Hubungan Suami Isteri 2

Rasulullah s.a.w. bersabda, Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat hingga ke Subuh.

Selain itu tidak diterima amalan seorang isteri yang membuat suaminya marah dan juga hamba abdi yang lari dari tuannya. Dalam sebuah hadith ada dinyatakan :

Tiga golongan yang sembahyang mereka tidak akan diangkat walaupun melepasi kepalanya iaitu lelaki yang mengimankan sembahyang satu kaum sedangkan mereka tidak menyukainya, perempuan yang suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya dan sembahyang seorang hamba sahaya yang lari dari tuannya .

Tugas seorang isteri hanyalah melayan dan menghiburkan suaminya apabila suaminya berhajat kepadanya. Apabila seseorang perempuan berkahwin, dia berada dalam tanggungjawab dan fail suaminya. Kerana itu Allah redha dengan seorang isteri apabila suaminya redha dengannya. Sebuah hadith Nabi (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam); “Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga.”

Kerana itulah isteri yang menolak ajakan suaminya dimurkai Allah. Dari Jabir RA, sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan……. apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.”(Hadis Riwayat Tirmizi)

Diceritakan juga bahawa perempuan yang pertama masuk syurga ialah seorang perempuan yang menghiburkan hati suaminya, melayan suami dengan sebaiknya, tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah tanpa izin suami.Tugas seorang isteri hanyalah melayan dan menghiburkan suaminya. Tugas-tugas seperti kerja rumah tidaklah wajib dan jika suami berkemampuan bolehlah mengupah orang gaji atau bibik atau tukang masak. Jika tidak mampu, perlulah ada kerjasama diantara suami isteri. Seperti ketika Rasulullah menikahkan puterinya Fatimah, beliau berkata kepada Ali r.a.,

Engkau berkewajiban bekerja dan berusaha sedangkan dia berkewajiban mengurus rumah tangga

Selain itu dalam menguruskan rumah tangga, berbelanjalah mengikut kemampuan, bak kata pepatah, ukur baju badan sendiri.

Hubungan Suami Isteri Bahagian 1

 

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.