Keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w. Di Padang Mahsyar

Di Padang Masyar suasananya sangat panas terik, dikatakan jarak matahari kira-kira satu batu dari kepala. Umat Nabi Muhammad s.a.w. menjadi kepala (ketua) yang meminta agar dipercepatkan perbicaraan kerana tidak tahan panas di sana.

Berjumpa Nabi Adam

Mereka pada mulanya menemui Nabi Adam. Namun Nabi Adam a.s. tidak dapat membantu kerana dia telah melakukan satu kesalahan iaitu memakan buah khuldi walaupun Allah telah “warning” kepadanya:

Ta-ha [117] Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita

Namun syaitan berjaya mempedaya Siti Hawa, isteri nabi Adam dengan sumpahnya bahawa memakan buah kayu itu dapat mengekalkan mereka di syurga.

Al-A’raf [20] …Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga).

[21] Dan dia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata):

Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.

[22] Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga.

Serta Tuhan mereka menyeru mereka:

Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata

Nabi Adam a.s. berkata kepada umat yang datang kepadanya di padang mahsyar:

“Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai.

Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada adam pada masa yang lalu, tetapi dia lupa dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh. (Taha #115)

Menemui Nabi Nuh:

Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.
Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata:

“Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.”

Nabi Nuh as berkata:

“Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku.

Nuh [5] (Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman); [6] Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).

Nuh [26] Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!

Saffat [75] Dan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan. [76] Dan Kami telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan yang besar.

Nabi Nuh as berkata:

Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”

Berjumpa Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim as berkata:

Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!”

Berjumpa Nabi Musa

Nabi Musa as berkata:

Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!”

Berjumpa Nabi Isa

Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata:

Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.”

Menemui Nabi Muhammad s.a.w.

Akhirnya mereka pergi menemui Nabi Muhammad s.a.w.

Isra [79]…..semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di Maqam Mahmud.

Maqam tersebut ialah darjat kesanggupan Baginda s.a.w., dan kejayaannya meringankan kedahsyatan huru-hara padang Mahsyar dan penderitaan lama menunggu perbicaraan – yang dihakim oleh Tuhan yang Maha Adil – dengan jalan Baginda s.a.w., mengemukakan syafaat (recommendation) kepada Allah supaya mahkamah perbicaraan dibuka oleh Allah s.w.t., sedang Rasul-rasul yang lain tidak sanggup berbuat demikian pada waktu yang sangat-sangat ditakuti dan dibimbangkan itu. Pada masa itu Allah bersifat “Qahhar” iaitu sifat yang sangat garang, tiada yang berani bersuara.

Ta-Ha [108] Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan

An-Naziat [8] Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut,

Kesanggupan dan kejayaan junjungan kita Nabi s.a.w., yang tersebut ialah kerana Baginda menjadi penghulu kepada sekalian anak Adam pada hari qiamat; di tangan Baginda s.a.w., “Panji-panji kepujian”; tidak ada seorang Nabi pada hari itu – mulai dari Nabi Adam a.s., sampailah kepada Nabi-nabi yang lain melainkan berada di bawah panji-panji, Baginda s.a.w dan Bagindalah Nabi yang mula-mula mengemukakan syafaat dan yang mula-mula diterima syafaatnya pada hari qiamat,

About these ads
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Komen »

Satu Respons bagi “Keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w. Di Padang Mahsyar”

  1. Muhd Afiq Says:

    sesungguhnya bagindalah manusia yg paling mulia dari kalangan mahkluk dibumi ini………..ingatlah selalu bersolawat keatas baginda kerana syafaatnya dan berzikir utk mengingati Allah…


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: