Diriwayatkan dari Nabi, s.a.w., bahawa Baginda bersabda:
“Tidak ada satu hari yang berlalu atas anak-anak Adam melainkan ia menyeru dengan katanya: “Wahai anak Adam! Aku adalah satu kejadian baharu, dan aku menjadi saksi terhadap apa yang engkau lakukan; oleh itu lakukanlah kebaikan supaya aku menjadi saksi menolongmu esok (hari qiamat), kerana engkau tidak akan dapat menemui aku lagi selama-lamanya. Dan malam juga berkata demikian.”
Hari juga adalah satu kejadian (makhluk Allah). Ia menjadi saksi apa yang dilakukan oleh manusia. Maka hari berseru kepada manusia supaya melakukan perkara yang baik. Setiap hari yang telah berlalu tidak akan berulang atau datang kembali. Begitu juga malam, ia juga menyeru supaya manusia berbuat baik kerana ia juga manjadi saksi.Selain itu, roh juga menyeru manusia setiap hari supaya melakukan kebaikan dan tidak melakukan kejahatan supaya ia tidak terseksa.
Masa (hari dan malam) menjadi saksi di hari kiamat nanti. Setiap manusia juga mempunyai dua buku amalan iaitu buku siang dan buku malam. Rasulullah s.a.w. berkata “Aku ada masa aku untuk tuhanku”. Oleh itu peruntukkanlah masa yang khusus untuk berhubungan dengan Allah secara peribadi, misalnya 10 minit setiap hari untuk berzikir atau istigfar kepada Allah. Isilah masa dengan jadual atau program zikir supaya masa tidak terbuang begitu saja walaupun sedikit. Allah suka amalan yang berterusan walaupun sedikit.
Difailkan dalam: Hadith