Membaca tasbih dalam rukuk dan sujud

Dalil tentang membaca tasbih dalam rukuk dan sujud:

Dari Ukbah Bin Amir r.a. katanya

Tatkala turun ayat suci (Fasabbih Bismirabbikal Azim..) kepada Rasulullah, beliau bersabda: “Jadikanlah (bacaan Tasbih) itu dalam rukuk kamu”. Kemudian tatkala turun ayat suci (Sabbihis Marabbikal A’la), Rasulullah s.a.w bersabda “”Jadikanlah (bacaan Tasbih) itu dalam sujud kamu”

Lafaz tasbih:

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud daripada Ibn ‘Abbas bahawa Rasulullah SAW apabila membaca ayat: “Sabbihis marabbikal-a’la, Baginda membaca Subhana Rabbiyal-a’la (Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi).”

Dari Huzaifah r.a. bahawa ia sembahyang bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w., lalu (didengarnya) baginda membaca dalam rukuknya: “Subhana Rabbiyal Azim”, dan di dalam sujudnya: Subhana Rabbiyal A’la”….. ( Hadith sanad Hasan Sahih – Riwayat Tirmidzi)

Ada juga hadith yang sanadnya lemah dari riwayat Abu Daud yang menambah perkataan “wabihamdihi”…dibelakang lafaz tasbih.

Dilarang baca selain tasbih, walaupun ayat al-Quran dalam ruku’ dan sujud. Misalnya membaca “Lailaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazz zolimin” (yang di baca sesetengah orang semasa sujud dalam sembahyang hajat), kerana ia adalah ayat quran. Kalau nak baca, bacalah dalam “sujud selepas salam”):

Dari Ali bin Abi Thalib katanya “Aku dilarang Rasulullah s.a.w. membaca Quran dalam rukuk dan sujud (Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah s.a.w membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:”Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.”

About these ads

Satu Respons to “Membaca tasbih dalam rukuk dan sujud”

  1. Hafizah Says:

    Ustaz,
    Adakah seseorang itu boleh membaca ( wirid ) Isma’ Allah didalam sujudnya?


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: