Redha dengan takdir

Dari Abu Hurairah, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda:

“Orang mukmin yang kuat lebih baik kepada Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedang tiap-tiap seorang ada kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperolehi apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan jika sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu”, tetapi katalah: “Allah telah taqdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan’, kerana perkataan “kalau” itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.

(1) Orang-orang mukmin masing-masing ada kebaikannya iaitu imannya, tetapi setengahnya ada yang kuat semangat keagamaannya, tinggi himahnya, luas dan jauh pemandangannya, tabah dan cekal hatinya, serta kuat berusaha untuk kebaikan agamanya, dirinya, umatnya dan tanah airnya; manakala setengahnya yang lain adalah sebaliknya.

Orang mukmin yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji itu lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah.

Berusaha dan minta tolong dari Allah

(2) Tiap-tiap seorang mukmin hendaklah bersungguh-sungguh berusaha memperolehi perkara-perkara yang mendatangkan manfaat sambil meminta pertolongan kepada Allah Taala supaya dengan ihsan-Nya memberi taufik dan menjayakannya, kerana manusia, walau bagaimana bijak dan kuat, berhajat kepada pertolongan dan pimpinanAllah.

Alam ini Alam Asbab – perlu kepada sebab, melalui jalan yang ditentukan

(3) Tiap-tiap seorang mukmin tidaklah patut bersikap segan dan malas bekerja dan hanya berangan-angan bahawa Allah akan menyampaikan maksudnya dengan alasan: Allah amat berkuasa, pada hal Allah telah tentukan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

Redha dengan takdir setelah berusaha dan tidak putus asa

(4) Setelah seseorang itu bersungguh-sungguh mencari jalan untuk mencapai maksudnya, serta berusaha dengan sedaya upayanya menurut jalan yang diketahuinya, tiba-tiba perkara yang diusahakan itu tidak juga berhasil, maka pada saat yang demikian, tidak ada jalan baginya untuk menghadapi qadha taqdir yang berlaku itu, melainkan menghadapinya dengan perasaan tenang tenteram serta berkata sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w., dalam hadis yang tersebut, yang maksudnya: “Perkara ini telah ditaqdirkan Tuhan dan apa yang telah ditentukan oleh kehendak kebijaksanaan-Nya tetap berlaku,” sambil ia berusaha lagi mencari jalan untuk menjayakan maksudnya.

Perkataan “Kalau” membuka jalan kepada hasutan syaitan

(5) Perkataan “kalau” jangan disebut oleh seseorang yang telah gagal daripada mencapai maksudnya atau mengalami kerugian, kerana perkataan “kalau” sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w., akan membuka jalan kepada hasutan syaitan, yakni akan menjadikan orang itu resah gelisah, duka nestapa dan tidak redha kepada qadha taqdir Tuhan Yang Maha Bijaksana.

About these ads
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Redha dengan takdir”


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: