Sembahyang jemaah bersama Imam

Berkata Abu Hurairah r.a Rasulullah saw bersabda, apabila sembahyang telah diiqamatkan, maka jangan kamu berlari ke arahnya, bahkan datanglah secara berjalan (biasa) dan hendaklah kamu tenang. Apa (sembahyang) yang kamu dapati sembahyanglah, dan apa yang terlepas itu, hendaklah kamu sempurnakannya (selepas itu).

“apa yang terlepas itu, hendaklah kamu sempurnakannya (selepas itu)”

Sebagai contoh, jika kita hanya mendapat rakaat ketiga bersama Imam dan terlepas rakaat pertama dan kedua dalam sembahyang Maghrib, hendaklah ditambah dua rakaat selepas itu (meneruskan rakaat ke dua dan ke tiga).

Mazhab Hanafi mempunyai sedikit kelainan kerana mereka menggunakan hadith “apa yang terlepas itu, hendaklah kamu qadha (selepas itu)”. Mereka perlu mengqadha iaitu melakukan rakaat yang mereka terlepas bersama imam, misalnya rakaat pertama dan kedua)

Terlepas jemaah tetap dapat pahala

Di dalam riwayat kitab Muslim pula, sabdanya, sesungguhnya (jika) salah seorang dari kamu bertujuan hendak pergi sembahyang (jemaah) maka beliau telah dikira sebagai bersembahyang.

Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, siapa telah berwuduk dengan cara yang baik, kemudian terus ia menuju (ke masjid, tetapi) didapati orang ramai telah selesai dari bersembahyang (jemaah) Allah swt akan mengurniakan kepadanya pahala (solah jamaah) sama dengan mereka yang hadir berjemaah, dengan tidak mengurangkan sedikit pun pahala (solah) jemaah mereka.

Bolehkah makmum yang masbuk menjadi imam

Dalam mazhab Syafie dibolehkan makmum yang masbuk menjadi imam kepada orang lain setelah selesai bersama imam yang asal. Bahkan dibolehkan makmum yang sembahyang fardhu berimamkan orang yang sembahyang sunat. Juga dibolehkan makmum dan imam melakukan fardhu yang berbeza. Kaedah ini dipanggil “sembahyang masing-masing, buat bersama-sama”

Dalam mazhab Hanafi dan Maliki orang yang masbuk tidak boleh menjadi imam kerana sembahyang mereka berlainan. Hendaklah sembahyang berasingan atau mengadakan jemaah yang baru. Mereka berdalilkan hadith “imam itu bertanggungjawab atas sembahyang yang dipimpin” Orang yang masbuk tidak boleh memikul tanggungjawab kerana mereka sendiri belum selesai apa yang mereka terlepas.

Imam bertanggungjawab atas makmum

Dari Sahal bin Saad radhialloohu’anhu, diriwayatkan bahawa dia menceritakan: Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Imam itu memiliki tanggung jawab. Kalau dia melakukan sembahyang secara baik, maka dia dan para makmumnya mendapatkan pahala. Dan apabila dia melakukannya dengan salah maka dia berdosa, sementara makmumnya tidak.” (HR. Ibnu Majah)

Tanggungjawab imam sangatlah besar, kerana itu Rasulullah saw menyebut “Jangan (berebut) jadi imam, jadilah muadzin (bilal atau tukang azan)”.Sekiranya imam itu terlalai hatinya dari mengingati Allah atau terdapat kekurangan dalam sembahyangnya, maka pahalanya akan diberikan kepada para makmum. Muadzin pula tetap mendapat keuntungan dari laungan azannya, semakin kuat azan, semakin banyak keuntungan pahalanya.

Setiap Imam menanggung sembahyang makmumnya. Sayyidina Ali r.a. pernah menjadi imam dan terlupa untuk berwuduk. Selepas itu beliau dan makmumnya mengulangi sembahyangnya kerana bimbang dia akan memikul kesalahannya menjadi imam tanpa wuduk. Rasulullah sendiri pernah satu ketika Baginda hampir bertakbir, Baginda menyuruh makmunnya menunggu kerana terlupa Baginda belum mandi junub. Setelah selesai mandi junub, Baginda datang dengan rambut yang masih basah dan menitik airnya untuk meneruskan sembahyang.

Dalam sebuah hadith disebut, “kalau kamu mahu sembahyang kamu diterima, pilihlah imam yang warak dan alim”.

About these ads

41 Respons to “Sembahyang jemaah bersama Imam”

  1. muhamadzaidi Says:

    saya ingin bertanya:
    1)Adakah sah solat seseorang itu yang sempat berjemaah solat suboh dengan imam ketika rokaat kedua dan sempat membaca qunut bersama-sama imam, soalan disini adakah makmum perlu membaca qunut seorang diri @ kali yang kedua untuk menambah 1 rokaat lagi.
    2)Apakah kedudukan yang betul ketika suami solat berjemaah dengan isteri, iaitu hanya ketika suami dan isteri sahaja yang solat ketika itu.

  2. sulaiman Says:

    1) Sah. Kalau mazhab Syafie, perlu membaca qunut kerana makmum itu meneruskan rakaat ke dua. Dalam rakaat kedua ada Qunut.

    2) Isteri berada di sebelah kiri suami

  3. arab07 Says:

    salam ustaz,

    saye ingin mengetahui,hukum solat dlm situasi di bawah

    saye dan saudara saye menyertai solat berjemaah subuh dan kami sempat mengikuti imam pada tahiyyat akhir,dan apabila bangun,saudara saye berganjak setapak kebelakang dan menyentuh bahu saye seolah olah ingin membentuk jemaah baru..
    soalan saye apakah betul tindakan yg dibuat oleh saudara sye itu?

    • sulaiman Says:

      Salam,

      Betul dan sah pada mazhab Syafie. Dibolehkan makmum yang sama-sama masbuk membentuk jemaah baru.
      Pada mazhab lain tidak dibenarkan.

  4. arab07 Says:

    bagaimana pula cara perubahan niat ketika itu ?

  5. nurul Says:

    Assalamualaikum…boleh saya minta penjelasan semula?contohnya, saya ingin solat zohor berjemaah tetapi terlpas rakaat yg pertama…sy trus baca niat dan trus masuk rakaat yg kedua mengikut imam shingga habis.tapi stelah imam memberi salam,saya harus bangun semula utk menggantikan rakaat yg tlah sy tinggal tadi dan bru memberi salam.btul x kefahaman sy?…terima kasih

  6. acai Says:

    assalamualaikum,
    saya ada satu kemusykilan, suatu solat azar berjemaah saya tertinggal 3 rakaat dan hanya sempat pada rakaat terakhir. Pada pemahaman saya, hanya 3 rakaat perlu dibuat sebagai ganti setelah imam memberi salam. Semasa saya bangun untuk menyambung solat saya itu ia dah dikira rakaat ke berapa? Pada rakaat ke berapa saya perlu buat tahyat awal dan akhir.

    terima kasih atas penjelasan

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Setelah bangun dikira rakaat ke 2.
      Buat tahiyyat awal sekali lagi.
      Kemudian tahiyyat akhir pada rakaat ke 4.

      • acai Says:

        alhamdullilah … Terima kasih atas penjelasan. Bagaimana pula niat sekiranya kita musafir solat 4 rakaat bersama imam dan jamak azar?

      • sulaiman Says:

        Niat zohor seperti biasa “Sengaja aku sembahyang fardhu zohor, 4 rakaat, mengikut imam kerana Allah taala”
        Selepas selesai Zohor, bangun untuk solat Asar dan niat “Sengaja aku jamak (himpun) sembahyang asar ke dalam waktu zohor, kerana Allah taala”

  7. kairul Says:

    assalamualaikum,
    macam mana nak masuk jadi makmum bila kita nampak ada seseorang sedang solat..mengikut pengetahuan saya kita kena tepuk bahu org itu.jadi kita kena tepuk selepas kita takbir atau sebelum kita takbir? dan betul ke klu kita sekadar takbirratulihram dengan suara sedikit kuat supaya org itu tahu kita jadi makmum dia? mohon penjelasan ustaz.

  8. asrul Says:

    assalamualaikum ustaz.saya nak tanya.kalau kita terlepas rakaat contoh saya sempat rakaat kedua sembahyan magrib.saya kena baca tak tahiyat awal.dan selepas tu dalam rakaat terakhir bersama imam saya kena baca tahiyat awal ka tahiyal akhir.sbb selepas tu saya kena tambah satu lagi rakaat yang miss.yang rakaat miss tu kena baca tahiyat akhir dan berakhir dengan salam.tolong jawab ustaz..

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Dalam kes ini, anda kena baca 2 kali tahiyyat awal dan 1 kali tahiiyat akhir.
      Baca tahiiyat awal semasa rakaat ke dua bersama imam.
      Selepas itu juga baca tahiiyat awal, semasa imam baca tahiyyat akhir.
      Akhir sekali, tambah 1 rakkat lagi dan baca tahiyyat akhir.

  9. MOHD NOOR BIN PUASA Says:

    Assalamualaikum;

    Solat subuh pada hari jumaat berjemaah imam buat solat sujjadah pada rakaat pertama tetapi saya sampai terlepas. saya sampai rakaat kedua dan ketiga apakah wajib bagi saya menqadar rakaat yang pertama tadi

    wassalamualaikum

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Maksud saudara… terlepas bacaan sebelum sujud sajadah rakaat pertama, tetapi masih sempat rakaat pertama selepas sujud sajadah.
      Tidak perlu qadho kerana sudah cukup 2 rakaat…

  10. Firdaus Says:

    Assalamualaikum, dimanakah posisi makmum yang sebenarnya jika hanya ada seorang makmum?

  11. amir Says:

    assalamualaikum ustaz nak tanya kalau saya nak solat zohor berjemaah tapi tertinggal untuk rukuk raka’at yg pertama , perlu ke saya gantikan raka’at tersebut lepas beri salam

  12. hayati Says:

    assalam ustaz. saya ingin bertanya. td sy pergi kemasjid utk menunaikan solat isyak terawih. saya terlewat sampai kemasjid.tgok2 imam dah bgun utk rakaat ketiga.. saya sbnya tidak tahu pulak yg kita perlu sembahyang dulu bersama dgn imam tu lps tu bru la kita ganti balik lps selesai solat isyak. apa yg saya buat saya niat solat sahaja aku mengerjakan solat isyak mengikut imam fardu keatasku kerana ALLAH S.W.T. kemudian saya hanya baca alfatihah utk empat2 rakaat. kiranya solat saya xsah ke ustaz? mohon penjelasan..

  13. mohammad Says:

    salam ustaz sya sembahyang asar tertinggl 3 rakkat lps tu sya bgn dan buat lg 3 tp sya buat tahiyat awal pada rakaat ke3 dan akhir ke 4 time tu pulak ada sorang ikut saya mohon penjelasan .kalo salah apa yg sebetulnya

  14. mira green Says:

    assalamualaikum ustaz, saya solat asar berjemaah dgn nenek saya dan saya perasaan kami tertinggal rakaat yg ke 2..perlukah saya menegur nenek saya atau membiarkan saja? dan jikalau saya perlu menegur,bagaimanakah caranya?

  15. fir Says:

    Asalamualaikum ustaz.
    Saya ada sedikit kemusyikilan di sini. Jika saya hanya sempat berjemaah 2 rakaat terakhir (solat zohor/asar). Sudah pasti saya perlu menggantikan 2 rakaat yang pertama. Soalannya di sini ialah, sebaik sahaja saya bangun untuk menggantikan rakaat yang saya hilang (selepas imam memberi salam), rakaat yang manakah saya perlu kerjakan? Adakah rakaat pertama dahulu? ataupun terus ke rakaat kedua? dan jika rakaat kedua, adakah saya perlu membaca tahiyyat awal atau akhir?

  16. syahirah Says:

    Assalam ustaz, saya ingin bertanya secara pasti ttg tajuk di atas. 1). Sewaktu hendak pergi sembahyang berjemaah (Zuhor) dimasjid, saya tertinggal 2 rakaat(termasuk tahiyat awal), dan ini pertama kali saya mengalaminya, apa kah niat sembahyang yang saya lakukan itu? 2). Setelah imam selesai solat berjemaah seperti yang saya faham, kita wajib meneruskan rakaat yang tertinggal dan bangun terus, apakah niat yang patut saya baca?

  17. shirol Says:

    salam ustaz, saya ade kmushkilan
    1. swaktu solat zohor bjemaah, imam dah rakaat keempat dan tahiyat akhir, slepas sy niat saya tros dduk tahyiat awal dan mmbaca tahiyat awal
    2. selpas imam beri salam ptama saya bgun smbhyang rakaat kedua.btol ke cara saya

  18. shirol Says:

    salam ustaz,sy da penah main dengan ramai gadis, tp sy tak penah rasa dara, layak ke sy kawen dgn gadis yg masih dara

    • sulaiman Says:

      Salam.. Allah maha pengampun.. bertaubatlah kerana dosa boleh terpadam melalui taubat. Insya Allah anda akan mendapat jodoh yang sebaiknya.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: