Ganti sembahyang yang tertinggal

Dari Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu , Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Maksudnya : Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solahnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solah yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:”Dirikanlah solah untuk mengingati Aku”. (Hadith riwayat Muslim). Nabi SAW dan para sahabat ketika dalam musafir pernah tertidur sehingga terlepas waktu Subuh. Apabila mereka terjaga, Nabi mengarahkan supaya berjalan keluar daripada lembah tempat mereka tidur, kemudian mereka qadha’ solah Subuh mereka. (Bukhari dan Muslim

Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada sembahyang yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada sembahyang yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istigfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada sembahyang yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.

Rasulullah s.a.w. pernah qadha solat semasa membuat persiapan Perang Ahzab (parit) kerana sibuk untuk menyelamatkan nyawa ummah bukan kerana sebab dunia. Nabi qadha solat zuhur, asar dan maghrib dalam waktu Isya’. Nabi qadha ikut tertib waktu solat iaitu zuhur dahulu kemudian asar. Bila sahabat tanya bagaimana nak qadha (sebab mereka tak pernah tinggal sembahyang), Nabi jawab “Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku sembahyang”. Dibuat azan sekali sahaja pada waktu Isya’, kemudian qamat, Sembahyang Zohor, qamat, Sembahyang Asar, qamat, Sembahyang Maghrib, qamat, Sembahyang Isya’. Perkara ini berlaku sebagai panduan umat yang akan datang.

Sesungguhnya orang-orang Musyrik telah melalaikan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada mendirikan empat sembahyang fardhu di hari peperangan khandaq. Maka Baginda memerintahkan Bilal untuk azan, lalu dia pun azan. Kemudian iqamah lalu mendirikan sembahyang zohor, kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang ‘asar, kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang maghrib, kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang ‘isya’ .”(Hadis riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasa`ie)

Tidak ada qadha dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qadha tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat. Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”

Bahkan dalam sembahyang sunat sekalipun seperti sembahyang witir dan tahajjud, Nabi menggalakkan qadha:-

Sabda Nabi s.a.w.: “Bila sudah menjelang pagi, dan salah seorang daripada kamu masih belum melakukan (solat) witir, maka berwitirlah (qadha). (Baihaqi & al-Hakim)

Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. luput solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)

Oleh itu buatlah kira-kira dan agak-agaklah bilangan sembahyang yang ditinggalkan dan gantilah. Setidak-tidaknya kita sudah mengganti sebahagian sembahyang yang ditinggalkan. Kalau meninggal dunia sebelum cukup bilangan sembahyang untuk diganti, moga-moga dimaafkan Allah.

About these ads

88 Respons to “Ganti sembahyang yang tertinggal”

  1. anishalim Says:

    bagaimana solat yg ditinggal bertahun tahun contohnya 8 tahun, adakah niatnya seperti niat solat fardu seperti biasa tanpa di selitkan perkataan sahaja aku qado solat?

  2. anishalim Says:

    sy ada kemushkilan, bagaimanakah aurat ibu mertua dgn menantu lelakinya?

    dan apakah hukum wanita islam tengok aurat wanita bukan islam, contohnya rambut wanita bukan islam itu?
    yg saya tahu kita xboleh tunjuk rambut kita pada mereka, tp kalau kita tengok rambut dia, mcm mana pula ya?

  3. Jangan Jadi Manusia yang Rugi Dunia dan Akhirat « Nasbun Nurain Says:

    [...] dan menentukan kedudukan kita di akhirat nanti. Bahkan Rasulullah s.a.w. mengajar kita supaya mengganti (qadha) sembahyang yang ditinggalkan. Selain itu sembahyang juga adalah hubungan antara manusia dengan tuhannya, apabila baik [...]

  4. yanna Says:

    salam,

    saya nak ty…mcm klu kita tertinggal solat subuh sama ada secara sengaja atau tidak sengaja boleh kah kita qadha solat subuh pd waktu zohor…contoh:kita buat solat zohor mcm biasa 4rakaat bila selesai solat zohor kita qadha solat subuh…boleh tak,saya cuma nak kepastian…
    sekian wasalam…

    • sulaiman Says:

      Salam, boleh..sembahyang qadha boleh buat bila-bila masa.

      • yanna Says:

        mcm mn pulak kita nak qadha solat2 yg lama tertinggal dan bagaimana cara hendak kita lakukan.

      • sulaiman Says:

        Buat kira-kira lah sikit, sejak dari baligh sampai sekarang, agak-agak berapa tahun yang dah sembahyang penuh, berapa tahun yang tertinggal.
        Kemudian gantilah sedikit demi sedikit, misalnya selepas Zohor buat qadha Zohor yang tertinggal.
        Lakukan sebanyak bilangan tahun yang tertinggal.
        Apa yang penting ialah ada perancangan, kalau meninggal dunia pun sekurang-kurang sudah merancang untuk ganti sembahyang.

  5. sasha Says:

    mcm mana jikalau terlepas solat asar & magrib..boleh kah qada selepas menunaikan solat isyak..dan mcm mana bacaan ataupun niat..adakah niat solat seperti biasa???

  6. AMIRAH Says:

    KALAU X IKUT URUTAN SMBHYANG QADA MCM MNE?SAH KE?

  7. irfan Says:

    kalau ganti solat bnyak2 pada satu waktu boleh x?

  8. Nyna Says:

    Kalau tertinggal solat zuhur dengan sengaja, kita qadhakan pada waktu asar. Nak solat asar dulu ke, qadha solat zuhur dulu ?

  9. ashwd Says:

    assalamualaikum
    bagaimana cara sembahyang solat y di qada kan?

  10. miey arabella Says:

    slm…sy nk tnye klu ttgl zohor, asar, maghrib mcm mn nk laku kn supaya solat kt sempurna?

  11. farhana Says:

    assalamualaikum..saya nak tanya,,kalau tertinggal solat asar,adakah kita kena ganti pada waktu asar ,jugask pada hari berikut nya.atau ganti selepas solat magrib????

  12. Inman Says:

    Macam mana nak gentikan solar yg tertinggal semua dalam 1 masa?? Contohnya,dalam 2 hari kita tertinggal solat zohor,dan menggantikannya pada waktu asar,Niat solat zohor,sembahyang selama 4 rakaat,lepastu sambung Lagi 4 rakaat atau terus buat 8 jer??

  13. cherryalih Says:

    saya kerja tmpt swasta,tp sy sllu tertinggal solat..kerana tmpt km tiada surau dan tidak dibenarkan keluar..blhkah saya qadakan solat??

  14. Abdullah Says:

    Assalamualaikum,
    InsyaAllah, Saya mahu menggantikan solat subuh yang lalu di dalam masa solat subuh akan tetapi saya musykil tentang had masa yang diperbolehkan dan dilarang untuk solat selepas solat subuh dan masa matahari terbit.
    Boleh kiranya diperjelaskan lagi?
    Wassalam

  15. fathiah Says:

    ustaz, boleh kah kita qada’ solat2 yang tertinggal dahulu
    selepas subuh sehinggalah masuk waktu zohor? contohnya,
    pada sabtu dan ahad lazimnya akan ada banyak masa free terutama pukul 8.00 pagi sehinggalah
    jam 1.00 tengahari. bolehkah kita menggantikan pada masa 8.00
    hingga 1.00 tersebut?

  16. arif Says:

    Assalamualaikum,
    saye mahu tanye,jika tertinggal kelima-lima waktu bagaimanakah mahu menggantinye,menggantinya esok atau harus ganti keesokan subuh + kelima-lima waktu semalam?Subuh harus 2 kali kah?Terima kasih ustaz
    Wassalam

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam, boleh terus ganti.. Sembahyang ganti tidak perlu ikut waktu, boleh dilakukan bila-bila masa…..tidak perlu tunggu esok atau tunggu waktu subuh.

  17. azmin Says:

    Assalamualaikum..
    Adakah cara menggantikan solat mengikut rakaat solat tersebut, contohnya zuhur kita kena ganti dengan empat rakaat juga atau boleh qada dengan 2 rakaat sahaja..

  18. Muhammad Ilyas Says:

    Assalamualaikum… saya agak konfius… macam mana nk ganti solat zohor.. niat seperti biasa? xde niat tertentu? ataupun ade cara2 tertentu untuk niat qada solat yg tertinggal.. harap bantu persoalan saye ye.. terima kasih..

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,
      “Sengaja aku sembahyang zohor 4 rakaat kerana Allah”. Bila dilakukan diluar waktu dikira sembahyang gantilah.
      Noleh juga niat”Sengaja aku ganti sembahyang zohor 4 rakaat kerana Allah”.

  19. mimi Says:

    macam mane pula kaum wanita nak qadha solat mase haid? macam mane nk qadha solat mcm kalau suci mase asar, kena qadha jgk zohor atau kalau suci masa isyak,kena qadha mahrib jgk? sbb baru tahu pasal benda ni..blh tolong tak ustaz?

  20. Afiq Says:

    Assalamualaikum
    Ya Allah, aku terasa hina dan berdosa dengan kelalaian aku,
    aku terasa sungguh kerdil dan tak berdaya menerima segala kealpaanku.

    Sudah lama aku tidak solat dengan cukup. adakalanya aku tinggal solat satu hari terus.
    tak dapat nak digambarkan dan dihitungkan berapa lamanya solat yang telah aku tinggalkan.
    betapa jahilnya diri ni.

    sy sudah bertaubat atas segala kelalaian dan ingin kembali pada jalan Allah.
    tetapi saya tidak tahu bahawa solat yang telah ditinggalkan harus diganti.

    jika saudara penulis berikan saya ilmu yang baru bahawa solat qada yang ditinggalkan sy harus diganti dengan jumlah sebenar solat waktu, makanya saya harus mengganti 17Rakaat.

    jika umur saya adalah 21 tahun dan secara kasarnya saya mula bersolat pada umur 10 tahun. dan secara kasarnya saya solat selama 5 tahun. maka harus sy gantikan 6 tahun solat fardhu yg ditinggalkan akibat kelalaian saya sendiri.

    6 x 365 = 2190 HARI

    2190 x 17 = 37,230 rakaat.

    aku menangis. menyesali segala perbuatanku ya Allah.

    • rizalsaid Says:

      afiq jgn kira mcm tu, kalau kita kira rakaat nanti patah semangat nak qodho pasal jumlah bilangan cecah puluh ribu. Allah bagi ilham kat saya, kira jumlah solat bukan rakaat sebagai contoh katalah tinggal solat setahun. bersamaan 365 hari jadi qodho subuh 365 kali. cari satu buku kosong pastu tandakan setiap kali selesai solat qodho. pastu kira cukup dak bilangannya sampai 365, bila cukup makna dah ganti setahun punya subuh. sebelum solat subuh tadi Allah bagi ilham kat saya. syukran.

  21. Hamba Allah Says:

    Kalu kita xngat bla masanya kita solat full,so kena ganti start dr akil baligh la?

  22. rizalsaid Says:

    uztaz saya nak tanya kalau solat qodho saya baca fatihah sahaja tiap rakaat tanpa diikuti surah lain boleh kan dan waktu sujud serta rukuk saya diamkan tanpa sebarang bacaan, bolehkah?

  23. iza Says:

    assalamualaikum.. sya nak tnya kalau kta tnggalkn solat krna uzur, solat yg dtnggalkn 2 kna ganti juga ke?

  24. irfan Says:

    assalamua’laikum…sy nak tnya,kalau la kite tgh bermusafir,then boleh ke kalau kita qasar n jamak solat yg kita tinggal?

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam…

      Dalam mazhab Syafie, mesti qadha 4 rakaat bagi sembahyang yang ditinggalkan ketika musafir kerana jamak dan qasar solat hanyalah afdhal sahaja dan bukannya wajib.

      Dalam mazhab Hanafi pula, cuma perlu qadha 2 rakaat kerana hanya 2 rakaat yang wajib ketika bermusafir.

  25. Asnidah Says:

    Saya benar2 runsing denga masa utk mendirikan solat zohor dan asar.masalahnya bolehkah ke dua2 solat tersebut saya qada selepas saya mengerjakan solat maghrib.ini kerana saya bekerja di swasta yg dimiliki oleh majikan bukan islam masa rehat hanya 1jam pada masa itu juga saya terpaksa mengambil anak saya pulang sekola.saya berharap tuan/puan dapa menjawab soalan

  26. Nazatul Says:

    kalau tertinggal solat subuh, adakah saya perlu solat zohor dahulu atau subuh dahulu?

  27. Tanpa Nama Says:

    tiap kali nak solat ganti yang ditinggalkan bertahun2,,msti iqamat dulu ke

  28. Tanpa Nama Says:

    Selepas solat zohor wajib selepas itu nak solat sunat selepas zohor 2 rakaat kemudian solat qada zohor 4 rakaat ….betul ke tindakan saya atau saya tak perlu solat sunat selagi solat qada belum tertunai

  29. shahira Says:

    b0leh Tanya usTaz ? kalau uzur hingga Tertinggal s0lat wajib ganti kah ustaz ? dan kalau s0lat asar jam 5.30 masi b0leh lagi kah usTaz ?

  30. hamba Allah Says:

    salam,saya baru mengetahui cara mandi wajib yang betul ketika berusia 16 tahun. sebelum tahu saya selalu niat terlebih dahulu baru basuh kepala, ternyata ianya salah.perlukah saya mengqadakan solat saya selama tempoh selepas saya baligh itu?

  31. waris Says:

    Assalam’mualaikum..
    Saya nak tanya, ada sumber yang mengatakan boleh ganti solat2 dengan membayar seperti fidiah. Saya nak kepastian sama ada betul ke pendapat yanb saya dengar..
    Sekian terima kasih.

  32. waris ris Says:

    Assalamualaikum.. saya nak tanya, kalau
    kita nak berjihad di jalan Allah. kita kena
    lansaikan hutang2 kan? jadi hutang2 yang
    macam mana yang di maksud kan? dan
    satu lagi, dulu masa sebelum bertaubat.
    saya tak pernah solat, dan boleh ke berjihat tanpa melunas solat2 yang dulu tu? saya
    risau dan bimbang seandainya saya gugur,
    adakah dosa2 saya tu akan dipersoalkan
    jugak kelak?

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam.. hutang dengan manusia perlu dilangsaikan terlebih dahulu.
      Jikalau orang yang berhutang itu mati syahid, dia kena tunggu (untuk masuk syurga)sehingga orang yang beri hutang itu masuk syurga (kalau orang itu masuk neraka, kena tunggu sehingga ia keluar dari neraka).

      Kalau diberi peluang oleh Allah, bayarlah dahulu hutang sebelum buat perkara lain.

  33. epu Says:

    Salam.boleh ke kita qada solat tak mengikut urutan.contoh mula2 qada solat zohor,asar,isyak kemudian magrib n last sekali subuh.contoh lain kat tempat kerja qada zohor hingga isyak.kat rumah baru qada subuh sbb malu nak qada subuh kt tempat keje sbb ada qunut.boleh ke camtu n apa hukumnya?..inginkan kepastian

  34. saidah nordin Says:

    salam, sy nk ty, kalau solat witir selepas terawih diniatkan sbg qadha solat maghrib, adakah sah qadha solat maghribnya jika imam membacakan doa qunut di rakaat yg terakhir?

  35. aishah_shukri Says:

    kalau kita dah lama tinggalkan solat selama bertahun-tahun.. bolehkah kita niat untuk menqada solat kita yang bertahun-tahun tu.. maksudnya kita qada sekali tapi niat untuk bertahun-tahun tu

  36. Tanpa Nama Says:

    As’salam. Klw saya tertinggal solat subuh dan zohor pda haribyg sama. Boleh tak saya qadha solat zohor dulu pas tu subuh?

  37. Ain Syazwani Says:

    As’salam.
    klw saya tertinggal solat Subuh & Zohor pada hari yg sma dan secara sengaja atau tidak.Lepas tu saya qadha solat Zohor dulu, qadha solat Zohor baru saya qadha solat subuh. boleh tak?


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: