Syirik: dosa paling besar

Hadis Anas bin Malik r.a: Nabi s.a.w pernah menceritakan tentang dosa-dosa besar. Baginda bersabda: Menyekutukan Allah, mengherdik kedua-dua ibu-bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu.

Luqman [13] Dan (ingatlah) ketika luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.

Menyekutukan Allah (Syirik) maksudnya berkongsi Allah dengan tuhan yang lain sepertimana kafir Quraisy, Kristian, Yahudi berkongsi Allah dengan jin, dewa, berhala, malaikat, nabi Isa, nabi Uzair dan sebagainya. Allah itu esa, tunggal dan tidak boleh disyirikkan atau dikongsi. Allah suruh nabi Muhammad s.a.w. tanya orang Quraisy, siapakah tuhan yang menjadikan langit dan bumi. Mereka jawab Allah. Kafir quraisy percaya Allah tetapi mensyirikan Allah dengan menambah tuhan rekaan yang lain.

Ar-Ra’d [16] Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: “Allah”. Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?…

Syirik terbahagi kepada dua (2) iaitu syirik besar dan syirik kecil. Syirik besar ialah menduakan Allah dengan menyembah selain darinya. Syirik yang paling besar ialah kafir. Namun orang kafir yang masuk Islam dihapuskan segala dosanya sebelum masuk Islam.

Syirik kecil pula ialah menyembah Allah tetapi terdapat riak dalam beribadah  atau melakukan ibadah tidak 100 peratus kerana Allah. Contoh syirik kecil yang lain ialah seperti mengatakan “makan panadol boleh sembuh penyakit”. Hakikatnya Allah yang menyembuhkan penyakit itu. Makan ubat hanyalah sebab kerana kita hidup di alam Asbab yang memerlukan kepada sebab.

Sirik adalah sangat bahaya dan lebih bahaya dari dadah. Sekali kufur bertapak dalam hati, susah untuk menghilangkannya. Nabi Nuh pernah berdoa supaya dihapuskan semua umatnya, tanpa tinggal seorang pun kerana penyakit kufur dan syirik sangat bahaya jika merebak.

Nuh [26] Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!

Dosa syirik boleh dihapuskan dengan istigfar. Jikalau mati walaupun dalam syirik kecil, seseorang itu masih diazab. Orang yang mati dalam syirik masuk neraka sekalipun syirik kecil.

Dosa syirik neraka jahanamlah tempat balasan dan transitnya, sekiranya tidak bertaubat sebelum meninggal dunia. Semua dosa diampunkan kecuali dosa syirik sekiranya tidak bertaubat sebelum 3 perkara iaitu nyawa sampai ke halkum, Al-Quran dihilangkan dan matahari terbit di sebelah barat. Umat Nabi Muhammad SAW hanya perlu beristigfar iaitu mengucapkan “Astagfirulah” untuk bertaubat.

An-Nisa [116] Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Telah diriwayatkan dari Thauban r.a. (hamba Rasulullah s.a.w.) bahawa, seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang dosa syirik, adakah ia diampun? Rasulullah s.a.w., diam seketika, kemudian bersabda, ketahuilah bahawa dosa syirik juga diampun, dan beliau mengulangi sabdaannya itu sebanyak 3 kali.

Dari Abdullah bin Mas`ud r. a., katanya : Rasulullah bersabda : “Sesiapa mati dalam keadaan ia melakukan sebarang syirik terhadap Allah, masuklah dia ke dalam neraka.” (HR Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya syafaatku untuk ummatku yang melakukan dosa-dosa besar. (kecuali mereka yang mati dalam keadaan syirik dan tidak bertaubat darinya). Semoga Allah lindungi kita dari kufur, syirik dan neraka. Doa untuk menghapuskan syirik :

“Ya Allah, aku bermohon perlindungan dengan Engkau dari aku melakukan syirik dengan Engkau, sedangkan aku mengetahuinya, dan aku pohon keampunan dari Engkau, dari apa yang aku tidak mengetahuinya.”

About these ads
Dikirim dalam Akidah, Syirik. 1 Comment »

Satu Respons to “Syirik: dosa paling besar”

  1. shafifah Says:

    KUNJUNGAN HABIB UMAR BEN HAFIZ KE MALAYSIA JANUARY 2010 : http://wp.me/piAx4-ZY

    Program Bersama Dr Wahbah Mustafa Al Zuhaily http://wp.me/piAx4-103


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: