Yahudi dan Kristian ubah cara sembahyang

Sembahyang adalah ibadat yang mula diperkenalkan, sejak zaman Nabi Adam. Bezanya dulu sembahyang cuma 2 waktu (sebelum naik matahari dan selepas jatuh matahari), sekarang 5 waktu.

Paderi-paderi Kristian dan Yahudi telah mengubah cara sembahyang yang asal. Golongan Kristian hanya berlutut (sepatutnya mereka sujud)  manakala golongan Yahudi cuma menghantukkan kepala ke dinding (sepatutnya mereka rukuk). Di dalam sembahyang mereka tidak ada pergerakan duduk, bangun, rukuk dan sujud.

Ali-Imran [43] Wahai Mariam! Taatlah kepada Tuhanmu dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk.

Mereka mengikut hawa nafsu mereka. Mereka juga telah mengubah waktu sembahyang dan puasa mengikut nafsu mereka. Bukan itu sahaja, kitab injil dan taurat pun mereka ubah mengikut rekaan hawa nafsu mereka.

Maryam [59] Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka),

Perbandingan sembahyang Islam, Yahudi dan Nasrani

Dari Abdullah bin Umar r.a (katanya) Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya ajal (umur) kamu (umat Islam) banding dengan umat-umat yang telah lepas, adalah (sama) dengan waktu di antara solah Asar hingga jatuh matahari, dan bandingan di antara kamu dengan Yahudi, Nasrani adalah seperti seorang yang mengupah seorang melakukan kerja,

Kata (pemberi upah) siapa yang sanggup buat kerja untuk saya (dari pagi sampai tengah hari dengan upah) satu qirat? Maka kaum Yahudi melakukan (kerja tersebut) sempai ke tengah hari dengan upah satu qirat,

Kemudian (pemberi upah tersebut) bertanya lagi, siapakah yang sanggup kerja untuk saya dari tengah hari sehingga waktu solah Asar, dengan upahan satu qirat? Maka kaum Nasrani melakukan kerja itu, dari tengah hari sampai waktu solah Asar dengan mendapat upah satu qirat,

Kemudian (pemberi upah tersebut) bertanya lagi, siapakah yang sanggup kerja untuk saya dari waktu solah Asar hingga Maghrib, dengan upah dua qirat? Ketahuilah bahawa kamulah mereka yang melakukan kerja dari waktu solah Asar hingga Maghrib, Ketahuilah bahawa bagi kamu dua kali ganda pahala,

Maka kaum Yahudi dan Nasrani menjadi marah (di hari kiamat), mereka berkata, kami buat kerja lebih (kerana masa panjang) dan upah pula sedikit, lalu ALLAH S.W.T (bertanya mereka) Adakah Aku telah menzalimi kamu dari hak kamu, mereka menjawab tidak, ALLAH S.W.T berfirman, itu kelebihan Ku (upah lebih) yang Aku kurniakan kepada siapa yang Aku mahu (iaitu kepada umat Muhammad saw)

About these ads

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: