Bangkit di Padang Mahsyar seperti dilahirkan

Al-An’am [94] Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya……

Anbiyaa [104] (Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.

Dari Ibn Abbas r.a., katanya:

Rasulullah s.a.w. telah berdiri berucap kepada kami, sabdanya: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu dihimpunkan di padang) Mahsyar dengan keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan berkulup”, (kemudian Baginda s.a.w. membaca firman Allah Taala, ertinya: Sebagaimana kami ciptakan manusia pada mulanya, demikian pula Kami ulangi ciptaannya, itulah janji yang sesungguhnya Kami akan lakukan). “Ketahuilah, sesungguhnya orang yang mula-mula sekali diberi pakai pakaian pada – hari qiamat ialah Ibrahim al-Khalil a.s.

Sepertimana manusia dilahirkan dari perut ibu, begitulah dia dibangkitkan di Padang Mahsyar.

Walaupun telah bersunat di dunia, namun kembali berkulup setelah dibangkitkan semula.

Nabi Ibrahim orang pertama diberi pakaian kerana baginda orang pertama ditelanjangkan oleh musuh Allah dalam menjalankan dakwahnya.

Nabi Muhammad s.a.w. pula bangkit dengan kain kapan yang dipakai semasa wafat Baginda. Baginda tidak pernah bertelanjang semasa hidupnya, walaupun adat tradisi Arab Jahiliyyah kanak-kanak dipaksa tawaf secara telanjang. Namun Baginda Mulia terlepas dari adat ini.

About these ads
Dikirim dalam Hadith, Kiamat. 2 Comments »

2 Respons to “Bangkit di Padang Mahsyar seperti dilahirkan”

  1. Rukun Iman « Nasbun Nurain Says:

    […] manusia, jin dan binatang dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk dibicarakan di Mahkamah Allah setelah dibangkitkan semula dari […]

  2. Ujian Ke Syurga: Rukun Islam dan Rukun Iman « Nasbun Nurain Says:

    […] manusia, jin dan binatang dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk dibicarakan di Mahkamah Allah setelah dibangkitkan semula dari […]


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: