Sembahyang hormat waktu dalam kapal terbang

Sembahyang hormat waktu bukanlah satu perkara baru. Ia terdapat dalam 3 dari 4 mazhab, selain mazhab Maliki.

Antara situasi yang dibolehkan melakukan sembahyang hormat waktu ialah apabila waktu sembahyang sudah masuk tetapi tidak cukup syarat untuk sembahyang, misalnya:-

  • Tiada pakaian yang bersih atau tiada kain untuk menutup aurat
  • Tiada tempat yang bersih untuk sembahyang, semua kawasan untuk sujud terkena najis
  • Tidak berada di bumi untuk sujud, misalnya menaiki kapal terbang atau menaiki roket ke angkasa lepas

Sembahyang di dalam kapal terbang

Ulama berpendapat tidak wajib sembahyang semasa berada di udara kerana tidak cukup syarat untuk sembahyang. Kewajipan untuk sujud hanya semasa berada di bumi, seperti dalam hadith.

JU’ILAT LIYA-L-ARDhU MASJIDAN WA ThAHURAN WA AYYUMA RAJULIN MIN UMMATII ADRAKATHU-Sh-ShALAATU FALYUShALLII “.  Bumi itu telah dijadikan bagiku masjid (tempat sujud) dan pembersih. Barang siapa dari umatku mendapat waktu solah, hendaklah dia solah [di situ].”(Hadith Riwayat Bukhari)

Ulama tidak dapat memastikan samada udara itu boleh menggantikan bumi sebagai tempat sujud kerana mungkin terdapat ruang kosong di antara udara dengan bumi. Ulama tidak pasti samada udara yang menghimpit kapal terbang itu betul-betul bersentuh dengan bumi.

Rasulullah sembahyang dan sujud di atas tanah (bumi) atau tikar sebagai pengganti tanah. Ulama berpendapat boleh juga sembahyang di atas pengganti tanah seperti tikar, kereta, keretapi atau kapal selam. Sembahyang di atas kapal sah kerana di bawah air itu ada tanah (bumi).

Ulang sembahyang bila cukup syarat sembahyang

Sembahyang hormat waktu sah (dari segi ‘taqarrub’, mendekatkan diri dengan Allah) tetapi tidak menggugurkan kewajibannya. Hendaklah diulang sembahyang itu apabila berupaya melakukannya dengan sempurna syaratnya. Misalnya setelah ada pakaian bersih atau kapal terbang telah mendarat di bumi, hendaklah diulangi sembahyang atau kadha sembahyang itu jika sudah habis waktu.

Perlukah berwuduk untuk sembahyang hormat waktu?

Cukup dengan bertayammum pada debu-debu yang terdapat di kusyen tempat duduk.

About these ads

6 Respons to “Sembahyang hormat waktu dalam kapal terbang”

  1. Ali Danish Says:

    Assalamualaikum W.B.T Ya Sheikh…Anta flight ke China pukul 1.40 pagi. Memakan masa 5 Jam. Nak solat menghormati waktu dalam kapal terbang. Adakah niat nya sama atau ada tambahan dalam ayat.

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam Tuan, Boleh niat macam niat solat biasa, tanpa perlu tambahan ayat. Niat itu dalam hati, dalam hati kita tahu yang itu cuma solat hormat waktu.

  2. zawawi Says:

    assalamualaikum………. boleh kah seorang askar yang sedang meronda di dalam hutan melakukan solat hormat waktu ini semasa dia sedang bertugas, dan apakah cara nak ambil wudhuk masa dia pakai kasut askar, adakah termasuk dalam bab khuf.

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,
      Sembahyang hormat waktu ini hanya untuk musafir dalam keadaan seperti menaiki kapal terbang.
      Askar boleh solat dengan memakai kasut tanpa perlu buka, cuma perlu mengesat kotoran yang terdapat di kasut pada tanah atau rumput.

  3. idir Says:

    Assalamualaikum tuan..adakah ini bermakna kita tidak perlu solat langsung semasa berada dalam penerbangan? Atau adakah solat hormat waktu ini jatuh wajib? Jika tidak melakukannya adakah dikira berdosa?

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam, Solat hormat waktu tidak wajib dan tidak berdosa jika tidak dilakukan, kerana berdasarkan dalil hadith yang menyebut “dijadikan bumi sebagai tempat sujud”…
      Cuma sebagai satu tanda kita ingat kepada Allah, kita buat solat hormat waktu, tetapi qadalah setelah sampai di airport..


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: