Kelebihan Sembahyang Fardhu

Tiang agama, amalan pertama disoal

Rasulullah saw bersabda “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.. “Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka sesungguhnya dia telah kufur dengan nyata”.-HR Bukhari dan Muslim..

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:

“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia.

Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”

Selamat dari azab kubur

Orang Islam yang meninggalkan sembahyang akan disiksa di Alam Barzakh dengan seekor ular Akra (Suja’ul Akra). Ular ini yang akan menyiksanya dengan mematuknya mengikut waktu sembahyang yang ditinggalkan. Ular ini berkuku besi, berkaki, matanya berbintik-bintik putih, berbisa seluruh badan.

Akan muncul seekor ular yang bernama “Suja’ul Aqra” dan ular itu berkata:“Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.” Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Suja’ul Aqra hinggalah hari Kiamat.

Maksud Hadith: “orang yang meninggalkan sembahyang, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama “Suja’ul Akra”, yang matanya memancarkan api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat”.

Gugur dosa

Dari Abu Huraira Sabda rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam: Bagaimana pendapat kamu jika salah seorang daipada kamu mendapati di hadapan rumahnya ada sungai; dia mandi di sungai itu lima kali dalam sehari, apakah ada lagi kotoran pada badannya? Sahabat menjawab “Tidak akan ada apa-apa kotoran lagi.” Kata Rasulullah, “Maka demikianlah juga dengan sembahyang lima kali, Allah menghapuskan dengannya dosa-dosa.” .

Juga diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bahawa Baginda bersabda: Apabila seorang hamba bersembahyang, dibawa dosa-dosanya lalu diletakkan di atas kepalanya ataupun tengkuknya, maka setiap kali dia ruku’ atau sujud, maka gugurlah dosa itu daripadanya.

Satu hari Rasulullah pada musim luruh s.a.w. berjalan bersama sahabat, lalu daun gugur ke bumi. Baginda berkata “Dosa gugur sama seperti gugurnya daun dari pokoknya”

Abu Usman r.a berkata, “Pada suatu hari Salman r.a dan aku sedang duduk di bawah sepohon kayu. Beliau ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-gongcangkannya hingga kesemua daunnya gugur. Kemudia kata beliau padaku, “Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya aku kenapa aku berbuat demikian ini?” Sahutku, “Sila khabarkanlah padaku.” Kata beliau, “Beginilah Rasulullha s.a.w. lakukan dihadapanku semasa ku bersamanya di bawah sepohon kayu. Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda s.a.w bersabda, “Wahai Salman! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat demikian ini?” Sahutku, “Silakan khabarkanlah padaku kenapa Baginda buat begini.” Sabda Baginda s.a.w. “Bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wudhu dengan sempurna, kemudian dia laksanakan solat lima kali sehari, maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun ini gugur.” Lantas Baginda s.a.w membaca ayat Al-Quran (yang mafhumnya),”Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk (dosa); itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat”
(Surah Hud, Ayat 114)

About these ads

3 Respons to “Kelebihan Sembahyang Fardhu”

  1. asrul fadzli Says:

    apabila seseorang itu melakukan perbuatan mencuri walau seberat zarah sekalipun adakah ianya akan dikenakan hukuman hudud seperti potong tangan bagaimana pula dengan taubat yang dipintanya sedangkan ia sentiasa mencuri tanpa disedari dan bertaubat adakah taubatnya diterima. Sedangkan taubat itu sebaik-baiknya hanya sekali sehaja apabila melakukan dosa besar seperti mencuri.

    • sulaiman Says:

      Hukuman Allah SWT seperti memotong tangan ke atas seorang pencuri itu adalah adil. Keadilan ini dilakukan setelah meneliti barang curi tersebut. Ia tidak dijatuhkan hukuman ke atas pencurian barang yang berada di tepi jalan, tidak dikenakan hukuman ke atas pencurian barang majikan yang tidak membayar gaji. Hukuman potong tangan juga tidak dikenakan kepada orang lapar yang mencuri. Orang yang lapar, fikiran mereka ketika itu sudah tidak seimbang dan mereka hilang pertimbangan. Hukuman potong tangan itu hanya dikenakan ke atas pencurian barang yang disimpan rapi dan terkunci dan apabila sabit kesalahan.

      Allah maha menerima taubat. Bahkan dosa zina diampun dengan taubat, tidak semestinya dijatuhkan hukuman hudud..Ada saya tulis di sini.

      http://nasbunnuraini.wordpress.com/2011/04/02/dosa-zina-terhapus-dengan-bertaubat/

      Taubat yang paling baik ialah Taubat Nasuha.Taubat Nasuha bererti sekali kita bertaubat, kita tidak akan mengulangi lagi kejahatan atau maksiat yang telah dilakukan. Inilah taubat kelas pertama.

      At-Tahrim [8] Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha..

      Namun iman manusia berbeza-beza, ada yang hanya tidak mampu bertahan lama dan mengulangi dosanya. Ada manusia yang bertaubat di waktu malam, kemudian kembali mengulangi dosanya diwaktu siang. Namun Allah SWT maha menerima taubat.

      Dari Abu Musa r.a. dari Nabi saw katanya “Allah Azza wa Jalla membentangkan tanganNya (rahmatnya) malam hari untuk menerima taubat orang-orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tanganNya (rahmatnya) siang hari untuk menerima taubat orang-orang yang bersalah malam hari, sehingga matahari terbit di Barat. (Riwayat Muslim)

      Dalam hadith di atas Allah membentangkan tangannya bukanlah bermaksud Allah mempunyai tangan dan berjisim seperti makhluk. Ia bermaksud Allah membuka rahmatnya untuk menerima taubat. Disebut tangan agar manusia mudah faham, misalnya kita menggunakan istilah `kami menerima kedatangan tuan dengan tangan terbuka`, bukanlah bermaksud tangan itu dibuka, tetapi hati yang terbuka sebenarnya.

  2. syawal syazwan Says:

    Semoga kita semua dapat mendirikan solat dengan sempurna agar ibadat kita diterima oleh Allah


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: