Nasihat tentang Amanah

An-Nisaa [58] Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Ayat ini turun semasa Nabi bercadang untuk menyerahkan kunci Kaabah yang dijaga oleh “penjaga turun temurun” (sejak zaman jahiliyyah lagi) kepada penjaga lain yang baru. Allah menyuruh Nabi s.a.w. memulangkan kepada penjaganya yang asal.

Hadith Nabi s.a.w. tentang amanah:

Tidak sempurna iman

  • Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya” (Riwayat At-Tabrani).“
  • Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).
  • Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad)

Sumber rezeki

  • Amanah membawa rezeki dan khianat membawa kefakiran” (Riwayat Ad-Dailami).

Akhir zaman amanah dihilangkan

  • “Daripada Abu Hurairah dia berkata:
  • “Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: “Bilakah hari kiamat?”.
  • Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya. Ada yang berkata “Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya”. Sementara yang lain pula berkata “Bahkan baginda tidak mendengar”.
  • Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: “Manakah orang yang menyoal”. Jawab (badawi tersebut): “Saya di sini wahai Rasulullah”. Baginda bersabda: “Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat”.
  • Tanya badawi tersebut: “Bagaimanakah menghilangkan amanah itu”.
  • Sabda baginda: “Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat”
About these ads

5 Respons bagi “Nasihat tentang Amanah”

  1. yukimura91 Says:

    Assalammualaikum..sy ingin bertanya hadith nabi tentang amanah yang dinyatakan di atas

    * “Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya” (Riwayat At-Tabrani).“

    bolehkah saudara menerangkan maksud “tidak sempurna agama”??terima kasih

  2. sulaiman Says:

    “tidak sempurna agama orang yang tidak diterima sembahyangnya”

    Sembahyang ialah hubungan peribadi manusia dengan Allah…Dalam sembahyang ada segalanya tentang agama Islam…ada tasbih memuji Allah, ada rukuk dan sujud merendah diri kepada Allah..ada takbir membesarkan Allah…ada bacaan Al-Quran, kalam Allah yang memberi syafaat di hari kiamat…ada lafaz Kalimah Syahadah dalam tahiyyat..dan macam-macam lagi

    Dalam hadith lain disebut…Bahawasanya sembahyang lima waktu itu tiang agama. Sembahyang lima waktu itu tiang agama.

    Imam Al-Baihaqi meriwayatkan, nabi pernah bersabda yang maksudnya, “Solat itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama..

  3. afique Says:

    mohon share

  4. Tanpa Nama Says:

    !


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: