Belajar lmu Sains untuk fikir kekuasaan Allah

Allah suruh manusia lihat dan fikir kejadian langit dan bumi. Bumi dan langit sudah lama dicipta dan manusia tiada semasa bumi dicipta. Manusia hanya boleh tengok kejadian langit dan bumi melalui ilmu seperti Ilmu sains.

Allah cipta bumi dalam 6 hari dan tidak penat atau letih.

Al-A’raf [54] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa……

“Dalam enam masa” bermaksud enam zaman yang panjang. Di Padang Mahsyar setengah hari adalah bersamaan 500 tahun. Maka satu hari ialah 1,000 tahun.

Langit dan bumi terdiri dari 7 lapisan.

At-Talaq [12] Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu;

Setiap lapisan langit ada pelbagai bahan logam.

An-Naba [12] Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

Bukti langit itu berlogam:-

Maryam [90] Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap.[91] Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak

Di langit juga ada jalan, sama seperti di bumi:-

Az-Zariat [7] Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,

Diceritakan langit juga boleh dilipat-lipat:

Al-Anbiya [104] (Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.

Hanya Allah yang boleh menggulung langit: Langit ialah penghalang ke syurga, tiba masanya langit akan digulung dan syurgalah yang berada di atas, lalu diperdekatkan syurga kepada orang yang bertakwa

As-Shuara [90] Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa

Hanya Allah jugalah yang boleh memisahkan langit dan bumi supaya binatang dan manusia dapat hidup di bumi ini :

Al-Anbiyaa [30] Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

Ali-Imran [190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

Siapakah Orang yang Berakal?

Ali-Imran[191] (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

Fikirkan juga kejadian buah-buahan pelbagai rasa, (masam dan manis) yang disiram dari air yang sama :-

Ar’Rad [4] Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.

Di syurga diberi buah yang sama seperti di dunia, tetapi berlainan rasa:-

Baqarah [25] Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan Syurga itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya

Ayat-ayat di atas ini menunjukkan kepentingan ilmu sains dalam memikirkan kekuasaan Allah.

About these ads

Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: