Azan

Azan bermakna iklan dan ia ialah sunnah Nabi s.a.w. Pada permulaanya sembahyang dilakukan di rumah masing-masing. Nabi buntu berfikir cara untuk memanggil para sahabat sembahyang berjemaah. Kemudian seorang sahabat bermimpi berjumpa seorang berjubah hijau (malaikat) mengajarnya kalimah azan. Sayyidina Umar r.a. juga mimpi yang sama sebelum itu. Lalu nabi s.a.w menyuruh diajarkan kalimah azan kepada Sayyidina Bilal r.a.

Dari Anas bin Malim r.a katanya:”Setelah orang Islam semakin ramai, mereka mengusulkan supaya dimaklumkan waktu solat sudah tiba dengan suatu tanda yang mudah dikenal. Ada yang mengusulkan supaya menyalakan api atau membunyikan loceng. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh Bilal supaya menggenapkan bacaan azan dan mengganjilkan qamat.” (Bukhari)

Dari Abdullah bin Umar katanya:”Adalah kaum muslimin ketika baru sampai di kota Madinah, berkumpul menunggu waktu sembahyang kerana belum ada cara untuk memberitahu. Pada suatu hari mereka itu bermesyuarat tentang cara pemberitahuan waktu; ada yang mengatakan supaya menggunakan loceng seperti Nasrani dan ada pula yang mengatakan supaya menggunakan trompet seperti Yahudi. Maka berkata Umar bin al-Khattab r.a:” Bukankah lebih baik menyuruh seseorang meneriakkan atau memberitahukan waktu sembahyang?” Bersabda Rasulullah s.a.w:”Hai Bilal, pergilah dan ajaklah orang-orang bersembahyang.” (Muslim)

Azan bukanlah syariat, tetapi sunnah Nabi. Sembahyang tetap sah walaupun tanpa azan.

Doa Lepas Azan

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang mendengar azan dan membaca doa (yang bermaksud….“Wahai Allah, dengan berkat seruan yang sempurna ini dan dengan berkat sembahyang yang didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad wasilah dan kelebihan dan bangkitkanlah Baginda di Maqam Mahmud“, dia akan mendapat syafaatku di hari kiamat. (Riwayat dari Jabir Bin Abullah.)

Maqam Mahmud ialah nama satu tempat yang paling istimewa di syurga, seorang sahaja yang boleh memilikinya iaitu Nabi s.a.w. Ia bukannya “tempat terpuji” seperti yang biasa di terjemahkan di dalam televisyen. Semua tempat dalam syurga adalah tempat yang terpuji. Ada seorang wali mengatakan angka yang dikehendaki untuk Nabi s.a.w dapat tempat itu (Maqam Mahmud) sebenarnya telah cukup (melalui kasyafnya). Walaupun begitu masih sunnah untuk mengamalkan doa tersebut. Nabi s.a.w sebenarnya tidak perlu kepada doa kita. Inilah akhlak Baginda yang mulia iaitu tawaduk dan merendah diri. Siapa yang berdoa dengan doa di atas, Nabi akan memberinya syafaat (recommendation) untuk masuk syurga.

Kisah orang anti azan

Maidah[58] Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.

Dalam satu kisah ada 3 orang perli azan yang diketuai oleh seorang yang bernama Abu Mahzurah. Setelah dikejar dan ditangkap 3 orang itu, lalu nabi bertanya “siapa yang kuat sekali suara dia tadi mengejek azan?”. Jawab mereka “Dialah” (sambil menunjukkan kepada Abu Mahzurah). Tanya Nabi “kenapa kamu mengejek azan?” Jawab Abu Mahzurah “Saya benci sangat kepada azan, benci kepada Islam dan benci kepada kamu”. Kemudian Nabi s.a.w. meletakkan tangannya di dada Abu Mahzurah, kemudian di bawa tangannya ke pusat dan akhir sekali ke kepalanya. Bertukar serta merta bencinya lalu timbullah kasih sayang Abu Mahzurah kepada azan, Islam dan Nabi. Kata Abu Mahzurah ” Rasulullah, lantiklah saya jadi Muazzin (tukang azan) di Mekah.

“Daripada Abu Mahzurah r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah mengajar kepadanya cara-cara Azan dengan mengulangi dua kalimah syahadah (dengan suara yang tinggi pada permulaannya dan rendah pada akhirnya) dikeluarkan oleh Muslim tetapi ia menyebut takbir(Allahu Akbar) pada permulaan dua kali sahaja. Perawi-perawi yang lima meriwayatkan pula dengan menyebut (Allahu Akbar) sebanyak empat kali.

Azan Jumaat

Al-Jumuah [9] Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)

Sembahyang Jumaat mula difardhukan di Madinah. Pada zaman Rasulullah s.a.w., Sayyidina Abu Bakar r.a dan Sayyidina Umar r.a., azan hanya dilakukan sekali. Pada zaman Sayyidina Usman, azan dilakukan sebanyak dua kali dan dipersetujui semua sahabat. Azan pertama menandakan masuk waktu Zohor dan azan kedua menandakan sembahyang Jumaat akan didirikan. Sunat buat azan depan mimbar.

Haram melakukan jual beli selepas azan ke 2. Dalam mazhab Syafie, jika dilakukan juga jual beli selepas azan ke dua, ia tidak sah dan berdosa. Dalam mazhab Hanafi pula, ia sah namun tetap berdosa.

Iqamah (Qamat)

Semasa zaman Nabi s.a.w ada dua jenis iqamah (qamat). Ada qamat yang “dua-dua” (qamat seperti azan dalam mazhab hanafi), ada yang “satu-satu” seperti yang biasa dalam mazhab Syafie, juga dikenali sebagai qamat 11 mata iaitu:-.

Allahu Akbar (1) Allahu Akbar(2).Asyhadu alla illahaillallah.(3)Asyhadu anna Muhammadar rasulullah.(4) Haiyaalas solah (5) Haiyaalal falah.(6) Qadqamatis solah (7) Qadqamatis solah(8) Allahu Akbar (9) Allahu Akbar(10) La ilahaillallah(11)

Mazhab Maliki melakukan qamat 9 mata iaitu (11 mata dan dibuang 2 mata iaitu tidak ada “Qadqamatis solah Qadqamatis solah“).

Allahu Akbar (1) Allahu Akbar(2) Asyhadu alla illahaillallah(3) Asyhadu anna Muhammadar rasulullah.(4) Haiyaalas solah(5) Haiyaalal falah(6) Allahu Akbar(7) Allahu Akbar(8) La ilahaillallah(9)

Mazhab Hanafi pula terbahagi dua. Ada yang memilih qamat 11 mata (mazhab hanafi di negeri-negeri Arab), ada yang memilih qamat 17 mata (mazhab hanafi di negeri bukan Arab). Majoriti mazhab hanafi memilih qamat 17 mata, kalimah qamat sama seperti azan cuma ditambah “Qadqamatis solah”.

Allahu Akbar (1) Allahu Akbar(2) Allahu Akbar (3) Allahu Akbar(4) Asyhadu alla illahaillallah(5) Asyhadu alla illahaillallah(6) Asyhadu anna Muhammadar rasulullah (7) Asyhadu anna Muhammadar rasulullah(8) Haiyaalas solah (9) Haiyaalas solah(10) Haiyaalal falah(11) Haiyaalal falah(12) Qadqamatis solah (13) Qadqamatis solah(14) Allahu Akbar (15) Allahu Akbar(16) La ilahaillallah(17)

Sayyidina Bilal r.a. masih melakukan qamah 17 mata selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Dalam mimpi seorang sahabat, Malaikat juga mengajar qamat 17 mata iaitu qamat seperti azan cuma ditambah “Qadqamatis solah” iaitu “beritahu kepada orang ramai sembahyang telah didirikan”.

KISAH SITI ZUBAIDAH
Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya,hobinya suka mendengar muzik.Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang jadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan segera memerintah penyanyi dan permuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula,hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya.

Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya,tanya mereka, “Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu,adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?” Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan bersyukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan. Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah berfirman,”Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka”

About these ads
Dikirim dalam Sembahyang (Solat). Label: . 2 Komen »

2 Respons bagi “Azan”

  1. assiddiq87 Says:

    Persoalan dari Non muslim kepada muslim~

    salam..ana selalu ditanya oleh non-muslim tentang cara pemakaian ana
    ..
    non-muslim: ‘kenapa u pakai hand-sock?.. kenapa orang lain i tengok tak pakai pun..mereka muslim juga…’

    selain tu, waktu ana form2, seorang perempuan tua (b’bangsa cina) pernah
    tanya ana… “kenapa orang azan?”.. ana pun jawab “itu tandanya masuk waktu solat…” dia bertanya lagi “orang muslim tak tahu bila nk solat ke?” ana pun jawab “itu sebagai mengingatkan agar cepat2 pergi
    menunaikan solat sebab dah msuk waktu”.. perempuan itu membidas lagi, “orang islam selalu lupa yer? kamu tak tahu ke bila mahu solat, sampai ada orang azan baru u tahu kena solat?, u tahu ke yang azan
    mengganggu orang tido?”…(sampai sekarang ana msih ingat soalan itu)
    ….
    jadi ana nak tanya pendapat ustaz, apa yang
    sebaik2nya kita jawab bila berada dalam situasi macam di atas…. dengan harapan penjelasan tersebut mampu menonjolkan keindahan islam dan keseronokan kita melaksanakan apa yang disuruh Allah…

    ….terima kasih….

  2. sulaiman Says:

    Salam,

    Azan itu iklan mengajak kaum lelaki terutamanya untuk sembahyang jemaah di masjid.

    Agama lain pun ada cara mereka sendiri untuk memberitahu waktu sembahyang. Nasrani (Kristian) menggunakan loceng, Yahudi menggunakan trompet untuk memberitahu waktu sembahyang. Majusi pula menggunakan api.

    Soal orang tak suka azan dan mengatakan ia menggangu tidor bukanlah perkara baru. Zaman Rasulullah lagi sudah ada orang anti-azan.

    Doakanlah agar perempuan Cina itu diberi hidayah. Hanya Allah yang boleh beri hidayah. Tugas kita hanya berdakwah.


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: