Doa tidak diterima tanpa dakwah

Tanpa usaha dakwah (amal ma’ruf dan nahi mungkar) Allah tidak terima doa.

Sabda Rasulullah SAW: “Demi Allah (SWT) s.w.t yang jiwaku berada dalam tangan-Nya hendaklah kalian menyeru kepada yang makruf (baik) dan mencegah daripada melakukan perkara yang mungkar (keji). Jika kalian tidak melakukannya Allah (SWT) s.w.t akan menurunkan seksa kepada kalian dan apabila kalian berdoa kepadanya nescaya tidak akan dimakbulkan.(Riwayat Tirmidzi)

Bila maksiat sudah terlalu banyak, Allah akan menurunkan azab untuk menyelesaikannya. Bila azab diturunkan, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Hanya dalam kes Nabi Yunus sahaja, azab ditarik balik kerana mereka bertaubat setelah Nabi Yunus berdoa minta diturunkan azab dalam masa 2-3 hari.

Yunus [98] (Dengan kisah Firaun itu) maka ada baiknya kalau (penduduk) sesebuah negeri beriman (sebelum mereka ditimpa azab), supaya imannya itu mendatangkan manfaat menyelamatkannya. Hanya kaum Nabi Yunus sahaja yang telah berbuat demikian (ketika mereka beriman), Kami elakkan azab sengsara yang membawa kehinaan dalam kehidupan dunia dari menimpa mereka dan Kami berikan mereka menikmati kesenangan sehingga ke suatu masa (yang Kami tentukan).

2 Respons

  1. usaha dakwah yg manakah yg tuan maksudkan?

    1)adakah seperti ustaz2 yg berceramah dimasjid2
    2)adakah yg bersuara dicorong2 radio dan tv, internet
    3)adakah tulisan2 yg terpampang diakhbar2 dan risalah2
    4)adakah yg meninggalkan anak isteri beberapa lama serta mengetuk2 pintu2 rumah org?
    5)adakah seperti berparti2 untuk membentuk kerajaan
    6)adakah dgn cara berforum
    7)adakah dgn cara berdebat dgn bukan islam
    8)adakah dgn cara gerakan membenteras maksiat pada mlm minggu,mlm perayaan di dataran merdeka dan tempat2 yg bisasa dilepak oleh anak remaja sekarang

    ataupun kesemuanya xtentu cara asalkan perkara yg kita lakukan adalah amal ma’ruf dan nahi mungkar.

    minta penjelasan yg terperinci dr pihak tuan kerana sekiranya doa tidak dimakbulkan maka tiada raahmat allah maka kita adalah tergolong dr golongan yg dimurkai allah

  2. Berdakwahlah dimana saja mengikut kemampuan dan kepakaran.Dakwah banyak caranya.. asalnya seru kebaikan, larang kejahatan…no 1,2,3 pun dakwah..Di masjid kita dakwah untuk mengekalkan orang Islam dalam Islam… tulisan dalam internet pun dakwah untuk kongsi ilmu.

    no 4 pun nabi dan sahabat buat, mereka tinggal anak isteri untuk sebar Islam.Kalau mereka tidak keluar, tak sampailah Islam ke serata dunia. Lepas Asar juga mereka berjalan dan mengetuk pintu rumah2, seperti dilakukan jemaah tabligh.

    Kuasa politik pun perlu untuk usaha dakwah, bila ada kuasa mudahlah kita nak sebarkan Islam.

    Ahmad Deedad berdakwah dengan cara berdebat dgn non-muslim.

    Ada wali yang ditugaskan berdakwah di pub, kelab malam.
    http://nasbunnuraini.wordpress.com/2006/10/09/kisah-seorang-bartender/

    Yang dimaksudkan dengan doa tidak makbul dalam hadith di atas ialah doa untuk menolak azab yang datang itu (bila maksiat sudah terlalu banyak). Adakalanya semua akan terkena azab itu termasuk orang-orang soleh. Tetapi orang soleh itu selamat di hari kiamat nanti.

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.