Sembahyang Sunat Tahiyyatul Masjid

Solah sunat tahiyyatul masjid ialah sembahyang sunat dua rakaat yang didirikan apabila masuk ke dalam masjid samada sebelum duduk ataupun setelah duduk, yang afdhalnya ialah sebelum duduk. Berdasarkan kepada maksud hadith Rasulullah SAW :

Apabila seseorang daripada kamu masuk ke dalam masjid, janganlah duduk sehingga dia bersolah sebanyak dua rakaat“.( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika Nabi s.a.w. sedang berkhutbah pada hari Jumaat, datanglah seorang lelaki. Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Adakah engkau telah mendirikan sembahyang, Wahai Polan! Orang itu menjawab: Belum! Rasulullah s.a.w bersabda: Bangun dan sembahyanglah! (Sahih Muslim)

Boleh melakukan sembahyang tahiyyatul masjid walaupun sudah duduk, dalam hadith di atas Rasulullah s.a.w. menghentikan khutbahnya dan menyuruh seorang sahabat yang miskin bernama Sulaik bersembahyang. Mazhab Syafie menggunakan hadith ini sebagai dalil bahawa boleh dilakukan Sembahyang tahiyyatul masjid secara ringkas ketika khutbah Jumaat.

Mengikut Imam Abu Hanifah, Rasulullah s.a.w. menyuruh Sulaik solah kerana:

  • untuk menunjukkan kemiskinannya melalui pakaiannya yang daif (bila dia berdiri) agar dia dibantu.
  • Sulaik belum Solah Subuh. Rasulullah s.a.w. tahu melalui firasat kenabiannya dan menyuruh dia qadha solah subuh sebelum sembahyang Jumaat dilakukan, dan bukannya solah Tahiyyatul Masjid.

Rasulullah s.a.w. pula menghentikan khutbahnya semasa Sulaik solah kerana hukum Khutbah adalah wajib manakala sembahyang Subuh adalah fardhu. Mazhab Hanafi berpendapat Rasulullah s.a.w. tidak akan menghentikan khutbahnya sekiranya Sulaik hanya sembahyang tahiyyatul masjid yang hukumnya adalah sunat. Apapun semua mazhab sudah mantap hukumnya, kita bebas memilih.

Kita juga boleh melakukan sembahyang sunat tahiyyatul masjid walaupun telah duduk (dalam hadith di atas Rasulullah menyuruh sahabat itu bangun dan sembahyang). Selain itu kita boleh duduk dahulu sekiranya terdapat penghalang dari melakukan solah, misalnya semasa kita masuk ke masjid azan sedang dilaungkan. Ketika azan dilaungkan, kita sepatutnya duduk sebagai menghormati azan dan bukannya terpacak berdiri. bangunlah setelah azan selesai untuk sembahyang sunat. Jika sembahyang fardhu sudah bermula, kita tidak perlu sembahyang tahiyyatul masjid lagi kerana ia sudah terbayar dengan sembahyang fardhu yang dilakukan.

Bolehkan sembahyang sunat tahiyyatul masjid di surau?

Pada hakikatnya masjid dan surau adalah sama, cuma bezanya di Malaysia sembahyang Jumaat tidak didirikan di surau. Namun akhir-akhir ini surau-surau juga telah diberi kebenaran untuk melakukan sembahyang Jumaat. Sedangkan sembahyang Jumaat yang fardhu boleh dilakukan di surau, apatah lagi sembahyang tahiyyatul masjid yang hukumnya cuma sunat. Masjid dan surau hanyalah dua benda yang sama cuma berbeza dari segi nama dan pentadbiran sahaja. Masjid dari perkataan Arab yang bermaksud “tempat sujud” manakala perkataan surau pula berasal dari Iran juga mempunyai maksud yang sama.

Bolehkah sembahyang sunat tahiyyatul masjid pada waktu haram solah, misalnya selepas Asar?

Mazhab Syafie berpendapat ia boleh dilakukan kerana ia adalah “sembahyang sunat bersebab”. Mazhab Hanafi pula melarang sebarang bentuk sembahyang sunat pada waktu haram.

About these ads

2 Respons to “Sembahyang Sunat Tahiyyatul Masjid”

  1. shah Says:

    tuan,

    macam mana kalau bawa isteri dalam haid dengar kuliah di masjid..boleh ke ,haram tak duduk dalam masjid dengar kuliah

    minta penjelasan,

    • sulaiman Says:

      Tuan,
      Maulana ada sebut perempuan haid tak boleh masuk atau duduk dalam masjid. Tidak boleh masuk masjid walaupun pakai “pad”.
      Jadi duduklah di beranda atau tepi-tepi masjid kalau nak dengar kuliah.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: