1. Ikut hati mati, ikut badan binasa.
Ikut nafsu, lesu.
Maryam [59] Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka)
Dalam quran disuruh tahan hawa nafsu untuk masuk syurga.
An-Naziat [40] Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; [41] Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
2. Gajah sama gajah berlawan, pelanduk mati di tengah.
Kalau ada 2 atau 3 tuhan, matilah kita bila tuhan-tuhan itu berperang antara satu sama lain.
Al-Anbiyaa [22] Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.
3. Mulut tempayan boleh ditutup, tetapi mulut manusia tidak.
Mulut orang-orang kafir seperti Yahudi dan Nasrani sukar ditutup
At-Taubah [30] Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran
Al-Maidah [18] Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya….
4. Hanya Jauhari mengenal Manikam.
Ulama feqah ini sangat faham tentang ayat-ayat Allah. Sebagai contoh para imam mujtahid (Imam 4 mazhab), mereka boleh mengeluarkan beberapa hukum dari satu ayat quran. Imam Muhammad (guru Imam Syafie), boleh mengeluarkan 1,000 larangan dam 1,000 suruhan dari Surah Baqarah (286 ayat).
Rasulullah s.a.w bersabda “Siapa yang Allah kehendaki kebaikan yang besar baginya di akhirat, maka dia akan diberi faham tentang agama
5. Benih yang baik, dibuang ke laut menjadi pulau.
“Siapa yang mulia keturunannya dan baik kejadiannya (kelahirannya), baiklah penampilannya” (Riwayat Ibnun Najjar)
6. Diam-diam ubi berisi
Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam
7.Kalau tidak ada helang, belalang pun mengaku menjadi helang.
Seseorang yang mengaku bijak serta pandai apabila dia mendapati tidak ada orang yang lebih bijak dan pandai di tempat itu. Akhir zaman banyak fitnah timbul dalam hal agama kerana ulama (mereka yang mengaku alim ulama, walaupun tidak sampai ke tahap ulama)
Berkata Ali bin Abi Talib: “Akan datang suatu masa, Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuknya sahaja, al-Quran hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut nama-nama Allah. Orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga dan semua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”
8. Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.
Semakin berilmu, semakin warak, semakin zuhud, semakin takut kepada Allah dan semakin banyak beribadat kepadanya. Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu akhirat (agama).
Rasulullah s.a.w bersabda “Siapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah zuhudnya, sesungguhnya dia telah bertambah jauh dari Allah” (Riwayat Ad-Dailami dari Sayyidina Ali KRMWJ)
9. Kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tidak nampak.
Rasulullah s.a.w bersabda “Seseorang itu nampak tahi mata orang lain tetapi tidak nampak unta didepan matanya.
10. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Rasulullah s.a.w bersabda “”Perintakanlah anak – anakmu sekelian yang telah berumur 7 tahun untuk mengerjakan solat. Apabila telah berumur 10 tahun mereka belum mengerjakan solat ajarlah (dipukul tetapi jangan sampai melukai) dan pisahkanlah dari tempat tidurnya”.
11. Hulu kapak yang menebang pokok lazimnya datangnya daripada dahan pokok itu sendiri.
Qaf [27] (Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong.

Disember 25, 2011 at 2:17 am
Assalamu`alaikum Saudara.
Bagus sungguh pepatah Melayu ni. Bolehkah Saya copy ataupun republish dalam blog Saya?
Semoga Allah melimpahkan kemuliaan kepada Saudara.
Disember 26, 2011 at 10:59 pm
Waalaikummussalam, silakan.. jangan lupa quote nama blog ni.
Disember 27, 2011 at 12:54 am
Alhamdulillah, Saya bersyukur kepada Allah dan tak lupa berterimakasih kepada Saudara.
Semoga Allah melimpahkan kemuliaan bagi Saudara.
Disember 27, 2011 at 2:00 am
[...] ajarlah (dipukul tetapi jangan sampai melukai) dan pisahkanlah dari tempat tidurnya”. Sumber: Nasbun Nurain This entry was posted in Artikel Islami and tagged Ali, allah, Islam, Maha Suci Allah, quran. [...]
Disember 27, 2011 at 7:48 pm
[...] Sumber: Nasbun Nurain [...]
Januari 9, 2012 at 3:31 am
[...] ajarlah (dipukul tetapi jangan sampai melukai) dan pisahkanlah dari tempat tidurnya”. Sumber: Nasbun Nurain This entry was posted in Melayu, Nasihat and tagged nasehat, pepatah melayu, petuah, petunjuk. [...]