Kisah Abu Lahab dan anaknya melaknat Nabi

Suatu hari Rasulullah s.a.w. telah mengumpulkan orang-orang Quraisy di sebuah bukit untuk menyampaikan ceramahnya. Dalam ceramahnya Baginda bertanya “Percayakah kamu sekiranya aku katakan ada musuh di sebalik bukit ini?”. Kami percaya “sahut golongan Quraisy”.  Lalu kata Baginda, “Aku ini adalah utusan untuk memberitahu kamu bahawa Allah adalah tuhan yang tunggal dan berhala-berhala yang kamu sembah itu bukanlah tuhan.

Abu Lahab bapa saudara Nabi yang turut berada dalam majlis itu marah dan mencaci Nabi dengan berkata..”Kamu mengumpul kami semata-mata untuk mengatakan apa yang kami sembah selama ini adalah salah. Katanya lagi, “Tabbat ya Muhammad” yang bermaksud “Binasalah kamu hai Muhammad”

Lalu turunlah ayat yang membalas laknat Abu Lahab:

Al-Masad [1] Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama;

Apabila Allah menurunkan surah al Masad, Abu Lahab memerintahkan kedua-dua anaknya yang telah bernikah dengan anak-anak Nabi s.a.w. menceraikan isteri masing-masing. Pada suatu hari sebelum ke Syam atas urusan perdagangan, anaknya yang bernama Utaibah (bekas suami salah seorang anak Nabi s.a.w.) telah datang berjumpa Nabi s.a.w dengan tujuan untuk menghina bekas mertuanya. Dia telah meludah dihadapan Nabi s.a.w. dan mengoyak baju Nabi. Baginda s.a.w. berkata “Aku tidak akan membalasnya” sebaliknya berdoa yang bermaksud: “Ya Allah pertemukanlah dia dengan anjing-anjingMu.”

Semasa di Syam, Abu Thalib turut berada di sana. Walaupun dia bukan Islam, dia merasa khuatir dan berkata kepada Utaibah, “Kamu tidak akan mati sebelum do’a Muhammad tadi dipenuhi. Maka semua orang dalam rombongan itu disuruh berjaga-jaga. Kemudian mereka tiba di tempat yang terdapat harimau. Pada malam harinya, mereka membuat unggun api untuk menghalang harimau itu dari menyerang.

Harimau itu melompat melepasi unggun api yang dinyalakan. Akhirnya Utaibah meninggal dunia kerana dibaham harimau itu. Walaupun Nabi cuma berdoa untuk Utaibah dipertemukan dengan anjing-anjingnya, namun Allah telah menghantar harimau.

Selepas peristiwa itu Allah telah melarang Nabi dari melaknat orang lain walaupun ke atas golongan kafir:

Ali-Imran [128] Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), samada Dia menerima taubat mereka ataupun Dia menyeksa mereka kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim.

Berdakwahlah kepada mereka dan berdoalah supaya mereka diberi hidayah.

About these ads

3 Respons to “Kisah Abu Lahab dan anaknya melaknat Nabi”

  1. nuni anggraeni Says:

    kenapa susah bgttt ya cariiii cerita Abu Lahab ……..

  2. sukamaju Says:

    YA BENERR..


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: