Sembahyang Sunat Sebelum Subuh

Sembahyang sunat ini dilakukan selepas azan Subuh, sebelum dilakukan sembahyang fardhu Subuh.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”: Sesungguhnya tidak ada suatu sembahyang sunat pun yang begitu dijaga oleh baginda daripada sembahyang dua rakaat sebelum subuh..” (Riwayat Muslim).

Dari Aisyah dari Nabi s.a.w sabdanya “ Dua rakaat sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya .” (HR Muslim ) Dan pada suatu lafaz “ Kedua rakaat tersebut lebih aku cintai daripada dunia ini seluruhnya .”

Dan pada riwayat lain disebutkan : Nabi tidak pernah begitu kuat ketekunannya dalam mengerjakan solat-solat sunat rawatib melebihi dua rakaat sebelum subuh .(HR Muslim & Bukhari)

Qadha (ganti) Sembahyang Sunat Subuh

Bagi orang yang tidak sempat mengerjakan solah rawatib dua rakaat sebelum Subuh, mereka boleh mengerjakannya samada sejurus selepas selesai solah Subuh (mazhab Syafie) atau setelah matahari terbit (3 mazhab yang lain).

Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda:“Sesiapa yang tidak sempat mengerjakan solat rawatib dua rakaat sebelum Subuh, maka hendaklah dia mengerjakannya setelah matahari terbit.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi)

Dari Qais bin Qahd r.a., bahawasanya dia pernah mengerjakan solat Subuh bersama Rasulullah s.a.w., sedangkan dia belum mengerjakan solat rawatib dua rakaat sebelumnya. Setelah beliau mengucapkan salam, dia pun mengucapkan salam bersama beliau s.a.w.. Selanjutnya, dia mengerjakan solat rawatib Subuh dua rakaat, sedang Rasulullah s.a.w. melihatnya, tetapi beliau s.a.w. tidak melarang-nya dari melakukan hal tersebut.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

 

About these ads

9 Respons to “Sembahyang Sunat Sebelum Subuh”

  1. eva Says:

    doa setelah sholat sunat subuh apa ya..

    • sulaiman Says:

      Apa-apa doa pun boleh dan yang paling baik doa ialah dari al-quran atau hadith, misalnya:

      1) Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka
      2) Ya Allah bantulah aku dengan memudahkan setiap yang susah kerana memudahkan yang susah itu senang sahaja bagiMu dan aku memohon kepadaMu kemudahan dan kemaafan, dunia dan akhirat” (Riwayat Thabrani daripada Abu Hurairah r.a.)”
      3) Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku (kasihani) dan masukkanlah aku (ke dalam syurga) bersama orang-orang yang dikurniakan nikmat
      4) Ya Allah, Kayakanlah aku dengan ilmu, hiasi diriku dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah aku dengan sifat ketakwaan dan cantikkanlah aku dengan nikmat kesihatan

  2. ross Says:

    Sebenarnya saya teringin benar un tuk mengerjakan sambahyang sunat solat subuh akan tetapi saya berasa keliru…..sama ada sembahyang sunat subuh ini selepas azan sebelum melakukan solat subuh atau sebelum azan subuh. Tq

  3. Idasofea Senawi Says:

    niatnya btagaimana?????????/


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: