Kisah perang Ahzab

Orang kafir pada masa itu sudah mula bersatu untuk menentang Islam kerana mereka tahu “kekuatan itu ada dalam kesatuan”. Nabi meminta cadangan sahabat mengenai strategi perang. Sahabat yang muda mengesyorkan perang secara guerilla (terbuka). Sahabat yang tua pula mencadangkan agar mereka menunggu di lorong-lorong dan menyerang apabila kafir masuk. Akhirnya Nabi menerima cadangan Salman Al-Farisi (orang Iran) supaya membina parit. Semasa membuat parit, Nabi terpaksa mengikat batu di perut untuk menahan lapar kerana 2 hari tidak makan. Kata sahabat yang turut sama tidak makan “Kamilah orang yang telah buat bait (janji setia) di atas jihad, selagi ada nyawa kami. Kami tidak berjanji untuk dapat roti (makanan)”.

Kekuatan Nabi s.a.w (zahir dan batin) sama dengan kekuatan 40 orang lelaki. Batu yang tidak dapat dipecahkan oleh sahabat dipecahkan oleh Nabi.

Nabi juga menqada sembahyang Zohor, Asar dan Maghrib kerana membina parit untuk keselamatan umatnya. Bila sahabat tanya bagaimana nak qadha (sebab mereka tak pernah tinggal sembahyang), Nabi jawab “Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku sembahyang”. Dibuat azan sekali sahaja pada waktu Isya’, kemudian qamat, Sembahyang Zohor, qamat, Sembahyang Asar, qamat, Sembahyang Maghrib, qamat, Sembahyang Isya’.

Setelah 2 bulan berperang, Nabi berdoa dengan satu doa (dalam hadis riwayat Abdullah Bin Umar) selama 3 hari. Ahkirnya ribut hitam melanda, bertabur pasir di sebelah musuh, memusnahkan khemah Kafir dan menanglah orang Islam. Imam Syafie juga berdoa dengan doa yang sama, beliau selamat dari dibunuh oleh raja pada masa itu, sebaliknya raja tersebut memberi duit kepada Imam Syafie.

About these ads

Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: