Tentang anjing

Rasulullah s.a.w., bersabda “Malaikat (Malaikat Rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar.”

Najis air liur anjing

Anjing adalah najis dalam semua mazhab kecuali mazhab Maliki. Imam Malik berpendapat anjing adalah bersih dan suci kerana tidak ada ayat Al-Quran yang mengatakan ia najis dan mereka membolehkan makan anjing yang dibela. Mazhab Syafie dan Hambali mengatakan anjing adalah najis dan setaraf dengan babi. Mazhab Hanafi pula mengatakan anjing adalah najis tetapi kurang atau rendah sedikit dari babi kerana ia boleh digunakan untuk memburu.

Dari ‘Adi Bin Hatim r.a. berkata : “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w., aku berkata, sesungguhnya kami adalah dari kaum yang berburu dengan menggunakan anjing. Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila engkau melepaskan anjingmu yang terlatih dan engkau menyebut nama Allah ke atasnya, maka makanlah binatang buruan yang telah ia tangkap untukmu itu sekalipun anjingmu itu telah membunuhnya. Akan tetapi, seandainya anjingmu itu memakan binatang buruan tersebut, maka janganlah engkau memakannya, kerana aku khuatir ia menangkapnya untuk dirinya sendiri, dan seandainya terdapat anjing-anjing lain bersama anjingmu (yang tidak engkau sebutkan nama Allah ke atasnya), maka janganlah engkau memakan binatang buruan tersebut”.
(Riwayat Muslim)

Dari hadith diatas juga sebenarnya yang najis adalah mulut atau air liur anjing. Sepertimana diterangkan dalam kitab Jawi apabila basah bertemu basah ia adalah najis, dan jika kering bertemu kering, tidak najis.

Bela anjing

Dibolehkan membela anjing untuk menjaga ternakan, tanaman tetapi tidak untuk suka-suka atau berseronok-seronok. Jika dilakukan juga, maka pahala ibadat harian kurang sebanyak 2 qirath (2 Bukit Uhud)

Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Sesiapa melihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain]

Samak

Tentang samak pula, dari Abu Hurairah r.a katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w;”Membersihkan bejana yang dijilat anjing, adalah dengan membasuhnya tujuh kali dan basuhan yang pertama dicampur dengan tanah.”. Walaubagaimanapun Abu Hurairah sendiri cuma membasuh sebanyak 3 kali dengan air biasa sahaja. Mungkin hadith samak 7 kali sudah dibatalkan oleh hadith yang lain. Apapun sunat disamak dan saintis mengatakan kuman dari anjing boleh dimatikan dengan air lumpur.

Bunuh anjing (dari Nasbun Nurain Jilid 4)

Berkenaan hukum menyuruh membunuh anjing, apabila Baginda Mulia melihat penduduk Madinah Munawarah amat menyayangi anjing peliharaan mereka, sehingga makan bersamanya (berdekatan) tempat tidur pun hampir setempat. Lalulah diperintah bunuh segala anjing, sehingga sukar bagi anjing hidup di kota Madinah Munawarah ketika itu, lepas itu lalu ditukarkan perintahnya, dengan menyuruh bunuh anjing hitam sahaja, disebabkan syaitan bersama dengan anjing hitam, tetapi apabila anjing hitam dibunuh, dan anjing yang selain dari hitam telah tidak dibunuh, dan ia tidak didampingi lagi, maka pada satu hari, Baginda Mulia telah ditanya tentang anjing hitam, maka jawabnya: Apa hubungan saya dengan anjing? Dari hari itu semua anjing apa warna pun, tidak lagi dibunuh.

About these ads
Dikirim dalam Uncategorized. Label: . 1 Comment »

Satu Respons to “Tentang anjing”

  1. aami71 Says:

    saya pelajari sesuatu dari blog ini , insya’allah kamu mendapat lebih hidayah dariNya


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: