Dari Abu Hurairah ra., katanya:Rasulullah s.a.w., membaca (firman Allah Taala, ertinya: “Pada hari qiamat – itu bumi menerangkan berita-beritanya”);
Kemudian Baginda s.a.w., bertanya: “Tahukah kamu apa dia berita perihal bumi itu?”
Sahabat-sahabat Baginda menjawab: “Allah dan RasulNya sahajalah yang mengetahui”;
Nabi s.a.w., bersabda: “Sesungguhnya berita-beritanya bahawa ia memberi keterangan terhadap tiap-tiap seorang, lelaki atau perempuan, berkenaan apa yang masing-masing lakukan semasa mereka hidup di atasnya, iaitu ia berkata: “Si anu melakukan ini dan ini, pada masa anu-anu.” Baginda s.a.w., selanjutnya bersabda: “Inilah dia berita-beritanya.” (Tirmizi)
Bumi juga hidup dan tahu apa yang dilakukan oleh manusia. Dikatakan setiap hari bumi meminta izin dari Allah untuk menelan manusia yang kufur durjana, tetapi Allah menjawab “Aku yang cipta mereka, Aku tunggu bila mereka balik kepadaku” (iaitu kembali kepada Allah dan bertaubat).
Masih mencari hadith yang asal:
Pada setiap hari, lautan meminta izin kepada Allah dan berkata “Wahai Rabbi, perkenankanlah aku menenggalamkan umat manusia. Seseungguhnya mereka menikmati rezeki-Mu, tetapi mereka menyembah kepada selain-Mu!”. Gunung-gunung yang kokoh juga berkata, Wahai Rabbku, perkenankanlah aku memusnahkan umat manusia. Sesungguhnya mereka menikmati rezeki-Mu, teteapi mereka menyembah kepada selain-Mu!”. Bumi pun angkat bicara, “Wahai rabbku, perkenankanlah aku menelan umat manusia. Sesungguhnya mereka menikmati rezeki-Mu, tetapi mereka menyembah kepada selain-Mu!”
Here are some of the beautiful Prophetic sayings which encourage us to repent:
In its meaning, it is stated that everyday the sea asks Allah’s permission to drown the humans, as the humans enjoy Allah’s blessings but worship others beside Him. The earth asks Allah’s permission to swallow the humans, as the humans enjoy Allah’s blessings but worship others beside Him. The sky asks permission for the same thing. But Allah tells them that if they created the humans, they would have compassion and mercy on them.
Difailkan dalam: Hadith
[...] hari itu juga bumi menjadi saksi kepada setiap manusia. Al-Zalzalah[3] Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang [...]