Larangan melintasi orang sedang sembahyang

Salah satu dari perkara yang terang-terang dilarang dari dilakukan terhadap sembahyang yang sedang dikerjakan, ialah melintas di hadapan orang yang sedang bersembahyang, kerana perbuatan itu mungkin menjadi sebab terputusnya perasaan, atau ingatan yang sedang dijalinkan oleh hamba Allah dengan tuannya.

Sabda Nabi s.a.w “Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perawi : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun” ( Riwayat Al-Bukhari)

Rasulullah saw telah mengajar orang yang bersembahyang khasnya di tempat-tempat yang terbuka, supaya mereka mendirikan satu tanda bagi menunjukkan kawasan yang sedang digunakan olehnya, dan mereka jangan diganggu.

Sabda Nabi s.a.w “Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah dia menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan” ( Riwayat Al-Bukhari)

About these ads

9 Respons to “Larangan melintasi orang sedang sembahyang”

  1. yukimura91 Says:

    Assalamualaikum..bolehkah saudara menerangkan maksud sabda Nabi s.a.w yang berbunyi:

    Sabda Nabi s.a.w “Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah dia menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan” ( Riwayat Al-Bukhari)

    terima kasih :D

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam.

      Pada satu masa Nabi menyuruh meletakkan sesuatu sebagai penghadang supaya org tidak melintas dihadapan mereka yg sedang sembahyang.

      Nabi juga pernah menghalang orang yang melintasi dengan menyekatnya menggunakan tangan…

      Nabi juga pernah menangkap syaitan dan mencekik syaitan di hadapannya yang mengacaunya semasa sembahyang…

      Wallahua’lam.

  2. firdaus Says:

    assalamualaikum…
    jika kita tengah solat dan ada org yg lalu apakah wajib utk kita mehalangnya??….apakah hukum jika kita tidak mehalang mereka yg lalu itu???adakah org yg sedang bersolat itu berdosa???
    Minta tunjuk ajar ustaz…

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,
      Tidak wajib, Rasulullah s.a.w. pernah melakukannya (menghalang dengan menggunakan tangan).
      Tidak berdosa jika kita tidak menghalangnya, sebaliknya orang yang melintas itulah yang berdosa.

  3. Sabrie Mustafa Hamizan Says:

    Ustaz, berapakah jarak yg dibenarkan untuk kita melintas dihadapan org yg solat??

  4. hamba ALLAH yang hina Says:

    Assalamualaikum,
    ustaz,izinkan saya b’tanya 1 soalan…
    bolehkah kita menoleh kepala ketika solat kerana hajat?

  5. silantra Says:

    semalam ketika saya sedang solat tahyatul masjid sebelum solat Jumaat, saya telah menghalang seseorang yang nak melintas betul2 depan saya dgn menggunakan tangan…tapi rasa bersalah pulak sbb mcm tertumbuk ke dadanya…(tak sengaja) hehe…


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: