Kemusykilan tentang Sembahyang Jumaat

Bagaimana kalau tidak sempat sembahyang Jumaat kerana sebab yang tidak dapat dielakkan?

Sembahyang zuhur 4 rakaat seperti biasa, tetapi tunggu selepas orang selesai sembahyang Jumaat.

Bagaimana jika hanya sempat bersama imam dalam tahiyyat akhir sahaja sembahyang Jumaat?

Dalam mazhab Syafie, sembahyang Jumaat wajib berjemaah, maka kena sambung 4 rakaat. Niat sembahyang Jumaat, tetapi buat sembahyang Zohor.

Dalam mazhab lain hanya perlu tambah 2 rakaat sahaja.

Mengapa ada orang sembahyang Jumaat, kemudian mereka sembahyang Zohor pula?

Mungkin mereka bermazhab Hanafi. Dalam mazhab Hanafi tiada sembahyang Jumaat di kampung. Kalau mereka sembahyang Jumaat di kampung, mereka akan buat sembahyang Zohor juga. Mereka berdasarkan hadith Sayyidina Ali yang mengatakan “tiada sembahyang Jumaat melainkan di Mesir (bandar). Tidak wajib sembahyang Jumaat kecuali di bandar atau di pinggir bandar”

Atau mungkin mereka bermazhab Syafie, dan tidak yakin bilangan jemaah yang bermukim cukup 40 orang.

Beza jumlah bilangan jemaah dalam mazhab

Dalam mazhab Syafie kena cukup 40 orang jemaah, (asalnya beliau mensyaratkan 12 orang mukim, orang tempatan) Kemudian bila Imam Syafie pergi ke Mesir, beliau bertemu hadith yang mensyaratkan 40 orang jemaah.

Mazhab Hanafi hanya perlu 4 orang jemaah, makmum 3, imam seorang.

Mazhab Maliki hanya perlu 3 orang jemaah, makmum 2, imam seorang

Semua mazhab ada dalil masing-masing. Luasnya Islam, inilah rahmat Allah.

Audio:

http://nasbunnurain.multiply.com/music/item/307/Soal_jawab_tentang_Solat_Jumaat

About these ads

22 Respons bagi “Kemusykilan tentang Sembahyang Jumaat”

  1. zulraidi abdul rahim Says:

    bagaimana pula jika hanya sempat mengikut imam pada rakkat kedua sahaja. Adakah perlu disambung satu rakaat sahaja.?

  2. Arbaan bin Othman Says:

    bagi mazhab syafie, sembahyang jumaat disyaratkan 40 orang jemaah (jemaah bermukim).Semasa imam membaca hotbah jemaahnya tidak cukup, tetapi semasa nak mendirikan solat jumaat didapati makmumnya cukup.Adakah sah solat jumaatnya ? dan apa hukumnya orang yang hanya datang solat berjumaah tetapi tidak mendengar hotbah ?

    • sulaiman Says:

      Sah solat Jumaatnya.
      Masih sah solat Jumaat orang yang datang lambat, walaupun tidak mendengar khutbah.
      Cuma rugilah tak dapat pahala dengar khutbah dan mungkin isi khubah itu dapat menyentuh hati seseorang.

      • Arbaan bin Othman Says:

        Apakah syarat-syarat sah sembahyang Jumaat? dan apakah kaitan dengan sembahyang zuhor bagi mmesjid yang sembahyangnya tidak cukup 40 orang?

      • sulaiman Says:

        Syarat Sah Sembahyang Jumaat menurut mazhab Syafie:
        1) Didirikan dalam waktu Zuhur.
        2) Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan dan sebagainya.
        3) Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
        4) Didahului dengan dua khutbah

        Menurut mazhab Syafie, jika tidak cukup 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu, maka bolehlah dilakukan sembahyang zohor.

  3. shahida,,,,,,kpu Says:

    sekiranya seseorg llki itu tidak sempat mndengar khutbah jumaat dan ketika dia smpai dimasjid imam sudah hendak memulakan solat jumaat,,,adakah sah dia turut solat jumaat@ dia perlu berimamkan solt jmaat tetapi menambah 2 lg rakaat menjadi sembhyang zohor…..

  4. Miswan BIin Saba Says:

    Semasa saya bersembahyang Fardu Magrib berjemaah,setiba saya diiruang Syolat utama,Jemaah sudah bermula ditahyat aklhir, soaalan saya,
    1)Mestikah saya meneruskan membaca Tahytul Awal dan Akhir bagi,kedua rakaat yang tertingal.

  5. Mohd Zailie Says:

    Waktu sembahyang jumaat tadi, saya terlewat.. Saya cuma dapat mengikut imam pada rakaat terakhir saja.. Kemudian saya tambah 1 lagi rakaat.. Tetapi saya lihat ada seorang muslim lewat juga 1 rakaat tetapi die membuat 4 rakaat kesemuanya.. Adakah sah sembahyang saya?

  6. mohd khairuddin bin ramli Says:

    Assalamualaikum….
    apakah doa yang patut saya bacakan ketika imam menghabiskan khutbah yang pertama?

  7. mohd khairudddin ramli Says:

    Assalamualaikum….
    apakah doa yang patut saya bacakan ketika imam menghabiskan khutbah yang pertama?

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam..tiada doa khusus, terpulang kepada tuan.

      • Tanpa Nama Says:

        ow macam tu….
        tetapi tolong ustaz beri kan saya contoh_contoh doa yg kebiasaan di baca.

      • sulaiman Says:

        1) Doa selamat dunia dan akhirat seperti rabbana atina…
        2) Doa minta kesihatan untuk terus melakukan kebaikan

      • Tanpa Nama Says:

        terima kasih ustaz kerana sudi menjawab pertanyaan saya…
        assalamuallaikum…

      • Sams Cool Says:

        Assalamuallaikum ustaz…saya mohd khairuddin,ingin bertanyakan pd ustaz sal….ketika dibulan puasa,saya menyedut ubat lelah(ubat penyakit asma)sedangkan saya berpuasa….tolong ustaz jelaskan.

      • sulaiman Says:

        Waalaikummussalam.. sekiranya ubat itu sampai ke perut, maka batal puasanya,

      • Tanpa Nama Says:

        assalamuallaikum ustaz….terima kasih dengan jawapan itu…tetapi ustaz,macam mana saya nak tahu sama ada ubat itu sampai ke perut ke tak?sebab klu ubat yg cam panadol tu saya faham lar,sebab ubat camtu seharus nya di telan jd sah2 lar batal puasa.yg memusykil kan saya sal ubat sedut tu la ustaz.saya harap ustaz tak marah kn saya sal soalan yg cam ni.sebab saya ingin kepastian jer ustaz…

      • sulaiman Says:

        Waalaikummussalam..takpe.. cuma saya rasa lebih baik tanya doktor kerana doktor lebih tahu samada ubat itu sampai ke perut atau tidak.


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: