berdiri). Masa Rukuk tengok ibu kaki (kata ulama). Masa Sujud, rendahkan mata dan tengok batang hidung. Semasa Duduk antara 2 sujud dan tahiyyat, Rasulullah s.a.w tengok paha dan (jari semasa Tahiyyat).

Berdoa dalam sembahyang .Contohnya doa semasa iktidal iaitu Rabbana wa lakal hamd.

Pejam mata dalam sembahyang juga hukumnya makruh. Seorang ahli ibadat bermimpi mendapat isteri bidadari yang buta. Lalu bertanya kepada alim ulama. Ulama itu bertanya “apakah kamu pejam mata semasa sembahyang“, jawab ahli ibadat itu “Ya“. Begitu juga hukumnya masjid yang gelap gelita seperti kubur.

Penglihatan kamu akan disambar (dihapuskan). Dibimbangi melihat ke langit itu menyebabkan hilang penglihatan kerana disambar kilat.

Baqarah [20] Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka;

About these ads

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: