Qamat dan Saf

Bila bilal boleh qamat?

Bilal hanya boleh qamat setelah diizinkan oleh imam, iaitu setelah imam berada di tempatnya. Ini kerana imam mungkin belum bersedia untuk memulakan sembahyang, mungkin fikirannya masih bercelaru dan boleh menjejaskan prestasi sembahyangnya.

Adakah bacaan bagi Imam selepas qamat, sebelum memulakan solat?

Rasulullah s.a.w. terus memulakan sembahyang selepas qamat. Hanya ulama yang mengsyorkan membaca bacaan seperti Surah An-Nas. Yang lebih berkesan ialah istigfar (mengucapkan Astagfirullah). Apabila diucapkan “Qadqamatissalah” yang bermaksud “sembahyang telah didirikan”, makruh dilengah-lengahkan dengan membaca pelbagai bacaan yang terlalu panjang atau bacaan yang mengambil masa yang panjang.

Betulkan saf sebelum qamat
Nabi s.a.w juga membetulkan saf sebelum Qamat. Rapatkan saf dengan merapatkan bahu dan samakan tumit kaki. Tidak perlu merapatkan kaki, hanya perlu samakan tumit iaitu belakang kaki.

  • “Rapatkanlah saf, dekatkan (jarak) antara saf-saf itu dan ratakan bahu-bahu.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasai)

Rapat Saf, rapat perpaduan

Rapatkan saf, nescaya ALLAH akan betulkan hati sesama kamu (mencetuskan perpaduan). Walaupun benda ini nampak kecil, tapi ingatlah permulaan sesuatu yang besar (hidayah, rahmat) bermula dari yang kecil (Imam Ghazali, Bidayatul Hidayah).

  • Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata, “Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Jangan lah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)

Allah terima sembahyang yang sempurna safnya.

Berikan penghormatan kepada Allah, secara zahirnya dengan meluruskan dan merapatkan saf sepertimana askar memberi penghormatan kepada ketuanya yang memeriksa perbarisan.

Syaitan tidak masuk saf yang rapat

Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya(kekuasaannya), aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, no. 666. an-Nasa’i, 2/93. Ahmad, 2/97)

Saf yang rapat tidak dimasukki syaitan, (walaupun syaitan itu jisim halus dan boleh memasukkinya melalui celah betis). Begitu juga rumah yang dibaca Bismillah sebelum ditutup pintu (walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang, ia tidak masuk), atau makanan yang ditutup dan dibaca Bismillah

……Kuncilah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang berkunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah.(Hadis Riwayat Muslim)

About these ads

2 Respons bagi “Qamat dan Saf”

  1. azhaza Says:

    Assalamualaikum Tn Guru

    Adakah hadith dlm menyebut peraturan saf seperti di mana kedudukan saf bagi org dewasa, kanak2 dan wanita.

  2. sulaiman Says:

    Walaikummussalam,bagi pihak tuan guru

    Ada..nabi menyuruh diasingkan saf kanak-kanak dari saf dewasa..

    Sabda Rasulullah SAW maksudnya:

    “Adalah Rasulullah SAW mengatur saf lelaki di depan saf kanak-kanak dan saf perempuan di belakang saf kanak-kanak.” (Riwayat Muslim).


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: