Puasa Nabi Adam

Nabi Adam juga berpuasa selepas baginda memakan buah larangan semasa berada di syurga (samada buah khuldi, zaitun, tin atau gandum). Sebahagian ulama berpendapat ia adalah gandum kerana gandum adalah makanan dunia yang susah dihadamkan berbanding buah-buahan syurga.

Nabi Adam tertipu dengan syaitan dan terpengaruh dengan pujukan isterinya Hawa. Syaitan telah bersumpah dengan menggunakan nama Allah bahawa Allah melarang mereka makan buah itu kerana tidak mahu mereka kekal dan menjadi malaikat.

Al-A’raf [20] Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga).

[21] Dan dia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua

Namun Allah memaafkan nabi Adam kerana beliau terlupa. Nabi Adam berasal dari tanah.Oleh kerana makanan itu tidak dapat dihadamkan, beliau terpaksa berpuasa selama 30 hari. Kita puasa samada 29 atau 30 hari. 29 mengikut syariat nabi Muhammad. Hanya sekali baginda puasa selama 30 hari. Puasa itu dikenakan ke atas perut, kerana itu apa-apa yang masuk dari mana-mana rongga yang sampai ke perut maka terbatallah puasa.

Tentang sumpah

Allah melarang bersumpah untuk perkara yang tidak baik, misalnya bersumpah untuk tidak pergi sembahyang jemaah di masjid, bersumpah untuk tidak berpuasa dibulan Ramadhan. Bila telah melakukan sumpah sebegini dikenankan kifarah iaitu memberi makan 10 orang miskin atau puasa 3 hari dan melakukan perkara yang bertentangan dengan sumpah itu.

Baqarah [224] Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertakwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.

Sumpah yang tidak disertai dengan niat tidak diambilkira. Misalnya kebiasaan orang Arab dan orang Afghan menyebut Wallahi.

Baqarah [225] Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Dia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah) dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

About these ads

2 Respons to “Puasa Nabi Adam”

  1. asuna17 Says:

    Tulisan artikel di blog Anda bagus-bagus. Agar lebih bermanfaat lagi, Anda bisa lebih mempromosikan dan mempopulerkan artikel Anda di infoGue.com ke semua pembaca di seluruh Indonesia. Salam Blogger!

    http://www.infogue.com/

    http://agama.infogue.com/puasa_nabi_adam

  2. ahmad Says:

    saya baca opini ‘anta’ tentang puasa nabi adam sangat pendek, sulit dimengerti dan dipahami. alangkah elok kalau diperdalam lagi.


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: