Kisah Sayyidina Ali dan seorang tua Nasrani

Satu hari dengan tergesa-gesa Sayyidina Ali berangkat ke masjid, waktu sembahyang Subuh itu beliau ingin berjama’ah bersama Rasulullah s.a.w. Namun di tengah jalan langkahnya terhalang oleh seorang lelaki tua yang berjalan dengan bantuan sebuah tongkat.

Untuk menghormati orang tua itu, dan sebagai sikap rendah diri, Sayyidina Ali tak ingin mendahului lelaki tua itu, lalu ia berjalan di belakangnya. Kerana keadaan itu Sayyidina Ali menjadi terlambat datang berjama’ah di masjid.

Ketika Sayyidina Ali memasuki masjid, jama’ah sedang rukuk, Rasulullah dilihat sengaja memanjangkan rukuknya dengan bacaan yang panjang, sehingga Sayyidina Ali dapat mengikutinya menjadi makmum.

Selesai sembahyang, sahabat bertanya kepada Rasulullah :

Ya Rasulullah, mengapa engkau memanjangkan rukukmu, sesuatu yang belum pernah berlaku selama ini”.

Jawab Rasulullah:

Semasa rukuk dan membaca Subhana Rabbiyal ‘adzim sebagaimana biasanya aku berdiri tegak, sebelum kepala ku terangkat, Malaikat Jibril telah menekan punggungku, setelah cukup lama menekan punggungku, barulah aku boleh mengangkat kepala dan berdiri tegak untuk membaca iktidal,” jawab Rasulullah”.

Mendengar penjelasan Rasulullah, kemudian Sayyidina Ali menceritakan kejadian dalam perjalanan menuju masjid yang baru saja dialami. Rupanya Allah telah memberi isyarat kepada Rasulullah agar Sayyidina Ali boleh ikut berjama’ah Subuh bersama Rasulullah.

Diceritakan pada masa itu malaikat Mika’il diperintahkan Allah untuk menahan lajunya matahari agar Sayyidina Ali tidak ketinggalan sembahyang berjama’ah Subuh di masjid bersama Rasulullah, hal itu kerana beliau menghormati lelaki tua nasrani itu.

About these ads

2 Respons to “Kisah Sayyidina Ali dan seorang tua Nasrani”

  1. Menghormati Nabi, ibubapa, ketua, orang tua « Nasbun Nurain Says:

    […] supaya menghormati orang yang lebih tua (samada saudara atau tidak, islam atau tidak), Sayyidina Ali juga menghormati seorang Nasrani tua. Jika dengan ibubapa pun kita tidak boleh meninggikan suara, apa lagi dengan Rasulullah […]

  2. Menghormati Nabi, ibubapa, ketua, orang tua « Selamatkan Dunia Says:

    […] supaya menghormati orang yang lebih tua (samada saudara atau tidak, islam atau tidak), Sayyidina Ali juga menghormati seorang Nasrani tua. Jika dengan ibubapa pun kita tidak boleh meninggikan suara, apa lagi dengan Rasulullah […]


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: