Bacaan Al-Quran

Rasulullah saw ada menyebut dalam hadith, akan datang satu masa orang akan mengajar al-Quran secara berlagu-lagu (yang berlebihan) untuk kepentingan dunia semata-mata.

Dari Jabir bin Abdillah: Rasulullah keluar menemui kami. Saat itu kami sedang membaca Al-quran, di antara kami ada orang-orang Arab dan orang-orang ‘Ajam (bukan-Arab). Beliau berkata, “Bacalah Al-quran, bacaan kamu semuanya bagus. Akan datang nanti beberapa kaum yang menegakkan (memperbetulkan bacaan) Al-quran seperti menegakkan anak panah. Mereka hanya mencari harta dengannya dan tidak mengharapkan pahala akhirat (Hadits shohih riwayat Abu Dawud dan Imam Ahmad:)

Belajarlah cara bacaan dari mereka yang pakar, bukan belajar bacaan berlagu (seperti Tarannum), tetapi belajarlah tajwid dan sebutan yang betul. Bacalah al- quran dengan suara terbaik seperti dalam hadis nabi:-

Hiasilah Al-quran dengan suara kalian. (Riwayat Hakim)

Akhir zaman, orang membaca quran seperti mengalunkan lagu:-

Al-Quran dibaca dengan lisan dan irama orang Arab, hati-hatilah kalian terhadap lisan orang-orang yang merayu, dan lisan ahli dua kitab (Taurat dan Injil). Kerana sesungguhnya akan datang suatu kaum, mereka membaca Al-Quran seperti orang mengalunkan lagu dan jeritan; padahal Al-Quran tidak meresap ke dalam hati mereka, hati mereka telah dirasuki oleh fitnah, dan demikian pula keadaan orang-orang yang mengagumi mereka. (Riwayat Huzaifah).

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.