Zakat Firah, Sembahyang dan Takbir Hari Raya

Zakat Fitrah

Bayarlah zakat fitrah untuk menampung kekurangan ibadat puasa kita dan “accident” kita.(seperti melihat perempuan, tv). Zakat fitrah itu memberi kekuatan untuk ibadat itu naik ke langit dan dipersembahkan kepada ALLAH. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas yang menyebut; “Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah untuk menyucikan orang berpuasa dari perkara sia-sia dan ucapan-ucapan kotor dan juga sebagai makanan kepada fakir miskin”. (Riwayat Imam Abu Daud , Ibnu Majah dan al-Hakim)

Bayarlah mengikut kemampuan..bayar lebih kalau kita orang berada kerana kadar yang ditetapkan oleh pejabat agama adalah mengikut purata.Contohnya kalau kadar zakat Rm4.70 dan kita duduk rumah banglo, makan beras basmati bayarlah RM5 atau lebih. Zakat fitrah afdal dibayar dipagi raya sebelum solat hariraya. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya. Dizaman Rasulullah s.a.w., zakat fitrah terus diagihkan kepada orang miskin selepas Sembahyang Hari Raya.

Jika dibayar selepas solat hariraya pun masih sah cuma pahalanya seperti pahala sedekah sahaja. Elok juga bayar awal untuk mengelakkan kesesakan dan lambat sembahyang hari raya. Dari Ibn Abbas r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. telah menentukan wajibnya zakat fitrah,  untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin,  oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang maqbul dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedekah biasa seperti sedekah-sedekah sunat yang lain (Riwayat Abu Daud).

Sembahyang hariraya.

Boleh dilakukan mulai selepas naik matahari dan berakhir pada waktu zohor mengikut persetujuan ramai. Kalau ramai orang membayar fitrah pada pagi itu , ia boleh dilewatkan, tidak semestinya pukul 8, asalkan sebelum zohor. Dari segi hukum, semua mazhab sunat (kerana Nabi tidak pernah mewajibkan) kecuali mazhab Hanafi yang mewajibkan(kerana Nabi tidak pernah tinggal). Kalau kita niat sunat dapat pahala sunat, niat fardhu dapat pahala fardhu.Terpulanglah.

Selepas solat hariraya FITRAH, kita akan diampunkan dosa dan kembali kepada fitrah(asal kita yang tidak berdosa) INSHAALLAH sekiranya disiplin puasa kita jaga dan zakat fitrah kita tunaikan.

Takbir Hari Raya

Bagi HariRaya AidilFitri, hanya boleh bertakbir selama 5 waktu sahaja. Misalnya mulai selepas Maghrib, diikuti Isya’, Subuh, Zohor hingga selepas Asar sahaja. Manakala takbir Hai Raya AidilAdha boleh dilakukan selama 4 hari.

Takbir Sembahyang Hari Raya

7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua mengikut mazhab Syafie. Manakala mazhab Hanafi melakukan 3 takbir pada setiap rakaat. Ada juga mazhab yang tidak mengangkat tangan semasa takbir, jadi jangan pula ingat mereka ini salah. Sembahyang juga masih sah sekiranya tidak dibaca apa-apa diantara takbir.

About these ads
Dikirim dalam Puasa, Ramadhan. 9 Comments »

9 Respons to “Zakat Firah, Sembahyang dan Takbir Hari Raya”

  1. muhammad Says:

    Kekeliruan ttg takbir hari raya
    biasanya Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.

    boleh kah kita bertakbir sehingga 5 waktu solat
    minta penjelasan lanjut dr maulana

  2. muhammad Says:

    minta penjelasan Maulana dr article yg saya terbaca ttg kesalahan yg dilakukan oleh umat islam pada hari raya khususnya di Malaysia

    Beberapa Kesalahan Yang Dilakukan Pada Hari Raya

    1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya

    Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidukan malam hari raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti qiyam al-Lail dan seumpamanya. Anggapan ini adalah salah kerana tidak terdapat dari petunjuk Nabi saw. Adapun hadith yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya ini adalah dhoief ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi saw. Hadith tersebut ialah :

    من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب

    Maksudnya : “Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya).”

    Hadith ini TIDAK SAHIH, ia datang dari 2 jalan periwayatan dimana salah satunya Maudhu’ atau PALSU dan salah satu lagi LEMAH. (Sila lihat Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhu’ah, oleh al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani : 520-521)

    Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga.

    2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya

    Perbuatan sebahagian orang yang menjadikan awal pagi dua hari raya untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang bertentangan dengan maksud dan syiar hari raya. Yang mana sepatutnya dizahirkan kegembiraan dan keseronokan.

    Perbuatan menziarahi kubur pada hari raya ini juga bertentangan dengan petunjuk Nabi saw dan perbuatan generasi awal umat Islam (al-Salaf) yang dididik oleh Baginda. Perbuatan ini dibimbangi termasuk di dalam larangan Nabi saw dari menjadikan tanah perkuburan sebagai sambutan hari raya, dimana jika dimaksudkan (sunat menziarahi kubur) pada waktu-waktu tertentu dan ada pada musim-musim yang tertentu (seperti pada dua hari raya), maka perbuatan ini termasuk larangan menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat sambutan hari raya seperti yang disebut oleh para ulama. (Sila lihat Ahkam al-Jana-iz wa Bida’uha oleh al-Albani. m.s. 219 & 258)

    rujukan : http://soaljawab.wordpress.com/2007/10/07/adab-adab-dan-hukum-hakam-berhari-raya/

    Jazakallah

  3. sulaiman Says:

    5 waktu solat adalah bersamaan 1 hari iaitu 1 hari Hari Raya Aidilfitri.

  4. sulaiman Says:

    1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya

    Hadith ini TIDAK SAHIH, ia datang dari 2 jalan periwayatan dimana salah satunya Maudhu’ atau PALSU dan salah satu lagi LEMAH.

    Komen:
    Hadith ini ada dlm salah satu dari 6 kitab hadith sahih (sahih sittah).

    Hadith daif tidak sepatutnya menjadi palsu, dan sebaliknya..Hadith palsu bukan hadith. Hadith daif masih lagi hadith.

    Imam Mawardi ulama handal/besar Syafie juga mengatakan boleh berfatwa guna hadith daif dalam Kitab Asbah wa Nazha’ir. (kitab ini terdapat dlm 2 mazhab iaitu Syafie dan Hanafi)

    Dalam mazhab Syafie ada juga hadih daif yg diguna dalam hukum seperti hadith yg menyuruh wanita tutup kaki masa solat. Begitu juga hadith tentang wuduk air 2 kolah.(ada diceritakan dalam buku Nasbun Nurain)

    Dalam bab penilaian hadith ini ulama berbeza nilaian tentang kesahihan hadith dan tiada piawaian dalam menilai. (panjang perbahasan dalam tajuk ini). Sila rujuk:

    http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/08/31/hadis-daif/

    http://nasbunnurain.multiply.com/music/item/125/Bahas_tentang_Hadis_Daif_Lemah

    Dalam mazhab Hanafi, hadith daif tidak boleh dijadikan hujah, (bermaksud boleh beritahu orang cuma tidak boleh paksa orang terima hujah itu).

    2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya

    Dalam satu hadith disebutkan tentang ziarah kubur secara umum, tidak dinyatakan bila-bila masa. Bermaksud boleh ziarah secara mutlak, tidak kira masa/hari (siang,malam hari Jumaat dan sebagainya).

    Maka ziarahlah kamu kerana sesungguhnya ziarah kubur itu mengingatkan akhirat.” (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi).

    Tidak salah ziarah kubur pada hari raya. Tidak semestinya kita bersedih, kita boleh juga melahirkan kegembiraan pada hari raya dengan melawat kubur arwah datuk nenek kita.

  5. Illani Zahar Says:

    apakah hukum takbir sebelum hari raya ?

    • sulaiman Says:

      Tiada takbir pada hari sebelum hari raya. Takbir raya bermula pada malam hari raya iaitu selepas masuk waktu Maghrib dan berakhir selepas waktu Asar.
      Kalau ada pun takbir sebelum hari raya, ia cuma takbir secara peribadi, misalnya sambil berjalan kaki atau naik kenderaan menuju ke masjid untuk sembahyang hari raya.

      Kalau raya aidil fitri takbir dilakukan selama 1 hari, 5 kali takbir. Takbir raya dilakukan selepas waktu Maghrib, Isyak, Subuh, Zohor dan Asar.
      Kalau raya aidil adha takbir dilakukan selama 4 hari.

      Hukum takbir raya selepas sembahyang berjemaah ialah sunat dalam mazhab Syafie, wajib takbir raya dalam mazhab Hanafi selepas sembahyang berjemaah.

      • qistina Says:

        assalamualaikum wbt…
        apa hukum klu wat penggambaran hari raya walhal belum raya n belum puasa juga…
        bleh minta penjelasan, atau ia tetap sama hukmnnya tidak boleh…?

  6. zainudin Says:

    Assalamualaikum, saya ingin bertanya adakah takbir raya boleh dilakukan dalam bulan ramadhan iaitu 3 hari sebelum masuk syawal.


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: