Ilmu tasauf dan tarikat

Majoriti ulama tidak mewajibkan belajar ilmu tarikat. Mereka berpendapat ilmu tasauf adalah fadhu kifayah. Ilmu yang wajib dipelajari hanyalah ilmu tauhid, fekah. Apapun ilmu tasauf atau tarikat mempunyai kelebihannya seperti ia boleh menghidupkan hati agar mencintai Allah. Cinta itu sebenarnya suci cuma manusia yang mengotorkannya dengan nafsu buruk mereka. Kerana cinta kepada Allah jugalah terhasilnya para ulama dan wali Allah seperti diceritakan dalam kisah Rabiatul Adawiyyah dan Syed Muhyiddin yang sangat cintakan Allah.

Perasaan cinta adalah dari Allah, manakala benci pula dari syaitan. Dalam satu hadith disebut “sesiapa yang meninggal dunia kerana rindu, dia dikira mati syahid” (misalnya seseorang yang merindui keluarganya lalu pulang ke kampungnya dan meninggal dalam perjalanan.

Ilmu tarikat juga boleh melemahkan nafsu buruk dan mendekatkan diri kita kepada Allah. Seorang murid bertanya kepada guru tarikatnya “Bagaimana hendak mendekatkan diri kepada Allah .Kata guru tarikat itu yang juga seorang wali qutub ” Allah itu cuma 2 langkah dari kamu. Langkah pertama, pijak nafsu (letak nafsu dibawah tapak kaki), langkah kedua ialah Allah.

Dekat atau jauhnya Allah itu juga bergantung kepada keadaan kita. Nafsu buruk yang menjauhkan kita dari Allah:-

Baqarah [186] Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka)

Qaf [16] Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

Waqiah [85] Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,

Berjayalah orang yang membersihkan diri dari nafsu buruk:

As-Syams [9] Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

Rugilah orang yang mengikut nafsu buruknya:

As-Syams [10] Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Galakan belajar ilmu tarikat

Maidah [35] Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya

Carilah jalan iaitu “wasilah”, perantaraan untuk sampai kepada Allah. Dalam hadith lebih kurang maksudnya “Orang dapat kejayaan dengan wasilah, orang dapat kejayaan akhirat juga dengan wasilah”. Wasilah yang dimaksudkan ialah “ilmu” dan “didikan (tarbiyah)”, samada secara zahir (syariat) atau batin (tarikat).  Tarikat juga asalnya dari Nabi s.a.w. yang diajar kepada para sahabat, untuk segera dapat kedudukan dan kejayaan disisi Allah.

Dalam ilmu tarikat ada 3 jenis fana’ (tenggelam dalam kasih sayang) iaitu Fana’ pada guru,  Fana’pada Nabi s.a.w, Fana’ pada Allah. Pada permulaan pengajian ilmu tarikat, seorang murid akan fana dengan gurunya. Kemudian gurunya akan menukar hatinya agar ia fana kepada Nabi. Paling akhir ialah fana’ fillah. Bila sesorang itu mencapai tahap fana’ fillah ia akan merasakan dirinya terlalu kecil berbanding Allah, sehingga ia merasa lebih kecil dari semut.

Selain itu Ahli tariqat juga memikirkan sesuatu kejadian untuk mendekatkan diri mereka dengan Allah.

Az-Zariyat [21] Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

Ar-Ruum [8] Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.

About these ads

45 Respons bagi “Ilmu tasauf dan tarikat”

  1. hajirikhusyuk Says:

    Salam…

    Dalam maqam fana fi Allah, jika terasa diri masih ada, walaupun lebih kecil dari semut,…..bermakna masih belum fana.

    http://www.hajirikhusyuk.wordpress.com

  2. ridho Says:

    assalamualaikum
    Saya nak bertanya sedikit pasal tarikat. Adakah ia memang berasal dari Rasullullah SAW sementara saya sudah merujuk kepada sumber hadist dan sunnah yang sedia ada, namun tak pernah terlintas di situ tentang ilmu ini. Saya ada baca pada encyclopedia brittania tentang sebuah nama yaitu Muhasibi sebagai pengasas adanya Ilmu ini. Padahal ia hidup setelah 200 tahun selepas kematian yang mulia< baginda Rasullullah. Seandainya ia di ajarkan oleh Rasullullah, kenapa pelajaran ilmu ini tidak secara terang-terang? adakah ia mengganggu?

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Ilmu tarekat itu ilmu yang melatih hati manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan cara menundukkan nafsu dan takutkan Allah.

      Terdapat hadith Rasulullah sa.aw. berkenaan cara membersihkan hati dan cara mendekatkan diri kepada Allah dan menundukkan nafsu melalui ibadat seperti sembahyang, zikir, puasa dan juga memikirkan kebesaran Allah. Ilmu tarikat yang benar biasanya melatih muridnya berzikir, berpuasa sunat, sembahyang sunat dan memikirkan kebesaran Allah dengan melihat kehebatan Allah dalam setiap ciptaannya (sebagai tambahan kepada ibadat yang wajib)

      Sabda Rasulullah s.a.w, “Wala Yazalu ‘Abdi Yataqarrabu Ilayya Bin Nawafil… sentiasalah ada hamba-hambaku yang mendekatkan dirinya kepadaku melalui sembahyang-sembahyang sunat nawafil (sembahyang sunat mutlak- bukan sembahyang mengiringi waktu)

      Rasulullah s.a.w bersabda: “Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya).Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah.”

      Rasulullah saw. bersabda “Apabila seseorang itu kurang makan, penuhlah badannya dengan cahaya”. Allah swt akan melahirkan cahaya (nur) di dalam diri orang yang berpuasa dan memberinya kekuatan untuk mendampingi Allah.

      Dari Ibn Abbas ra, dari Nabi saw sabdanya: “Fikirkanlah mengenai segala apa jua (yang diciptakan Allah), tetapi janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah…” Dari Abu Dzar ra, dari Nabi saw, sabdanya: “Fikirkanlah mengenai segala makhluk Allah, dan janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah, kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan).” (HR Abu Syeikh)’

      Menurut Maulana Zakariya dalam kitabnya, ilmu tarikat tidak perlu sekiranya manusia patuh kepada segala hukum-hakam. Latihan tarikat pula membantu dalam mendidik hati manusia agar takut dan patuh kepada Allah.

  3. yg mencari Says:

    assalammualaikum,saya ada satu pertanyaan.mengapa ilmu ini hanya di ajar kepada ahli sahaje.dan tidak kepada umum,sedangkan ramaiyg masih tersesat, dlm mencari.dan ade yg sangup memperdagangkan ilmu allah yg suci ini. dimane kebenaran dan keiklasan itu,di manakah lillahhitaala itu tadi,adakah nabi mengajarkan ilmu suci ini,untuk kita mencari kesenangan duniawi. maaf jika terkasar bahasa,cuma ingin mencari kebenarannye

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Ilmu tasauf banyak diajar di masjid-masjid menggunakan pelbagai kitab-kitab jawi…misalnya Sirus Salikin, kitab Imam Ghazali seperti Bidayataul Hidayah.

      Tidak semua ilmu tarikat itu sesat, cuma perlu mencari guru yang betul. Guru tarikat yang takutkan Allah mampu melatih muridnya takutkan Allah. Jika tidak, jadilah seperti kata pepatah “guru kencing berdiri, murid kencing berlari”

      Tarbiyah (didikan) melalui latihan tarikat mempunyai kelebihannya seperti ia boleh menghidupkan hati agar takut dan cintakan Allah dengan syarat gurunya juga takut dan cintakan Allah.

      Dalam ilmu tarikat, murid akan melakukan bai’ah (perjanjian) kepada guru mereka. Guru tarikat akan meminta mereka melakukan sesuatu misalnya sembahyang berjemaah di masjid atau puasa sunat Isnin dan Khamis dalam bai’ah mereka. Ini bagi meningkatkan maqam (kedudukan) dan membersihkan hati mereka. Para sahabat juga ada membuat bai’ah kepada Rasulullah s.a.w., walaupun dalam perkara wajib. Diriwayatkan daripada Jarir bin Abdullah r.a katanya :Aku membuat bai’ah kepada Rasulullah s.a.w untuk selalu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat yang baik terhadap setiap Muslim.

      Dalam ilmu tarikat juga pada permulaanya, guru akan mengajar muridnya berzikir secara nyaring. Apabila zikir itu sudah melekat dalam hatinya barulah mereka berzikir secara senyap.

      • yang mencari Says:

        saya memahami akan kebaikan bertarikat itu, cuma sedih ade segelintir yg sangup memperdagangkan ilmu yg suci ini. ini boleh menyebabkan salah feham pada sesetengah golongan yg masih mencari.
        saya membuat pertanyaan diatas,adalah kerana sedih melihat ramai yg cuba mendalami ilmu ini tetapi semakin buta,bila menyelam lebih dalam

      • Tanpa Nama Says:

        ilmu Tareqat bukan tidak boleh kepada Umum.. bole jika ia tidak ditolak oleh negara kita.. kerana apa? kerana terdapat Wahabi dalam Jakim.. bkn kerana takot pada wahabi tetapi ia akan menjadi fitnah.. Wallahualam..
        Ilmu Tasawuf elok jika ia berguru.. kerana guru tempat rujukan dan pertanyaan..

        Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

        Ilmu itu seperti gudang dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberikan rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberikan pahala akan empat orang. Pertamanya orang yang bertanya. Keduanya guru yang menjawab. Ketiganya orang yang mendengar jawapan itu. Keempatnya orang yang cinta kepada mereka – Riwayat Abu Nuaim

        Allah swt kurnai kita Akal dan fikiran untuk kita berfikir.. tetapi manusia mengunakkan Akal dan fikiran untuk Harta Pangkat..

        Jika tersalah cakap harap diampunkan…
        #syhanyahambaAllahswtyanghina

  4. hamba Allah Says:

    salam…betul ke orang yang belajar ilmu tarikat ini tidaj perlu berpuasa du bulan ramadhan, boleh minum arak, boleh makan khinzir, xperlu smbhyg 5 waktu, boleh postpon kematian seseorang….atau orang2 ini telah terpesong……

  5. Pencari Cinta Says:

    Saya amat berminat untuk mencari seorang pempimbing rohani, kerana karekter saya secara keseluruhannya amat bergantung kepada kesejahteraan iman / rohani.

    Tapi sampai kin, belum jumpa mursyid…Boleh nasihatkan saya?

  6. udin Says:

    assalamualaikum..
    tuan yang dimuliakan .saya sedang mencari ilmu. . boleh saya tau aliran terekat tuan ini.. saya

  7. sulaiman Says:

    Waalaikummussalam, setahu saya tuan guru maulana beraliran tarekat Christiya

    • udin Says:

      kurang arif tentang tarekat christiya.. kalau dapat tuan terangkan sedikit

      • sulaiman Says:

        Salasilah tarekat ini ialah daripada Sheikh Mu`inud-Din Chisti daripada Fudail bin Iyad daripada Hasan Basri (Rahmatullahi alaih) daripada Sayyidina Ali dan daripada Rasulullah (Sallallahu Alayhi Wa Sallam). Antara zikir yang diamalkan oleh tarekat chisti ialah “La ilaha illallah” dan “Allahu”.

  8. zahidi Says:

    salam.Tuan saya ingin bertanya kalau di pulau pinang masaih adakah guru tarikat.saya sekarang baru mempelajari tapi saya ingin mendalami lagi ilmu ini.setelah saya mempelajari ilmu ini hidup saya rasa tenang dan tenteram,dan saya sebelum ini cuma mempelajari ilmu – ilmu lain tapi apabila solat saya jadi tak tenteram dan perangai saya lagi buruk,tapi apabila saya mendalami ilmu ini baru saya tahu dan saya rasa tenang dan hilang perasaan panas baran dan saya menjadi suami dan bapa yg penyabar.saya rasa benar – benar terkejut dgn perubahan ini kerana hati saya sentiasa rasa tenang walau dalam keadaan apa sekali pun.adakah ini benar yang saya mencari-cari selama ini?sekian terima kasih,wassalam.

    • en megat Says:

      masih ada byk guru tarekat di pulau pinang

      • Tanpa Nama Says:

        salam. boleh saya tahu dipulau pinang mana tempat saya dapat cari guru yang sebenar benar guru.. saya nih dah masuk 31 tahun… tapi hidup saya masih terumbang ambing… sehari dua nih hati saya dah mula terdetik pasal kematian…. harap tuan dapat membantu saya… ini email saya… hairulash@gmail.com

  9. khairul Says:

    salam….boleh saya tahu tarekat christiya?

    • sulaiman Says:

      Sheikh atau guru kepada tarekat chistiya ialah Imam Hassan Al-Basri, yang mengajarnya kepada Fudail bin Iyad.Kemudian diajar kepada Ibrahim Adham yang dulunya seorang raja di tempat yang bernama Bukhara. Tarekat ini diajar oleh Rasulullah kepada Sayyidina Ali. Antara zikir yang diamalkan oleh tarekat chisti ialah “La ilaha illallah” dan “Allahu”.

  10. joehari jugg manakam Says:

    saya jug ahli chistiyah.blh ker saya membuat 5 kali setiap hari???adkah saya akn jd fana biler membuat 5 kali sehari….hati saya x prnh puas utk berzikir…

  11. Hadi Supanto Says:

    SubhanALLAH,ALLAHuAKBAR … sohabat dan saudaraku semua, saya sangat tertarik dalam perbincangan seperti ini. andaikan saya boleh bergabung saya juga ingin menggali serta turut shering dengan saudaraku dimanapun berada.apakah dalam kehidupan tarekat itu adalah kehidupan latiful qulbi kita yang selalu bertawakal dengan hati dan memuji serta ingin selalu mendekatkan diri pada ALLAH dengan kalimat BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM. dan jika dalam lafad kita selalu mendapatkan ketenangan bathin kita itulah kehidupan yang baik .karena dalam dunia ini jika kehidupan ” kita selalu ingin mencari ketenangan bathin dengan dasar aqidah ” itu yang benar

  12. Tanpa Nama Says:

    Apakah tasauf mewajib kan pasagan yg berzina utk bernikah

  13. ab liyamin ali Says:

    assalamualaikum…saya berminat untuk mengamalkan zikir2 tarikat…perlukah saya berjumpa dgn guru untuk terima ijazah amalan zikizr.

  14. Kamaruzaman Misran Says:

    saya ada seorang kawan yang berkata dia beramal dengan ilmu tasauf dan makrifat tetapi tak pernah beramal dengan ibadah yang telah disayariatkan seperti sembahyang lima waktu. Beliau berkata boleh memandang kehidupan alam ghaib dengan ilmu makrifatnya. Ada kah ini boleh dipercayai?

  15. Mohamad Arif Says:

    Salam alaik,

    boleh bantu saya untuk menghubungi guru mursyid yang ada di pulau pinang?

    saya benar-benar memerlukan seorang guru, dan kenalan-kenalan yang sama mengejar kesempurnaan budi… terima kasih

  16. wanchai Says:

    Salam,saya berminat menyertai tarikat sekitar kl/selangor,bolehkah tuan bantu saya?

  17. azman Says:

    Assalamualaikum..kepada ikhwan salik yg berada di Pulau Pinang boleh hubungi saya..0125677096 Azman

  18. hamba Allah Says:

    arwah bapa saya seorang tarekat, saya hendak bertanya tentang nama atau jenis tarekat yang bapa saya “sertai”. bapa saya meninggal sejak saya kecil, dulu dia mengajar saya, tetapi waktu itu saya masih kecil dan hanya ikut sahaja. sekarang saya sudah besar. dan ingin lebih mempelajari.

    disini saya tuliskan apa yang kami sekeluarga lakukan.

    selepas solat, kami akan berwirid.

    1. Astaghfirullah… mimma siwallah. wa kullu syai’in ya qul Allah
    2. Astaghfirullah rabbal baraya. Astaghfirullah minal khothoya.
    3. Antal hadi antal haqqu. Laisal hadi illa hu.
    4. Hasbi Rabbi Jallallah…Mafi Qalbi Ghairullah..Nur Muhammad Sallallah..Lailahaillah
    5. La ilaha illallah, la ilaha illallah al malikul haqqul mubin muhammadur rasulullah shodiqul wa dil amin.
    6. la ilaha illallah Muhammadur Rasulullah, la ilaha illallah Muhammad Habibullah.

    lepas itu, kami berzikir La illaha illallah dan Allah Allah, tetapi secara kuat. seperti yang ditunjuk di dalam video di youtube, tetapi dalam keadaan duduk sambil menggerakkan paha.

    seterusnya doa. dan berselawat.

    antara pakaian bapa saya adalah, serban dan mempunyai ekor panjang petak di belakang.

    saya harap sangat sesiapa dapat membantu. jawapan boleh di balas di sini atau email kepada saya di firdausmsaad@gmail.com

  19. Berhenti Berharap Says:

    salam. bagaimana saudara boleh menjelaskan tentang seumur hidup seorang itu tidak khusyuk ketika solat tapi masih melakukan solat sekadar cukup syarat ? adakah dalam tarekat masih perlu meneruskan atau berhenti dan mendalami dahulu ilmu ini ?

    • sulaiman Says:

      Salam..

      Memang susah untuk khusyuk dan ianya perlukan latihan. Yang dituntut ialah mengingati Allah dalam solat. Kalau terlalai, cepat-cepatlah kembali mengingati Allah.

      Teruskan belajar tarekat dari guru yang mursyid kerana ia juga satu bentuk latihan mengingati Allah.

  20. zulfaidhi Says:

    Sy juga mgambil terekat Cistiyah dari sheikh movis usman, zikr ini byk menekan kan kpda jihri- zikir dgn mengeraskan suara . Untuk tujuan pecahkan mazmumah yg ada dalam hati kita iaitu cinta dunia. Alhamdulillah sekrg perasaan itu sudah berkurangan. Tp boleh kah sy bertanya mcm mana pula qolbi mukmin yg kotor. Cth nya. Jika kita ada secawan besi yang karat . Dan zikr ini ibarat air yg bersih. Bila kita berzikr, air itu tetap masuk didalam cawan yg kotor (qolbi mukmin) tp ia akan bercampur dengan karat td dan masih tidak lagi jernih. Adakah cara atau kaedah untuk membersihkan qolbi mukmin itu terlebih dahulu dan bru masukan air yg jernih(zikir) itu kembali? Maaf jika soalan saya agak pelik. Maaf juga kalau sy tersalah.

    • sulaiman Says:

      Zikir itu ibarat sabun untuk membersihkan hati.Rasulullah s.a.w bersabda: “Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya).Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah.

  21. Tanpa Nama Says:

    Dengan bertarekat boleh ke menjadikan ia salah satu cara untuk melemahkan Nafsu ..

  22. Tanpa Nama Says:

    Bole saya dapatkan Salasilah Thareqat tuan?


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: