Kisah jin kafir vs jin islam

Semasa Rasulullah s.a.w. berdakwah di Mekah, satu pertemuan telah dirancang secara diam-diam untuk memalukan Rasulullah s.a.w. Berhala pujaan kafir bernama Walid ditempatkan dan Walid bersujud padanya. Jin kafir yang bernama Masfir telah memasuki badan berhala itu, mempamerkan kebolehannya bersembunyi di balik patung dengan mengeluarkan suara-suara yang mendustakan Rasulullah saw.

Jin itu memasuki patung berhala, menggetarkan badan patung dan berkata;Sungguh Muhammad bukanlah nabi. Tak perlu kau membenarkannya.

Ibnu Masud, yang kukuh imannya, menyaksikan berhala ini mengerutkan dahinya, Meracaukah berhala ini, ya Rasulullah saw?

Rasulullah s.a.w. tenang bersabda, Ibnu Masud, sahabatku. Engkau jangan gusar, ini hanyalah permainan syaitan yang nyata.; Sesudahnya Rasulullah s.a.w diikuti Ibnu Masud meninggalkan pertemuan muslihat kaum musyrik itu.

Dalam perjalanan pulang Rasulullah s.a.w dan Ibnu Masud dihentikan seorang penunggang kuda yang berpakaian hijau. Penunggang kuda tak dikenali itu turun dari pelana kuda dan mengucap salam kepada Rasulullah saw. Beliau menjawab dengan pantas, lalu bertanya “Siapakah engkau wahai penunggang kuda? Sungguh aneh salammu”.

Penunggang kuda misteri itu mengangguk; “Ya Rasulullah s.a.w. Sungguh diriku adalah dari golongan jin yang setia menganut Islam sejak zaman Nabi Nuh. Ketahuilah, aku telah meninggalkan negeriku sangat lama. Dan sekembalinya aku di rumahku, aku hairan melihat isteriku menangis tersedu-sedu. Aku bertanya apa yang telah terjadi dan membuatnya begitu sedih. Isteriku menjelaskan, Engkau sama sekali belum tahu, beberapa masa lalu Masfir telah mendustakan Rasulullah saw!”

“Aku marah besar kepada Masfir dan terus memburunya. Di antara Shaffa dan Marwa aku berjaya menangkapnya. Kepalanya kupancung dan aku tinggalkan badannya bak anjing hina tiada kepala. Lihatlah, darahnya masih segar di mata pedangku ini.”

Rasulullah saw mengangguk-angguk. Beliau mendoakan jin yang memiliki kebajikan itu, “Siapa namamu? Jin mukmin itu menyebutkan, Namaku Muhair bin Abhar, ya Rasulullah saw. Saya berhuni di bukit Thursina. Adakah engkau mengizinkan aku membalas penghinaan kaum musyrik melalui mulut berhala, seperti Musfir telah dustakan dirimu? Rasulullah saw bersabda, Lakukan sesukamu.

Beberapa penduduk kota Mekkah mengundang Rasulullah s.a.w untuk suatu pertemuan. Beliau menghadirinya dan di sana berhala Hubbal kembali diletakkan di atas meja. Satu demi satu orang-orang musyrik mulai bersujud pada;Wahai Hubbal. Sabdakan sesuatu tentang Muhammad pada kami. Patung berhala beku, diam tidak kuasa bertindak. Jin Muhair bin Abhar lalu merasuki berhala dan berkata, Hai penduduk Mekkah, camkanlah! Muhammad itu benar. Agamanya benar. Dia mengajak kamu kepada kebenaran. Kamu yang bergantungan kepada berhala-berhala mati ini adalah sesat. Jika kamu tidak mengimani Muhammad dan membenarkannya nescaya kamu akan kekal tinggal di neraka Jahanam. Berimanlah kamu kepadanya. Dialah nabi Allah dan sebaik-baik makhluk Allah.

Orang-orang musyrik meradang. Abu Jahal menerjang Hubbal dengan marah. Patung berhala yang tidak berdaya ini ia terpelanting jatuh berkeping-keping. Rasulullah s.a.w tenang meninggalkan pertemuan itu .Kepada jin yang mukmin itu Rasulullah s.a.w berkenan untuk memberi nama baru kepadanya iaitu Abdullah bin Abhar.

Download Audio mp3: Kisah jin islam

About these ads
Dikirim dalam Jin. 16 Comments »

16 Respons to “Kisah jin kafir vs jin islam”

  1. gadis semp0i Says:

    jin islam ni baik sangat ke?
    aku dengar..
    ade orang kate kite tak boleh membela jin islam
    kerana dia juga akan menyesatkn kte..
    bet0i kep?

    • amar Alkhatab Says:

      Salam wbt.. buat gadis sempoi:
      Jin pong makhluk Allah SWT yang tergolong kpd dua sepertimana kisah tersebut diatas.
      Kita tidak boleh memiliki apa-apa jua selaku hamba Allah. Pesanan Baginda SAW berpegang teguh hanya pada AlQoran dan Sunnah Baginda SAW..
      Seperti kisah tadi dimana “Rasulullah saw mengangguk-angguk. Beliau mendoakan jin yang memiliki kebajikan itu, “Siapa namamu? Jin mukmin itu menyebutkan, Namaku Muhair bin Abhar, ya Rasulullah saw. Saya berhuni di bukit Thursina. Adakah engkau mengizinkan aku membalas penghinaan kaum musyrik melalui mulut berhala, seperti Musfir telah dustakan dirimu? Rasulullah saw bersabda, Lakukan sesukamu. – Lakukan sesukamu bermaksud mereka juga diberi pilihan samada taat pada Allah & Rasul atau jadi penghuni neraka selama-lamanya..

  2. amar AlKhatab Says:

    Menurut al-Ghazali, lintasan was-was datang daripada syaitan yang menyeru manusia kepada kejahatan. Tetapi ilham turun daripada Allah atau malaikat (dengan izin Allah) yang menyeru manusia kepada kebaikan dan kebajikan.

    Bagi mempelajari taktik dan tipu daya syaitan, kita hendaklah memahami dan mengenal pasti perbezaan antara was-was, ilham, bisikan hati dan seruan nafsu daripada sifat semula jadi kejadian manusia. Dua cara bagi mengesan tipu daya laktullah;

    1- bisikan 2- gambaran/kelibat

    Jika ini berlaku, perbanyakkan bacaan ayat Al Qoran terutama sekali surah AlMukminun:98 dan AlKahfi:102. Pejamkan mata dan tawajjuh pada Allah SWT..sambil menekan kedua-dua mata dengan jari sehingga kelihatan satu gambaran sinaran. Fokus pada sinaran tersebut sambil berzikir. InshaAllah, dengan izinNYA saudara-saudariku akan melihat kehebatan Allah SWT dalam keadah perubatan ini. Yakin sepenuhnya pada Allah SWT, makhluk tiada kuasa..Yang Berkuasa hanyalah Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pemurah..

    • sulaiman Says:

      وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحۡضُرُونِ (٩٨ Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. (98)

      أَفَحَسِبَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَن يَتَّخِذُواْ عِبَادِى مِن دُونِىٓ أَوۡلِيَآءَ‌ۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا جَهَنَّمَ لِلۡكَـٰفِرِينَ نُزُلاً۬ (١٠٢) Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan Neraka Jahanam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu. (102)

      • amar AlKhatab Says:

        Subhana Allah.. Benar ayat-ayat tersebut sesuai dgn pesakit yang sering mendengar bisikan-bisikan jin/syaitan laknatullah. Insha Allah dgn kaedah menekankan mata dgn jari setelah pejam, akan kelihatan satu cahaya seakan-akan kekuningan. Lama-kelamaan cahaya tersebut akan timbul satu imej berbentuk mata.. Perhatikan imej tersebut sambil berzikir didalam hati.. Allah SWT akan beri petunjuk dan bisikan itu akan hilang..Insha Allah. Yakin sepenuhnya pada Allah SWT, makhluk tiada kuasa..Yang Berkuasa hanyalah Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pemurah.

  3. Hazim bin akbar Says:

    Sebaik-baiknya jin,seburuknya manusia

  4. jelajah Says:

    sebaik baik jin adalah seburuk buruk manusia,.jin mudah menerima pendapat dan cpt berubah,manusia keras hati

  5. idrus yahya assagaf. Says:

    bagi kaum muslimin dimalaysia atau indonesia banyak terjemahan alquran yang sangat terpengaruh dgn bahasa sansekerta sehingga jauh dgnn makna yg sebenarnya. contohnya kata jannah yg diterjemahkan secara langsung dgn kata syurga.sedangkan kata syurga menurut pendeta hindu artinya adalah ; syurga berasal dari kata swarga loka yaitu tempat bersemayam para dewa dan tempat berkumpulnya para roh.sedangkan jannah sangat jelas dalilnya yaitu satu tempat yang sangat bagus yang tidak mampu dipikir dengan akal atau tidak mampu dihayalkan karena bagusnya.jadi menurut kami kata syurga tidak sama artinya dengan kata jannah.

    • sulaiman Says:

      Perkataan “Jannah” adalah terhasil dari huruf Jim dan Nun, apabila dua huruf ini bertemu, ia membawa maksud sesuatu yang tersembunyi.

      As Sajdah [17] : Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

      Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:Daripada Nabi saw., Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas dalam hati manusia.

  6. Keliru Says:

    Bagaimana pula jika satu jin itu mengajar ke arah kebaikan mengikut tuntutan Allah?Apa pendapat tuan?

    • sulaiman Says:

      Jin juga dicipta untuk beribadat. Maka dia mendapat pahala sekiranya jin itu adalah jin Islam.

    • amar alKhatab Says:

      “Cukup Allah buat diriku..:” Renung kembali setiap ayat2 Allah dalam Al Qoran, apakah maksudnya?
      Bagaimanakah dengan maksud ayat ini..
      ١٠٢) Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan Neraka Jahanam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu. (102)

  7. boby Says:

    Jadi bole ke kite bekawan dengan jin islam….

    • amar alKhatab Says:

      Rasulullah s.a.w memerintahkan daku dengan bersabda: “Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin”. Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: “Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?” Baginda menjawab: “Ya! Benar!”.
      Maksud Hadith: Sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai teman hidupnya (mengikut hasutan) maka ia tergolong di kalangan mereka (sekutu syaitan) malah merekalah yang dikenali sebagai syaitan manusia

  8. Tanpa Nama Says:

    Adakah jin ini blh menggu manusia


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: