Harta menjadi saksi

Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda:

“Sesungguhnya sesiapa yang mengambil harta-benda dengan jalan yang tidak sebenar, samalah sifatnya seperti orang yang makan tetapi tidak merasa kenyang dan hartanya itu pula akan menjadi saksi menentangnya pada hari qiamat”.(Muslim)

Dalam al-Quran juga diterangkan tentang orang yang mengambil harta dengan cara menipu, mencuri, merompak akan dihadapkan ke Mahkamah Allah dan harta yang diambil itu akan dibawa bersama menjadi saksi:

Ali-Imran [161] Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang) dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), dia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).

Satu Respons


  1. Mustahil Orang Kristian Bisa Menjawab

    mustahil-kristen-bisa-menjawab.blogspot.com

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.