Soalan tentang sumpah

Sebagai Ustaz yang berkelulusan mufti, bolehkah Tuan Guru beri hukum berserta dalil ke atas sumpahan yang dibuat oleh Saiful Bukhari kerana terdapat banyak percanggahan ulama dan mufti-mufti terhadap kes ini?

Jawapan:

Dalam Islam terdapat 2 jenis sumpah, iaitu sumpah yang terpakai (sah) dan sumpah yang tidak terpakai. Sumpah yang terpakai pula terbahagi kepada 2 iaitu samada sumpah di atas perkara yang baik atau sumpah di atas perkara yang tidak baik. Sumpah yang tidak terpakai pula ialah sumpah lagha.(akan diceritakan lebih lanjut dibawah)

Syarat sumpah: lafaz dan niat

Lafaz sumpah mesti menggunakan salah satu dari 3 kalimah sumpah iaitu “wallahi”, “wabillahi” dan “wattallahi”.

Setiap lafaz sumpah itu perlu disertai dengan niat, tanpa niat ia tidak sah dan cuma sekadar lafaz sumpah sahaja.

Baqarah [225] Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Dia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah) dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar

Jenis-jenis Sumpah

Sumpah yang terpakai (sah)

1) Sumpah di atas perkara yang baik

Misalnya mengatakan “Wallahi aku tidak akan menonton rancangan hiburan lagi selepas ini” dan disertai dengan niat untuk bersumpah.

Jika tidak disertai niat untuk bersumpah tetap tidak dikira sebagai sumpah.

Sekiranya tidak dapat melakukan perkara baik yang terkandung dalam sumpah itu, hendaklah membayar kifarah (denda) samada 3 hari berpuasa atau memberi makan 10 orang miskin.

2) Sumpah di atas perkara yang tidak baik

Sumpah di atas perkara yang tidak baik adalah haram. Allah melarang bersumpah untuk perkara yang tidak baik.

Baqarah [224] Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertakwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.

Misalnya bersumpah untuk tidak bertegur sapa dengan mengatakan “wallahi aku tidak bercakap dengan Ahmad sampai bila-bila“.  Sebaliknya didapati bertegur sapa itu lebih baik untuk silaturrahim dan berdosa tidak bertegur sapa sesama Islam melebihi 3 hari.

Sumpah atas perkara yang tidak baik dikenakan kifarah (denda) 3 hari berpuasa atau memberi makan 10 orang miskin untuk membatalkan sumpah itu. Juga hendaklah batalkan sumpah dengan membuat perkara yang bertentangan iaitu perkara yang lebih baik misalnya dengan kembali bercakap dengan Ahmad. Jangan kekalkan sumpah tersebut. Dalilnya ialah sabda Nabi SAW:-

Siapa yang bersumpah untuk tidak melakukan sesuatu, kemudian dia melihat hal lain yang lebih baik dari hal tersebut, maka hendaklah dia membayar kifarah sumpahnya, lalu mengerjakan hal yang lebih baik itu.” (Riwayat Ahmad)

Sumpah yang tidak terpakai

Sumpah lagha

Sumpah yang tidak dimaksudkan untuk bersumpah. Tidak berdosa sumpah seperti ini, dalilnya seperti ayat 225 surah Al-Baqarah di atas.

Terdapat perbezaan tentang definisi sumpah lagha di antara mazhab Syafie dan Hanafi.

Mazhab Syafie: Lafaz sumpah tetapi tidak diniatkan untuk bersumpah seperti kebiasaan orang Arab atau Afghan berkata “Wallahi” (Demi Allah). Misalnya seorang Arab mengatakan “wallahi, ini minyak attar“. Pada orang Arab minyak attar adalah minyak wangi, sedangkan orang Melayu menyangka minyak attar itu minyak yang tiada alkohol. Tidak berdosa sumpah seperti ini.

Mazhab Hanafi: bersumpah diatas keyakinan hati benda itu betul tapi pada hakikatnya benda itu tidak betul. Misalnya kita tengok seseorang di satu tempat. Kita yakin orang itu ada disitu pada masa itu padahal sebaliknya (orang lain yang serupa berada disitu). Misalnya dengan berkata “Wallahi saya nampak Ahmad di KLCC pukul 5 petang tadi”.(padahal yang dilihat itu adalah orang lain yang seiras). Tidak berdosa sumpah seperti ini.

Kesimpulan

Hanya sumpah di atas perkara yang baik yang sah dan terpakai. Syaratnya ialah lafaz sumpah mesti ada kalimah sumpah dan disertai dengan niat untuk bersumpah.

Selain itu, kita juga tidak mengetahui apakah lafaz sumpah saudara Saiful itu disertai dengan niat untuk bersumpah atau sekadar kata-kata sahaja. (Rujuk Al-Baqarah 225)

About these ads
Dikirim dalam Kemusykilan. 38 Komen »

38 Respons bagi “Soalan tentang sumpah”

  1. awanaaasha Says:

    assalamualaikum ustaz,
    sekiranya melanggar sumpah, dikehendaki berpuasa 3 hari. Adakah puasa ini berturut2 dan bagaimana niat puasa ini.

  2. sulaiman Says:

    Waalaikummussalam,

    Setengah ulama kata berturut-turut, setengah kata tidak perlu berturut. Niat dalam bahasa melayu pun boleh ..aku puasa esok hari untuk kifarah sumpah kerana Allah Taala.

  3. syafiqz Says:

    salam ustaz,
    semasa zaman saya jahil dulu, saya pernah bersumpah dengan nama Allah sebanyak dua kali atas sebab yang terlalu peribadi untuk dinyatakan di sini.Dan saya telah melanggar kedua-dua sumpah tersebut.Soalan saya ialah bagaimanakah untuk membayar kifarah dua sumpah tersebut?Sebagai contoh jika berpuasa, adakah saya harus berpuasa selama enam hari atau sekadar tiga hari sahaja?

    • sulaiman Says:

      Salam,

      2 kali sumpah maka 6 hari atau 20 orang makan (boleh bayar kepada pusat zakat).

      Boleh pilih samada beri makan kepada 10 orang miskin atau puasa 3 hari (setengah kata berturut-turut, setengah kata tidak perlu berturut).

  4. syafiqz Says:

    salam ustaz,adakah sah jika bersumpah atas benda yg harus…sbgai contoh bersumpah utk tidak memakan nasi?

  5. sulaiman Says:

    Salam. sah jika cukup syaratnya, tapi tak perlulah bersumpah benda macam tu.

  6. roja Says:

    salam ustaz.

    ucapan ‘sumpah Demi Tuhan’, adakah sah di dalam sms?
    adakah dikira bersumpah?

  7. sulaiman Says:

    Tidak sah. Lafaz sumpah mestilah dalam bahasa Arab yang menggunakan huruf-huruf sumpah yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. iaitu “wallahi”, “wabillahi” dan “wattallahi”.

  8. amani Says:

    assalamualaikum ustaz,
    saya nk tanya,dulu saya pernah bersumpah di
    atas pusara arwah kekasih saya,bahawa dialah yang terakhir dlm hidup saya,takkan ada yg lain,tapi setelah 4 thn berlalu dan hati saya terbuka untk org lain,selalu saja hbungan tu putus..ada org kata sumpah tu benar terjadi.ada org kata badi sbb bersumpah di atas tanah kubur yg masih merah.tapi saya tidak ada lafaz perkataan ‘wallahi,wabillahi,wattallahi’.
    tolong saya,terima kasih.

    • sulaiman Says:

      Itu bukan sumpah, hanya sekadar janji.
      . Lafaz sumpah mestilah dalam bahasa Arab yang menggunakan huruf-huruf sumpah yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. iaitu “wallahi”, “wabillahi” dan “wattallahi”.

  9. zaid Says:

    salam ustaz.. saya ada bersumpah dgn isteri saya “wallahi”, saya tidak sms dgn perempuan lain, tetapi saya tidak berniat sumpah. Sahkah sumpah saya dan perlukan saya membayar kifarah. terima kasih

    • sulaiman Says:

      Salam, tidak sah sumpah jika tidak disertai niat.
      Baqarah [225] Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Dia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah) dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar

  10. Siti Aisyah binti Ayob Says:

    Assalamualaikum ustaz….salah satu kifarah sumpah adalah dengan memberi makan 10 orang miskin dan ianya boleh ditukar dalam bentuk wang ringgit mengikut nilai. bolehkan dibank inkan duit tersebut kepada orang miskin. ini kerana banyak rancangan yang memaparkan kehiodupan orang miskin dan dipaparkan no akaun mereka.

    soalan ke-2 . ..adakah anak-anak yatim di pusat jagaan tergolong dalam orang miskin.? orang-tua-tua di pusat jagaan juga orang miskin?

    • sulaiman Says:

      Lebih afdhal diberi makan kerana dalam hadith disebut beri makan dan bukannya beri wang.
      Anak yatim bukan golongan miskin kerana mereka belum cukup umur dan tidak mempunyai tanggungan.
      Nilai kaya di sisi Islam ialah orang yang mampu membayar zakat. Sekiranya orang tua itu mampu membayar zakat merek bukan orang miskin.

  11. Fatehah Says:

    Assalamualaikum ustaz, apa hukumnya jika bersumpah seperti “Wallahi, saya tidak melakukannya.” yang bertujuan untuk menutup aib dirinya daripada dimalukan dihadapan orang ramai? *Aib yang dimaksudkan bukanlah maksiat besar.

  12. Anip Says:

    Salam ustaz. Saya ingin bertanya.. Sya pernah bersumpah pada diri saya sdri.. (Sya bersumpah atas nama tuhan dan nama kedua ibubapa sya yg saya tak akan kembali dgn dia lagi) adakah sumpah ini sah tanpa menyebut nama allah dan niat..

  13. ZAN Says:

    SALAM USTZ. SAYA PERNA BERSUMPAH DAN BERKATA WAALLAHI WABILLAHI KETIKA MEYAKIN SESEORANG BAHAWA SAYA TIDAK BERCAKAP BOHONG. TETAPAI KATA SAYA TU TERLEBIH DARI JUMLAH SEBENAR CONTOH 1000 SAYA TERCAKAP 1000 LEBIH. ADAKAH KAH SAYA SUMPAH SAYA DIKENAKAN KIFARAH

  14. ita Says:

    assalamualaikum ustaz..
    sy prnah brsumpah dg nme Allah dg kekasih dlm sms bhwe sy tak akan hbungi lagi die dan ptus.. tetapi sy brsumpah ktike sy marah dan bremosi tnpa lafaz wallohi atau watallohi atau wabillahi..?? tapi sy mlanggar smpah dg kmbli smula dg die..
    adkah sumpah sy dikira sah dan perlu mbayar kifarah sumpah..?? trime ksih ustaz..

  15. terang Says:

    Salam Ustaz. Ingin pencerahan dari Ustaz.
    Pernah bersumpah dgn lafaz “Dengan Nama Allah, Lillahi Ta’ala, saya tidak akan buat lagi” termasuk niat.
    1. Sah kah sumpah tersebut.?
    2. Kalau sah, boleh kah terus berpuasa 3hari berturut2 untuk bayar kifarah.
    wasalam

  16. Tanpa Nama Says:

    salam ustaz saya ingin bertanya , saya telah bersumpah dan menyebut wallahi bahawa sya tidak pernah melakukan perkara itu bertujuan untuk menutup aib saya .tetapi saya perbah melakukannya dan saya sudah bertaubat untuk tdak melakukannya.. dan saya telah bersumpah kepada seseorang bahawa sya tdk pernah melakukannya ianya bertujuan untuk menutup aib saya .. adakah saya berdosa ?

  17. firdaus Says:

    salam…saya ade brsumpah utk x buka apa2 lmn web yg x baik..tp sy dh trbabas buka..sy brsumpah dgn bahasa melayu je tnpa guna bhasa arab….adakah prlu kifarah…wasalam

  18. yaya Says:

    salam…kalau bersumpah tapi tidak benar untuk selamatkan rumah tangga?saya dipaksa bersumpah oleh suami sy menggunakan quran tetapi tanpa niat dalam hati…..sy menganggap ianya hanya sekadar percakapan sahaja apakah hukumnya…… …

  19. ma'e Says:

    apa maksud sebenar waAllahi, wabillahi dan wattallahi dalam bahasa malaysia

  20. Shazuan Says:

    Salam Ustaz..
    Saya pernah bersumpah atas nama arwah ibu dgn mengatakan tidak berbuat sesuatu sedangkan saya buat.Tetapi tdk dilafazkan dgn wallahi..watawallahi dsb.Ini semua demi menjaga sesuatu perhubungan.Apa terjadi pada arwah dan apa perlu saya lakukan?

  21. Nazarnor. Says:

    As’salamualaikum ustaz..
    Saya ingin betanya,kawan saya dalam belima..Suaminya meninggal.dipankuannya..sebelum suaminya meningal,dia ada bepesan dan menyuruh kawan saya besumpah dihadapan dia,sebelum dia.menghumbuskan nafas terakhir dia menyuruh kawan saya besumpah takan cari yang lain kerana tidak.mahu.kasih sayang bepaling pada yang lain.kawan sayapun setuju dan besumpah tidak.akan cari yang lain seperti.mana yang dimahukan….Selepas 2 tahun pemergiam dia hati kawan saya berbuka untuk membenana. perkhawinan kali ke 2,tetapi bila di ingatkan sumpah yang telah diucapkan hati dia merasa serba salah,sedangkan dia juga perlu memikirkan masa depan dia..jika dia.berkhawin

  22. Omar Alan K-Az Says:

    Assalamu’alaikum. Mohon ustaz memberi penjelasan ke atas soalan-soalan saya di atas.
    Saya juga ada baca di laman web lain yang menyatakan sah sumpah yang menyebut “demi Allah”, tak wajib guna kalimah Arab iaitu “wallahi, wabillah, watallahi”. Jadi yang manakah lebih tepat sebenarnya?

    Harap ustaz boleh memberi jawapan tepat secepat mungkin. Terima kasih.

  23. sulaiman Says:

    Waalaikummussalam.. ilmu kami begitulah.. sampai disitu sahajalah..


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: