Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu, lalu kamu berdoa “Ya Allah, aku serahkan diriku kepadamu dan aku serahkan urusanku kepadamu, serta aku memohon perlindunganmu dan mengharapkan pahalamu. Tiada tempat untuk berlindung adan tiada jalan selamat selain kembali kepadamu. Ya Allah,aku beriman kepada kitabmu yang telah engkau turunkan dan kepada Nabi yang telah engkau utus”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadith disebut, siapa yang tidur dalam keadaan berwuduk, malaikat tidur bersamanya. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci’”
Tidur mengiring ke kiri tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang lebih besar dari paru kiri.
Seorang sahabat telah mengubah doa diatas “Ya Allah,aku beriman kepada kitabmu yang telah engkau turunkan dan kepada Nabi yang telah engkau utus” dan ditukarkan kepada “Rasul yang telah engkau utus“. Baginda marah kepada sahabat tersebut kerana doa itu sepatutnya dibaca mengikut apa yang diterima, walaupun Nabi Muhammad juga adalah seorang Rasul.