Siapa lebih berhak menjadi imam sembahyang

Hadis daripada Abu Masud Al-Ansari menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda bermaksud:

Orang yang lebih berhak menjadi imam bagi satu kaum itu adalah orang yang paling pandai membaca al-Quran.

Kemudian orang yang lebih pandai tentang hadis (sunnah nabi),

Kalau mereka juga sama maka pilih orang yang lebih dahulu berhijrah,

Kalau sama masa hijrahnya, pilih orang yang lebih tua usianya.

Janganlah seseorang daripada kamu menjadi imam bagi orang lain di lingkungan kekuasaannya dan jangan pula ia duduk di tempat khas di rumah orang lain kecuali dengan izinnya.

Orang yang lebih berhak menjadi imam bagi satu kaum itu adalah orang yang paling pandai membaca al-Quran.

Mazhab As-Syafie memilih imam yang paling pandai membaca al_Quran. Berdasarkan hadis Amar bin Salamah, yang dimaksudkan dengan ‘paling pandai membaca al-Quran’ di sini ialah orang yang terbanyak hafalannya. Hadis tersebut bermaksud: Hendaklah orang yang menjadi imam itu orang yang terbanyak hafalan Qurannya.

Mazhab Al-Hanafi pula memilih imam yang lebih pandai soal hukum-hakam. Dalam hadith ada disebut, kalau kamu mahu sembahyang kamu diterima, hendaklah kamu mencari orang yang alim dan warak sebagai imam sembahyang.Pilihlah imam mengikut susunan berikut:-

  • Alim
  • Wara’
  • Pandai baca quran
  • Pakaian kemas
  • Manis (sedap) bacaannya, tidak semestinya berlagu.
  • Tua
  • Isteri cantik. Kalau ada dua imam yang sama wara’ dan alim, pilih yang mempunyai isteri cantik kerana biasanya orang yang mempunyai isteri cantik kurang melihat perempuan lain.

“Janganlah seseorang daripada kamu menjadi imam bagi orang lain di lingkungan kekuasaannya”

Jangan menjadi imam di masjid atau surau yang sudah dilantik imamnya kecuali diminta atau diizinkan. Imam dari kalangan penduduk tempatan lebih afdal.

jangan pula ia duduk di tempat khas di rumah orang lain kecuali dengan izinnya.

Apabila pergi berziarah ke rumah orang, jangan duduk di tempat khas, misalnya kerusi khas yang diduduki oleh tuan rumah, melainkan diizinkan atau dipelawa untuk duduk di tempat khas itu.

About these ads

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: