Allah melihat kepada hati…

Ada orang kata:

Aku ni luar saja jahat tapi dalam (hati) baik”.

“Walaupun dia tidak menutup aurat, tapi hati dia baik“.

Ada juga berdalil dengan hadith:

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)

Jawapan:

Sebenarnya kalau dalaman (hati) baik, maka luaran (amalan, perangai dan pakaian) pun baik kerana setiap amalan itu lahir dari hati.

Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

“Allah tidak melihat luaran” bermaksud Allah tidak melihat kedudukan dan bentuk badan kita, samada kita kaya atau miskin, cantik atau hodoh, tinggi atau rendah. Ia tidak bermaksud kita tidak perlu menutup aurat atau menjaga pakaian dan perangai kita. Lagipun sudah jelas suruhan menutup aurat:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al Ahzab 33:59]

About these ads
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Allah melihat kepada hati…”

  1. gden Says:

    “Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
    -masih belum terlambat slagi nyawa dikandung badan.


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: